Oleh : NOOR HALIM BIN DATUK HJ. ZAINI
PENDAPATAN minyak di Sabah boleh dimiliki oleh Sabah sebanyak 100% (seratus peratus) jika pemimpin politik dari Sabah dan Semenanjung boleh mencari jalan untuk berkerjasama.
Sejak akhir-akhir ini banyak pihak yang mencadangkan supaya royalti minyak Sabah dinaikkan dari 5% sehingga 20% ke 70%. Berbagai-bagai pandangan pro dan kontra dari pelbagai pihak mengenai isu tersebut. Kebanyakan pandangan ini tidak disokong dengan fakta bagaimana membolehkan royalti minyak ini boleh ditambah sehingga ke paras tertentu.
Terlebih dahulu saya ingin menerangkan beberapa ungkapan yang digunakan dalam industri minyak dan gas yang mana akan di gunakan dalam penerangan seterusnya. Perkataan yang selalu digunakan dalam industri minyak dan gas adalah seperti Pemilik Minyak (Owner), Syarikat Minyak (Oil company), Kontraktor (Contractor) dan Syarikat Perkhidmatan (Service company).
Pemilik Minyak di Malaysia secara tidak langsung telah diserahkan kepada Petronas di bawah Akta Perlombongan Petroleum; manakala di sesetengah negara, minyak dan gas itu dimiliki oleh negara tersebut sendiri.
Syarikat Minyak di Malaysia adalah seperti Petronas, Shell dan Esso, yang mana syarikat ini bertanggung jawab mengeluarkan minyak. Kontraktor juga boleh merujuk kepada Syarikat Minyak yang menjalankan sendiri operasi pencarian dan pengeluaran minyak dan gas.
Manakala Syarikat Perkhidmatan merupakan syarikat-syarikat dengan kepakaran tersendiri membantu Syarikat Minyak dan Kontraktor untuk pencarian dan pengeluaran minyak dan gas.
Syarikat Perkhidmatan terdapat banyak di pasaran dan empat Syarikat Perkhidmatan yang terbesar di dunia adalah seperti Schlumberger, Halliburton, Baker Hughes Inteq dan Weatherford.
Untuk makluman pembaca, tidak ada satu pun Syarikat Minyak yang boleh mencari dan mengeluarkan minyak secara berkesan tanpa bantuan Syarikat Perkhidmatan dan sesetengah Syarikat Minyak agak mustahil boleh menjalankan kerja-kerja pencarian dan pengeluaran minyak dan gas tanpa bantuan Syarikat Perkhidmatan.
Oleh kerana Petronas bertindak sebagai Pemilik Minyak dan Syarikat Minyak pada masa yang sama, maka ia bertindak mencari Syarikat Minyak atau Kontraktor lain untuk pencarian dan mengeluarkan minyak dan gas di Malaysia.
Kaedah yang diguna pakai ini untuk pemberian kontrak kepada Syarikat Minyak atau Kontraktor adalah dikenali sebagai Perjanjian Perkongsian Pengeluaran-PPP (Production Sharing Agreement/Contract-PSC).
Hasil jualan pengeluar akan digunakan untuk kos pengeluaran, bayaran kepada Syarikat Minyak dan bakinya akan diambil oleh Petronas yang akan dikongsikan 5% dengan Negeri Sabah jika minyak tersebut dikeluarkan di Negeri Sabah sebagai bayaran royalti minyak.
Kebanyakan Negara lain selalu mengunakan kaedah asas pembahagian keuntungan pengeluaran minyak berdasarkan 10 barrel tong minyak. Mengikut kaedah ini, setiap penghasilan 10 barrel tong minyak, 3 barrel tong minyak untuk Syarikat Minyak, 3 barrel tong minyak untuk kos pengeluaran dan 4 barrel tong minyak untuk pemilik.
Bagi beberapa negara di Timur Tengah, 70% akan diambil dari hasil pengeluaran minyak dan hanya 30% diberi untuk Syarikat Minyak untuk kos pencarian dan pengeluaran ditanggung oleh Negara tersebut.
Jika Sabah inginkan peratus pendapatan minyak yang lebih baik, ia harus menukar statusnya kepada Pemilik Minyak dan jika mahu pendapatan peratusan yang lebih banyak lagi ia juga boleh menjadi Syarikat Minyak atau pun Kontraktor.
Gerakerja ini boleh dicapai dengan melakukan pindaan undang-undang iaitu Akta Perlombongan Petroleum yang sedia ada.
Jika isu ini dapat diatasi, Negeri Sabah boleh mendapat 100% hasil pendapatan penjualan minyak dan gas dan hanya perlu membayar kos kepada Syarikat Perkhidmatan dan dalam bentuk cukai kepada Kerajaan Persekutuan.
Ini bererti pendapatan kasar Negeri Sabah dalam sektor industri minyak dan gas dianggarkan berjumlah US12 billion setahun dan secara tidak langsung menjadikan negeri terkaya bersama Sarawak dan Terengganu di Malaysia.
Perjanjian Perkongsian Pengeluaran juga mempunyai kelemahan kerana wujudnya jangka masa pengeluaran yang selalunya dalam tempoh 20 hingga 30 tahun yang mana Syarikat Minyak terpaksa mengeluarkan minyak sebanyak mungkin dalam tempoh tersebut.
Andaikata Negeri Sabah bertindak sebagai Pemilik dan Syarikat Minyak, kita akan dapat mengawal pengeluaran harian bergantung kepada harga harian pasaran semasa minyak mentah dan keupayaan pengeluaran takungan minyak itu sendiri bagi menghasilkan minyak lebih banyak dan lebih lama.
Dalam hal ini, kita akan tertanya-tanya apa fungsi Petronas selepas Akta Perlombongan Petroleum berjaya dipinda bagi membolehkan Negeri Sabah menjadi Pemilik dan Syarikat Minyak?
Petronas masih boleh menjadi penyelaras pengeluaran minyak Negara dan membantu Syarikat Minyak di Malaysia dalam bentuk teknikal dan masih boleh mengekalkan status sebagai Syarikat Minyak di luar negara.
Dengan pendapatan kasar Sabah US12 bilion setahun dalam sektor minyak dan gas banyak pembangunan yang kita dapat laksanakan berbandingkan RM4 billion setahun peruntukan yang diberi dari Kerajaan Persekutuan dan ini belum diambil kira daripada pendapatan sektor pertanian dan pelancongan.
Semoga semua pihak dapat menerima hakikat bahawa Sabah ada hak sebagai Pemilik Minyak yang ada di negeri ini. Untuk merealisasikan perkara ini saya menyeru semua rakyat Sabah dan mana-mana pihak bersatu dan mengembalikan hak negeri Sabah bagi menghapuskan pandangan serong bahawa “Sabah membangunkan Malaysia” dan mengharapkan pada akan datang kita akan mendengar ungkapan baru, “Sabah maju dan makmur dalam Malaysia”.
Its a bit too greedy, 50% to 50% still reasonable.
ReplyDeleteKadar loyalti harus diperbaiki agar pendapatan yang didapati diguna untuk perkembangan yang berterusan.
ReplyDeletePetronas contribute more working opportunity to the local youth, they need to appreciate and be able to qualify themself to join the industry.
ReplyDeletehope the local youth will grab the opportunity given by Petronas.
DeleteThe petrol like belong to Petronas not Sabah now? What the Sabah get at the end with only 5% loyalty? That adjustment is about time to review.
ReplyDeleteSabah deserve to enjoy more via petrol and gas. The contract should prioritised the local contractor too.
ReplyDeletemampukah Sabah menjadi pemilik dan syarikat minyak yang akan menguruskan hasil minyaknya sendiri?
ReplyDeleteyang pasti, Sabah harus mendapat apa yang sepatutnya dari PERRONAS.
ReplyDeleteMungkin ada baik juga 100%, tapi bagaimana dengan pihak yang mengusahakan carigali tersebut mereka juga perlulah duit untuk tanggung kos mereka dan juga pelbagai bayaran,.
ReplyDeleteyup.. hanya jika Sabah jadi pemilik dan syarikat minyak barulah segala janji2 bagi menaikkan royalti itu dapat dilaksanakan..
ReplyDeletepemimpin2 pembangkang juga tidak menjelaskan secara terperinci bagaimana mereka mahu menaikkan royalti untuk negeri ini.. tidak ada fakta yang boleh menyokong bahawa tuntutan mereka mampu dilaksanakan sekiranya berjaya merampas kerajaan..
ReplyDeleteGood info but it won't be easy to change the situation now.
ReplyDelete