Thursday 16 February 2012

NCR, JUDE MOHON PENGISYTIHARAN MAHKAMAH

SEORANG kolumnis akhbar setempat, Marcel Jude Rabu memfailkan permohonan bagi kebenaran semakan kehakiman terhadap Ketua Menteri Sabah dan kerajaan negeri Sabah, berhubung isu status Hak Tanah Adat (NCR) di Mahkamah Tinggi di sini.

Permohonan itu ditetapkan untuk pendengaran pada 9 pagi, 3 April di hadapan Hakim Datuk David Wong Dak Wah.

Dalam permohonannya, Marcel memohon perintah mandamus dan larangan untuk menghalang responden daripada menguatkuasakan dasar tidak akan mengiktiraf mana-mana tanah NCR yang wujud selepas 1930 atau NCR yang tidak dapat dibuktikan telah wujud sejak 1930.

Beliau juga memohon pengisytiharan untuk memberikan kuasa dan hak milik sah kepada NCR yang diwujudkan selepas 1930.

Permohonan bagi semakan kehakiman itu dibuat berikutan kenyataan yang dibuat pada minggu lepas oleh Peguam Besar Negeri Sabah bahawa untuk membolehkan tanah NCR disahkan, ia perlu dibuktikan telah wujud sejak 1930. (BERNAMA)

11 comments:

  1. Harap pemohonan ini akan disiasat dan dibentangkan semasa di mahkamah untuk mendapatkan penjelasan yang terbaik.

    ReplyDelete
  2. Harap kenyataan AG-Roderik Fernandez itu akan dibuktikan tidak sah dalam sesi kehakiman ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenyataan ini hanya dibuat oleh Roderik dan tiada sesiapa yang memperkatakan tentang perkara ni sebelum ni. pasti ini kesilapan di pihak beliau.

      Delete
  3. Hopefully this matter will be resolve at earnest.

    ReplyDelete
  4. kenyataan Roderik dibidas oleh byk pihak, harap mahkamah akan isytiharkan kenyataannya tidak sah.

    ReplyDelete
  5. hal ini berkaitan tanah2 penduduk, jadi ia perlu diambil berat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan biarkan kemarahan penduduk semakin bertambah. hal mengenai tanah adat sangat sensitif bagi mereka.

      Delete
  6. Lebih baik kaji balik sejauh mana kebenaran kenyataan AG tersebut.

    ReplyDelete
  7. Hak milik sah kepada NCR yang diwujudkan selepas 1930. Maka bukannya hanya sehingga 1930..

    ReplyDelete
  8. kenayaan peguan besar negeri Sabah itu tidak menggambarkan pendirian kerajaan negeri sabah dan ketua menteri sabah..

    ReplyDelete
  9. jika kerajaan tidak mengiktiraf kewujudan tanah NCR, bagaimana keputusan mahkamah sebelum ini boleh memihak kepada penduduk kampung yang menuntut hak tanah NCR mereka??

    ReplyDelete