Wednesday 29 February 2012

ROSLINA AKAN DIBAWA PULANG UMNO PAPAR



PENANTIAN seorang ibu untuk bertemu serta membawa pulang anak perempuannya yang dilarikan lelaki warga Indonesia sejak 16 tahun lepas, akan berakhir apabila Umno Bahagian Papar bersetuju membawa gadis itu kembali ke tanah air.

Ibu sepuluh anak, Saina Ibrahim, 52, berkata anak sulungnya, Roslina Sapilin, 35, dipercayai dilarikan ketika sedang bekerja di sebuah kilang roti di Sabindo, Papar.

"Anak saya sudah mahu pulang, dulu dia (Roslina) yang ketika itu berusia 19 tahun kena 'pukau' dan dibawa lari ke Sulawesi, Indonesia oleh lelaki warga Indonesia yang sama-sama bekerja dengannya di kilang roti Sabindo.

"Pada tahun 2010, baru timbul cerita saudara di Kota Belud memberi nombor Indonesia yang mengatakan ada seorang anak gadis ingin mencari bapa kandungnya, dan selepas menelefon nombor itu serta menyoal selidik tentang latar belakang gadis yang dihubungi, memang betullah dia anak sulung saya.

"Saya sangkakan dia sudah 'mati' terkena tsunami," katanya kepada Bernama ketika lawatan Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, yang juga Anggota Parlimen Papar, di kediamannya di Kampung Pengalat Besar Selasa. (BERNAMA)

4 comments:

  1. syukurlah mereka masih boleh bertemu semula. penantian 16 tahun sudah cukup lama untuk ibu tersebut.

    ReplyDelete
  2. Syukurlah kalau anaknya masih selamat.

    ReplyDelete
  3. syabas kepada umno bahagian papar.. bantulah rakyat yang benar2 memerlukan bantuan..

    ReplyDelete
  4. Miracle does happen, isn't it?

    ReplyDelete