Thursday 9 February 2012

JOHOR BERDAGANG DENGAN ISRAEL

By :SUSAN LOONE

BERCANGGAH dengan kempen Malaysia yang pro-Palestin, sebuah NGO mendakwa bahawa dua syarikat di Johor berdagang minyak sawit dengan rakan perniagaan mereka dari Israel.

Menurut Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin (kiri), dua syarikat tersebut didakwa mengeksport minyak sawit ke Israel melalui Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang.

Minyak sawit itu dihantar ke sebuah pelabuhan terbesar di Israel, Ashdod, dakwa Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard.

Chegubard berkata dia mempunyai borang Kastam dan pengesahan tempahan membabitkan syarikat-syarikat pengeksport minyak sawit di Johor untuk menyokong dakwaannya itu.

Beliau mendakwa, pihaknya juga mempunyai bukti bergambar bahawa pegawai kerajaan Israel telah datang ke Johor untuk memeriksa penghantaran minyak sawit sebelum dihantar kepada Israel.

Sepatutnya, tegas Chegubard, ianya menyalahi undang-undang kerana negara tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

9 comments:

  1. Jika Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, maka tidak boleh ada perdangangan antara dua-dua negara?

    ReplyDelete
  2. dakwaan ini perlu ada bukti kerana Malaysia tidak amalkan sebarag hubungan dgn Israel.

    ReplyDelete
  3. kalau didapati dakwaan ini ada kebenarannya, apa tindakan yang bakal diterima oleh syarikat2 tersebut?

    ReplyDelete
  4. Bagaimana pula dengan Anwar baru-baru ini?? Apa kata ahli yang menentang Isreal?? Rasanya diam saja bila ketua sendiri menyokong Isreal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The statement made by DSAI gave emphasis on a win-win solution for both conlicting sides. There's no sign of favoritism on DSAI part other than the end of the conflict in the West bank.

      Delete
  5. dia cakap dia ada bukti tapi dia tidak paparkan..

    ReplyDelete
  6. Chegubard - Show us the proof.
    - How come there's no news on this as
    of today? Cheap publisity gimmick ka
    this?

    ReplyDelete