Saturday 18 February 2012

KDM MALAYSIA SEMAKIN PARAH?

BIBIT-BIBIT Perpecahan di kalangan ahli KDM Malaysia yang diterajui oleh Ketua UMNO Bahagian Penampang, Datuk John Ambrose mula kelihatan apabila Naib Presiden NGO tersebut, Dato' Peter Anthony bertindak bersendirian meninggalkan Presidennya; seolah-olah ada 2 Presiden dalam KDM Malaysia.

Lebih mengejutkan Peter menamakan dirinya sebagai C.E.O KDM Malaysia dan Bendahari Agung dalam iklan satu muka penuh warna warni di Daily Express bernilai RM9,190.20. Kadar Iklan boleh disemak di ADVERTISEMENT.

Dalam iklannya, Peter mengukirkan kata-kata keramat untuk mengabui mata Najib, terutama memohon simpati yang tersirat bagi kes rasuah yang dihadapinya;

"Terima Kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansordi atas kunjungan ke Negeri Di Bawah Bayu Sabah. Daripada Datuk Peter Anthony, C.E.O Merangkap Bendahari Agung serta lebih 40,000 ahli Pertubuhan KDM Malaysia. Doa kami sentiasa mengiringi Datuk Seri dan keluarga."

Menurut sumber dalam KDM Malaysia, Peter mula bertelagah dengan John Ambrose kerana tidak membantu beliau dalam kes rasuah di UMS dan Skim Bekalan Air Tenom, sedangkan semua projek yang diluluskan Menteri KKLW kepadanya untuk membiayai semua program Task Force KDM dan KDM Malaysia.

John dikatakan turut mengkhianati beliau ketika Majlis KDM Task Force di Kimanis sehingga melibatkan 'Sifu' beliau, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digelar sebagai 'Kurang Ajar' dan 'Penceroboh' kerana ketika majlis berlangsung, John Ambrose bersama Datuk Seri Musa merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Sepanggar.

No comments:

Post a Comment