Saturday 18 February 2012

DKKS UNTUK SIAPA?

Saudara Pengarang,

KETIKA melalui sebuah kedai cenderamata di Jalan Gaya pagi tadi saya terkejut melihat banyak lambang (jata) Darjah Kebesaran Kesultanan Sulu (DKKS) sedang disiapkan di kedai berkenaan, biasanya untuk kenderaan. Saya tidak pasti milik siapa kerana sepanjang pengetahuan saya belum ada Sultan Sulu yang sah melainkan beberapa orang sultan palsu termasuk Datu Akjan, Fuad dan Rodinood. Sewajarnya pihak berkuasa Malaysia menjalankan pemantauan kerana bimbang ada lagi pihak yang melantik diri sendiri dan mengancam kedaulatan negara ini. Walaupun jelas disebut Sultanate of Sulu and North Borneo, namun turut dinyatakan juga 'Palace of Darul Jambangan, Maimbong, Sulu, Archipelago of Sulu'. Salam Hormat. KDM KECEWA

No comments:

Post a Comment