Tuesday 7 February 2012

NBAT FC LEBURKAN LIKAS UNITED FC

JUARA.... BOB (baju hitam) bergambar kenangan bersama Pasukan NBAT FC muncul Juara Pertandingan Bola Sepak Sembilan Sebelah Anjuran bersama Likas United (LUFC) dengan kerjasama Umno Bahagian Sepanggar, di Padang Saga Likas, Kota Kinabalu.

PASUKAN NBAT FC muncul Juara Pertandingan Bola Sepak Sembilan Sebelah Anjuran bersama Likas United (LUFC) dengan kerjasama Umno Bahagian Sepanggar, di Padang Saga Likas, Kota Kinabalu, kelmarin.

Pasukan NBAT FC berjaya membawa pulang wang tunai RM600 berserta piala pusingan dalam kejohanan selama dua hari berakhir kelmarin.

Tempat kedua dimenangi pasukan Likas United FC (LUFC) membawa pulang wang tunai RM300 berserta piala manakala Liver FC di tempat ketiga memenangi wang tunai dan piala.

Pengerusi Penganjur merangkap Setiausaha Umno Bahagian Sepanggar, Mohd Razali Mohd Razi @ Bob berkata, kejohanan selama dua hari itu memperlihatkan sebanyak 40 pasukan bola mengambil bahagian sekitar ibu negeri.

“Kita memang jadikan acara ini sebagai aktiviti tahunan memandangkan Likas United (LUFC) dikenali ramai sejak dahulu lagi di mana pernah melahirkan pemain sehingga mewakili negeri dan negara ketika dahulu.

“Selain itu Padang Saga Likas Kota Kinabalu memang terkenal dalam aktiviti bola sepak sekitar ibu negeri sekali gus mengenang nostalgia padang SAGA sudah mencecah hampir 40 tahun sejak 1970 lagi,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Bola Sepak Sembilan sebelah Anjuran bersama Likas United dan Umno Bahagian Sepanggar, di sini kelmarin.

Bob berkata, selain mengetengahkan pemain berbakat, kejohanan ini mampu menjadi platform kepada golongan belia berkumpul sambil menyaksikan perlawanan secara beramai-ramai.

“Likas United bersedia menawarkan pertandingan bola sepak dalam tempoh terdekat memandangkan sambutan yang menggalakan selain peluang kepada anak tempatan menonjolkan bakat mereka sehingga di peringkat tertinggi,” katanya.

Bob berkata, sejak dua hari kejohanan ini berlangsung didapati standard serta kualiti pemain setanding dengan mutu pemain di peringkat liga tempatan cuma ruang serta peluang kurang diberikan kepada mereka.

Beliau menambah, pihaknya merancang untuk mengadakan perlawanan nostalgia antara bekas pemain Likas United (LUFC) bagi mengimbas kembali kenangan kemuncak kejayaan LUFC masa dahulu.

“Kita lihat ini mampu menjadi motivasi kepada pemain muda agar mencontohi kegigihan pemain dahulu tanpa memikir soal imbuhan semata-mata tetapi mengutamakan kepada pencapaian sesebuah pasukan,” katanya.

HADIAH..... Bob (kiri) menyampaikan hadiah kepada Karim Abdullah, warga Iran mewakili Likas United FC dalam kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Anjuran Likas United FC dengan kerjasama Umno Bahagian Sepanggar, di Padang Saga Likas Kota Kinabalu.

8 comments:

  1. Keep up the effort to all local FC teams in Sabah.

    ReplyDelete
  2. This is a good approach to revive the glory days of Sabah football into the youth today.

    ReplyDelete
  3. Hopefully there will be more similar activities that will be emulated by other teams in the future

    ReplyDelete
  4. Tahniah kepada pasukan yang menang

    ReplyDelete
  5. tahniah kepada yang menang, pada yang kalah, usaha lagi.

    ReplyDelete
  6. Hubungan baik dapat dieratkan dengan aktiviti sebegini.

    ReplyDelete
  7. memang wajar acara sukan nombor 1 dunia ini dijadikan acara tahunan.. syabas kepada pihak penganjur..

    ReplyDelete
  8. Lebih baik melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti seperti ini. Lagi berfaedah.

    ReplyDelete