Monday 27 February 2012

SABAH TERUS JADI PESAING PELABURAN

TERANG.....Liew (dua kanan) menerangkan mengenai projek pembangunan itu kepada Musa dan Yee.

SABAH akan terus menempatkan diri sebagai pesaing utama ke arah menjadi pintu masuk kepada pelaburan termasuklah dalam wilayah Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA).

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, selaras dengan perkembangan itu, tarikan pelabur yang semakin meningkat di negeri ini turut meyakinkan kepada perkembangan ekonomi Sabah secara keseluruhannya.

Menurutnya, dalam konteks Koridor Pembangunan Sabah (SDC), salah satu kunci yang membawa kepada perkembangan ekonomi adalah pelancongan.

Beliau berkata, pembangunan industri itu memerlukan beberapa inisiatif dan salah satu daripadanya adalah peningkatan kepada sistem pengangkutan.

Justeru, dengan adanya projek pembangunan semula dan pemodenan Stesen Keretapi Tanjung Aru, ia mampu mendorong lebih banyak tarikan pelancong ke Sabah.

Musa berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Projek Aeropod dan Pecah Tanah Projek Pembangunan Semula dan Pemodenan Stesen Keretapi Tanjung Aru di sini kelmarin.

Katanya, lokasi Aeropod yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) serta integrasi stesen kereta api itu akan membawa banyak kebaikan kepada perkembangan pelancongan di Sabah.

“SDC sekarang melangkah ke fasa perkembangan kedua dengan pelaburan terkumpul dirancang yang mencecah RM63 bilion dan ia hampir empat kali ganda nilai sasaran yang ditetapkan pada tahun 2010.

“Fasa ini akan dijalankan hingga tahun 2015 dan kita akan lihat SDC mampu mengejar senarai projek pembangunan untuk menjana pekerjaan dan pendapatan kepada rakyat di Sabah,” katanya.

Selain itu, Musa turut menyeru agar para pemaju terus mencapai inovasi dan kreativiti dalam menggabungkan elemen rekaan, bahan dan struktur yang kurang memerlukan tenaga.

Menurutnya, teknologi dan pengetahuan sedia ada mencukupi untuk pihak pemaju meneroka bagi menawarkan pembangunan yang berkonsepkan hijau.

Usaha itu, katanya, mampu mengurangkan kesan negatif terhadap sumber semulajadi dan alam sekitar.

“Sabah dikenali sebagai hab-biodiversiti dan usaha untuk mengintegrasi kesedaran alam sekitar terhadap bangunan kita akan dijalankan secara berterusan.

“Ia bagi melindungi khazanah alam semulajadi di negeri ini yang mana selain daripada hartanah komersil, pemaju juga perlu menjaga keperluan pemilik rumah yang berpotensi dalam mencari hartanah yang menepati konsep gaya hidup,” katanya.

Musa berkata, pemaju perlu inovatif dalam menawarkan rumah yang berpatutan dan mempunyai kualiti yang setaraf dengan pembangunannya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Datuk Dr Yee Moh Chai yang juga Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat serta Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif S P Setia, Tan Sri Liew Kee Sin. (borneopost)

13 comments:

  1. Sabah sememangnya kawasan yang baik untuk melabur, byk yang boleh dibangunkan di Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Business opportunities are abundant here in Sabah.

      Delete
    2. Hopefully this opportunity will be taken by Sabahan

      Delete
  2. semoga makin ramai pelabur akan datang ke Sabah.

    ReplyDelete
  3. syabas kepada pentadbiran kerajaan negeri dibawah pimpinan Musa Aman kerana berjaya menggalakkan aktiviti pelaburan di negeri ini..

    ReplyDelete
  4. Teruskan usaha bagi memastikan Sabah akan terus menjadi tumpuan pelabur dari luar.

    ReplyDelete
  5. "Musa berkata, pemaju perlu inovatif dalam menawarkan rumah yang berpatutan dan mempunyai kualiti yang setaraf dengan pembangunannya."

    Apa yang Datuk Musa katakan itu adalah benar. Seharusnya pemaju perlu memberikan sesuatu yang terbaik kepada pembeli dan mempunyai harga yang berpatutan dan mampu milik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah tu haruslah mampu dimilik. Bukan majoriti rakyat M'sia terutamanya Sabah kaya raya. Jadi sediakan rumah yang berpatutan dan mampu dimiliki oleh rakyat

      Delete
  6. “Sabah dikenali sebagai hab-biodiversiti dan usaha untuk mengintegrasi kesedaran alam sekitar terhadap bangunan kita akan dijalankan secara berterusan.

    Glad to hear the govt is bold enough with their effort to emphasize the 'green' approach towards the development.

    ReplyDelete
  7. RM1.2bil worth of projects under the Sabah Development Corridor (SDC) have been awarded and these have benefitted all communities.

    ReplyDelete
  8. Other projects were the various agriculture related or agripolitan schemes in Tongod, Pitas, Kemabong, Kota Belud and Beluran districts.

    ReplyDelete
  9. Apart from that, Sabah's external trade saw a 15 per cent growth to RM82.4 billion in 2011 from RM71.5 billion recorded the previous year, following increases in both exports and imports.

    ReplyDelete
  10. Federation of Sabah Manufacturers (FSM) president Datuk Seri Wong Khen Thau reiterated FSM's idea that Sabah be transformed into a hub for the Far East as it commands the ideal geographical location for trade in this region.

    ReplyDelete