Friday 10 February 2012

JAWATAN TERTINGGI SC DIPECAHKAN

Oleh : JAHABAR SADIQ (TMI)

SURUHANJAYA Sekuriti (SC) akan merombak jawatan tertingginya dengan Ketua Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah mengambil alih sebagai pengerusi bukan eksekutif, daripada Pengerusi Eksekutif sekarang Tan Sri Zarinah Anwar apabila beliau habis kontrak penghujung Mac ini, jelas sumber.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa tugas eksekutif Zarinah akan diambil alih oleh Datuk Ranjit Ajit Singh, yang merupakan Pengarah Eksekutif Kawalan Pasaran dalam suruhanjaya tersebut.

Difahamkan juga Ranjit dilihat sebagai yang paling sesuai untuk jawatan tertinggi SC tetapi Putrajaya memecahkan tanggungjawab jawatan itu kerana bimbang puak sayap kanan Umno akan mengecam lantikan seorang bukan Melayu untuk jawatan kanan itu

“Dr Wan Abdul Aziz akan menjadi pengerusi bukan eksekutif, manakala Ranjit akan menjadi pengatur utama, jelas sumber kerajaan kepada The Malaysian Insider.

Sumber lain menyatakan kerajaan akan membuat pengumuman berhubung perkara itu, termasuk akan menamakan pengganti kepada Wan Abdul Aziz (gambar) di dalam Perbendaharaan.

“Mereka telah memutuskan untuk memisahkan posisi tertinggi SC bagi tujuan kebertanggungjawaban dan supaya seorang bukan Melayu masih boleh dilantik dan pada masa yang sama, menjaga hati orang Melayu,” tambahnya dan menjelaskan Zarinah merupakan pengerusi kepada suruhanjaya merangkap pengurusan kanan SC.

“Oleh itu, kepimpinan tertinggi akan melaporkan kepada suruhanjaya,” kata sumber berkenaan.

The Straits Times Singapura minggu lepas melaporkan bahawa Zarinah akan berundur sebagai ketua SC bulan depan selepas menerajui suruhanjaya berkenaan sejak enam tahun lalu.

Kontraknya tamat pada ketika tekanan terhadap pasaran peranan pengaturcara dalam Sime Darbie Bhd dengan pemerolehan 30 peratus saham E&O Berhad Ogos lalu, yang mana suaminya merupakan pengerusi pemaju hartanah berkenaan.

The Straits Times melaporkan bahawa pegawai rasmi kerajaan dan eksekutif kewangan yang rapat berkenaan situasi itu memberitahu akhbar berkenaan bahawa “Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak akan membuat keputusan berhubung penggantinya dalam minggu terdekat.

“Perjanjian E&O telah membuatkan Tan Sri Zarinah dalam keadaan tersepit. Puncanya adalah kerana suaminya, yang merupakan Pengerusi E&O, telah menaikkan pegangannya dalam syarikat beberapa hari sebelum pengumuman Sime Darby,” lapornya.

Sime Darby membeli 30 peratus kepentingannya daripada tiga pemegang saham utama Pengarah Urusan E&O, Datuk Terry Tham, GK Goh Holding dari Singapura, dan sekumpulan pelabur yang diketuai ahli perniagaan Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah penghujung Ogos tahun lepas dengan perjanjian nilai saham E&O pada RM2.30 seunit.

Harga pembelian tersebut mewakili 60 peratus premium terhadap nilai perkongsian di dalam syarikat tersebut di pasaran terbuka apabila perjanjian tersebut diumumkan.

Perjanjian berjumlah RM776 juta menimbulkan rasa kurang senang apabila syarikat itu menggunakan kuasanya untuk pengambil alihan korporat.

SC menguasai selepas enam minggu perjanjian tersebut dibuat oleh konglomerat berasaskan pertanian tidak membuat penawaran awam, memaksa pemegang rakan kongsi minoriti E&O Michael Chow mengemukakan saman terhadap SC kerana gagal memaksa Sime Darby membuat tawaran awam untuk saham selebihnya dianggarkan bernilai RM1.8 bilion.

Pasukan pasukan petugas SC mendapati, Sime Darby harus mengeluarkan tawaran awam kepada E&O selepas memperolehi 30 peratus kepentingan dalam saham pemaju hartanah berkenaan.

Laporan The Straits Times Singapura minggu lalu melaporkan bahawa pasukan petugas berkenaan melihat kemestian membuat tawaran awam telah menyebabkan “parti kosert” baru diwujudkan antara Sime Darby dan Tham, yang turut serta menguasai lebih 33 peratus kepentingan dalam kepentingan hartanah selepas perjanjian tersebut dibuat.

Undang-undang pengambil alihan Malaysia menyatakan mana-mana pihak yang menguasai lebih daripada 33 peratus kepentingan dalam syarikat awam harus mengeluarkan penawaran awam untuk saham selebihnya.

Penawaran awam juga boleh dibuat apabila pihak baru membeli kurang 33 peratus, tapi kawalan keselamatan harus dibuat untuk syarikat pilihan.

8 comments:

  1. Hopefully the decision to break up the Security Commission seat will be well accepted.

    ReplyDelete
  2. with the corporate restructuring, hopefully the efficiency level will too be improve

    ReplyDelete
  3. Harap rombakan semula tu dapat memberi manfaat

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga dgn ini pengurusan SC akan lebih sistematik.

      Delete
  4. orang baru dan kepimpinan yang baru. semoga yang terpilih dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.

    ReplyDelete
  5. Mengenai jawatan tertinggi ini perlulah dilantik mengikut kebolehan yang ada pada orang tersebut.

    ReplyDelete
  6. saya harap setelah jawatan SC dipecahkan, maka kemelut yang berlaku dalam SC juga dapat 'dipecahkan'..

    ReplyDelete
  7. "Putrajaya memecahkan tanggungjawab jawatan itu kerana bimbang puak sayap kanan Umno akan mengecam lantikan seorang bukan Melayu untuk jawatan kanan itu"

    Stop being racist.

    ReplyDelete