Saturday 18 February 2012

ELAKKAN POLITIKING, TERUS SOKONG BN




KETUA Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengajak seluruh rakyat Sabah agar terus memberi sokongan kepada perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mentranformasikan keselesaan hidup rakyat di negeri ini.

Beliau berkata rakyat seharusnya tidak membuang masa dengan politiking yang akhirnya menjejaskan usaha-usaha membela nasib rakyat dan melemahkan kekuatan kerajaan.

"Saya percaya dengan adanya komitmen dan keprihatinan pemimpin pusat terutama Perdana Menteri, kerja keras dan keikhlasan kita sebagai pemimpin, kerjasama dan sokongan penjawat awam serta semua lapisan rakyat, kita dapat membangun dan memajukan lagi kawasan luar bandar di negeri ini, sekaligus membela nasib rakyat dengan lebih berkesan bersama kerajaan BN," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena pelancaran Mini Estet Sejahtera (Mesej) Akuakultur Kg Nala, Tungku di Lahad Datu yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment