Tuesday 14 February 2012

KHIDMAT BAKTI PAS BATU SAPI


Oleh : KRANGKANG BATRUSI

RAKYAT di Kg Gas dekat sini menyambut baik Pemeriksaan Kesihatan yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Batu Sapi baru-baru ini. Program yang dirancang untuk diadakan di Dewan Serbaguna pada awalnya itu terpaksa diadakan di rumah salah seorang penyokong PAS di sini.

“Penduduk kampung amat teruja apabila kita adakan program seumpama ini memandangkan ianya amat jarang diadakan. Mereka juga tidak takut untuk dekati kita, walaupun mereka tahu bahawa kita daripada parti pembangkang,” kata Haji Hamzah Abdullah, Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Sapi ketika diminta mengulas tentang program ini.

“Di Batu Sapi, orang kampung sudah tidak fobia dengan PAS. Sebab itulah, jika kita adakan program, pasti orang kampung akan menyokong kita. Buktinya hari ini, walaupun kita tidak ada tempat program pada awalnya kerana masalah teknikal tapi orang kampung datang tawarkan rumahnya untuk dijadikan tapak program,” tambah Haji Hamzah lagi.

Pemeriksaan Kesihatan oleh 3 orang doktor tersebut telah menarik penyertaan yang menggalakkan daripada penduduk kampung. Pesakit yang hadir terdiri daripada kaum ibu dan kaum bapa tidak ketinggalan juga kanak-kanak.

Beberapa pesakit yang ditemui memuji usaha yang dilakukan oleh PAS ini bagi membatu masyarakat yang memerlukan. Mereka mengalu-alukan kehadiran PAS ke kampung mereka seberapa kerap yang boleh.

Terdahulu sebelum program tersebut bermula, rombongan PAS Kawasan Batu Sapi sempat menziarahi keluarga penduduk kampung yang meninggal dunia hari itu. Bantuan disampaikan bagi meringankan beban keluarga almarhum.

13 comments:

  1. Harap PAS adalah ikhlas memberi bantuan kepada penduduk kampung dan bukan menggunakan ini sebagai alat politik untuk mendapatkan undian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya lagipun sekarang ni masa dekat2 PRU. pasti ramai yang fikir ini hanyalah alat politik. apa lagi kalau sebelum ni PAS jarang turun padang berjumpa dengan rakyat.

      Delete
    2. PAS hanya boleh menang di kawasan yang sudah dimiliki.

      Delete
  2. Para pemimpin sekalian perlulah sentiasa turun padang untuk melihat keadaan rakyat serta menghulurkan bantuan kepada mereka.

    ReplyDelete
  3. So? is this something new? The medical staff of Tawau Hospital Ophthalmology Department has been conducted free eye check up in Wallace Bay, Semporna, as well as the other interior within the Division of TAWAU did not propagate their cause.

    ReplyDelete
  4. Clearly PAS intention is just another example of self - glorifying. Now is that sincere? As the malay saying goes, ayam bertelur, riuh sekampung

    ReplyDelete
  5. PRU nanti kita akan tahu adakah penerimaan mereka akan diterjemahkan dalam bentuk undi.

    ReplyDelete
  6. pada masa inilah pemimpin2 akan turun padang. bgs jugalah.

    ReplyDelete
  7. Baguslah kalau PAS cuba untuk melakukan yang terbaik kepada penduduk.

    ReplyDelete
  8. aikk.. takkan Batu Sapi saja.. tempat2 lain?? atau mungkin PAS sebenarnya berhasrat mahu meletakkan calon dikawasan itu??

    ReplyDelete
  9. memang bagus kerja amal yang dilaksanakan oleh PAS Sabah ini.. namun sebagaimana tuduhan2 mereka berkenaan dengan bantuan kerajaan yang kononnya bermotifkan politik, begitu jugalah dengan bantuan amal oleh PAS ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus lagi PAS jadi NGO, supaya apa yang mereka buat konon tiada niat politik.

      Delete