Monday 13 February 2012

JANGAN ABAI JASA IBU BAPA



TERSENYUM.....Salah seorang wanita warga tua tersenyum gembira kerana mendapat kerusi roda daripada Juslee.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

GOLONGAN warga tua seharusnya tidak dipinggirkan begitu sahaja, sebaliknya hendaklah diberikan perhatian sepenuhnya oleh masyarakat kerana semasa muda dahulu mereka banyak menabur bakti kepada bangsa, agama dan tanah air.

Kerajaan pada hari ini terus memberikan perhatian yang serius kepada golongan warga tua untuk menikmati apa juga kemudahan dan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan agar mereka tidak terpInggir.

Ahli Parlimen Libaran, Datuk Hj Juslee KK Ajirul berkata demikian kepada Sabahkini.Net sejurus selepas menyerahan Kerusi Roda kepada salah seorang wanita warga tua di Kampung Tinusa II, Batu 7, Sandakan, kelmarin.

“Terutama sekali sebagai anak jangan sekali-kali menderhaka kepada kedua-dua orang tua kita yang membesarkan mendidik sehingga kita jadi orang kenamaan. Kalau tiada kedua ibubapa kita, sudah tentu kita tidak sampai ke tahap itu dan mungkin ada yang bergelandangan ke sana kemari," tegas Juslee.

Sehubungan itu, Juslee menyarankan agar sayangilah kedua-dua ibubapa kita yang telah banyak menabur jasa bakti kepada kita selagi mereka masih hidup. Kelak kita bakal tua seperti mereka, peliharalah dengan sebaik-baiknya kerana jika kita mendurhaka dan mengabaikan tanggung jawab kita sebagai anak maka balasannya tidak akan mencium syurga” jelas Juslee yang panjang lebar.

Menurutnya lagi, Kerajaan BN sekarang sedang meningkatkan program bantuan kepada golongan warga tua. Pelbagai jenis bantuan akan disalurkan kepada golongan tersebut yang bertujuan untuk membantu mereka yang disingkirkan oleh anak masing-masing melalui agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperbanyakan mendirikan rumah-rumah untuk menempatkan golongan orang tua yang terpinggir.

Dalam hal ini sesiapa pun tidak boleh menafikan, kata Juslee terdapat segelintir masyarakat yang sudah kaya raya dan bergelar jutawan, tetapi mengabaikan ibu bapa mereka sehingga sanggup dihantar rumah kebajikan seperti Rumah Orang Tua Sri Harapan kerana tidak sanggup menjaga ibubapa mereka yang telah berjasa selama ini.

8 comments:

  1. Hopefully the government will make the efforts to ensure that the senior citizens in the country will be taken care of.

    ReplyDelete
  2. ibu bapa adalah insan yang melahirkan dan menjaga kita, kita harus menghargai jasa dan pengorbanan mereka. jgn abaikan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jasa dan pengorbanan mereka patut dikenang dan dibantu sedaya upaya.

      Delete
  3. kerajaan memang prihatin terhadap warga tua sehingga memberikan pelbagai bantuan khas untuk mereka seperti Bantuan Orang Tua yang berumur 60 tahun ke atas.

    ReplyDelete
  4. Kalau ibu bapa boleh jaga anak mereka sampai berjaya, kenapa ada anak yang sanggup hantar ibu bapa ke rumah orang tua??

    ReplyDelete
  5. Itu sudah semestinya.. Jasa orang tua selama ini kita tidak boleh lupa. Mereka terlalu banyak berjasa kepada kita.

    ReplyDelete
  6. bukan setakat orang tua kita malah amalkan juga sikap hormat menghormati terhadap orang yang lebih tua dari kita walaupun tidak mempunyai apa2 kaitan kekeluargaan..

    ReplyDelete
  7. wakil2 rakyat di semua kawasan di negeri ini wajar mendekati golongan tua ini dan memahami apa yang mereka perlukan untuk meneruskan kehidupan.. sukar untuk kita nafikan bahawa masih ramai golongan warga emas di negeri ini yang dihimpit kemiskinan tanpa sebarang bantuan dari anak2 mereka atau saudara mara meraka..

    ReplyDelete