Sunday 26 February 2012

HANYA 5,000 HADIR HIMPUNAN HIJAU 2.0 DI KUANTAN

HIMPUNAN Hijau 2.0 di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 4 (MPK4), Pahang berakhir pada pukul 11.30 pagi iaitu setengah jam lebih awal dari tempoh masa diberikan oleh polis sebelum ini.

Perhimpunan bagi membantah kilang memproses nadir bumi Lynas itu berakhir sebaik sahaja Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan di hadapan kira-kira 5,000 orang.

Turut hadir Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Naib Presiden Pas, Salehuddin Ayub. (UTUSAN)

No comments:

Post a Comment