Monday 27 February 2012

SENTUHAN KASIH, PANCARKAN AIR



Oleh : ABDUL BAKAR ESAH

IBRAHIM Esrah Okal (kiri) bersyukur dan gembira kerana kehidupan hariannya sekeluarga menjadi lebih selesa selepas mendapat bantuan pemasangan paip air ke rumah kediamannya di Kampung Kebulu Beaufort.

Bantuan diperolehi dari peruntukan Sentuhan Kasih Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias, Datuk Azizah Mohd Dun (dua kiri). Ibrahim yang ditemui ketika Azizah melawat ke rumahnya kelmarin berkata, beliau amat berterima kasih kepada Azizah dan kerajaan BN yang bersimpati terhadap kesulitan dihadapinya selama ini.

“Dengan bantuan ini kini kehidupan seharian kami sekeluraga lebih selesa berbanding kira-kira 15 tahun tidak mendapat bekalan air paip berikutan faktor kemampuan. Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada YB Datuk Azizah dan Kerajaan BN,” katanya kepada media.

Sementara itu Azizah yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah berkata sebagai wakil rakyat di kawasannya beliau telah mengarahkan semua pemimpin masyarakat untuk mengenalpasti penduduk yang memerlukan bantuan.

“Kita akan terus menghulurkan bantuan secara berterusan kepada penduduk kurang kemampuan di kawasan Dun Klias dan kita telah mengarahkan pemimpin masyarakat mencari masalah yang dihadapi penduduk dan melaporkannya ke pejabat Adun atau ke UPKR Dun Klias,” katanya.

8 comments:

  1. program sentuhan kasih ni memang sangat baik untuk dilaksanakan selain program2 pembasmian kemiskinan.

    ReplyDelete
  2. Hopefully this example that was demonstrated by Datuk Azizah Mohd Dun will inspire other ADUNs and MPs to take the initiative in their respective constituencies.

    ReplyDelete
  3. Hopefully too there will be a similar approach but at a large scale to help the poor.

    ReplyDelete
  4. moga bekalan air akan disalurkan di semua kawasan.

    ReplyDelete
  5. syabas kepada Aduk Klias.. teruskan usaha membantu rakyat..

    ReplyDelete
  6. Harap mengenai masalah air bersih untuk penduduk ini akan dapat ditangani dan diselesaikan..

    ReplyDelete
  7. Pemimpin perlulah memahami bahawa mereka adalah pemikul amanah kerajaan untuk membantu dan menjaga kepentingan rakyat

    ReplyDelete
  8. Azizah jika bertanding nanti, confirm menang!

    ReplyDelete