Thursday 23 February 2012

NIK AZIZ BERBELIT, PAS IKUT TERCEKIK?

Oleh : AZMAN IBRAHIM

MEMBACA kenyataan penuh Datuk Nik Abdul Aziz sejurus selepas pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bagi membincangkan isu Israel-Palestin ini membuat kepala penulis bertambah berkecamuk memikirkan apa masalah sebenar PAS dalam isu ini?

Jangkaan penulis isu ini akan akhirnya berjaya diselesaikan sebaik pertemuan berakhir, rupanya PAS masih lagi memegang pendirian yang sama walaupun setelah dijelaskan sendiri oleh Anwar.

Secara tidak langsung tuduhan yang mengatakan UMNO memutar belitkan kenyataan Anwar itu telah dibuktikan tidak benar oleh Nik Aziz kerana beliau masih kekal dengan kenyataan awal, walaupun setelah mendengar penjelasan Anwar sendiri.

Adakalanya penulis sendiri keliru kerana Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dalam kenyataan kepada Malaysian Insider beberapa hari lepas jelas menyatakan bahawa soal melindungi keselamatan Israel ini hanya akan ditimbulkan setelah semua hak Palestin yang dirampas rejim Zionis itu dikembalikan semula kepada mereka.

"He acknowledged Anwar’s contention that his support for Israel’s security is dependent on the Jewish state not thwarting the Palestinians’ ambitions for statehood. If that condition is not fulfilled, which it has not been thus far, then surely he (Anwar) does not support Israel,” said Mahfuz.

-Malaysian Insider

Sedangkan Nik Aziz pula, menolak terus sebarang hubungan dengan Israel, tidak mengira sama ada hak Palestin dikembalikan semula atau tidak.

Sudahlah perbezaan pandangan antara parti komponen dalam Pakatan Rakyat itu sendiri sudah cukup menyusahkan, perbezaan pendapat antara kepimpinan atasan dalam parti yang sama, menambah lagi kepada kecelaruan yang sedia ada.

Tapi dalam masa yang sama, Nik Aziz menyatakan pula komitmennya untuk bersama-sama dengan Pakatan Rakyat. Di mana logiknya komitmen Nik Aziz itu kalau dalam hal sekecil inipun tidak boleh bersetuju dengan Anwar?

Ini baru bercakap tentang satu isu, belum lagi isu-isu lain yang mungkin menyebabkan perbezaan pandangan.

Penulis masih percaya, Nik Aziz masih lagi tidak mendapat gambaran sebenar dari Anwar berhubung dengan isu ini. Hakikatnya, Malaysia tidak boleh berterusan ketinggalan dalam hal ehwal antarabangsa dengan memencilkan Israel, walaupun selepas negara Yahudi tersebut mengembalikan semula hak rakyat Palestin yang dirampas olehnya.

Umum mengetahui, alasan utama penentangan banyak negara Islam ke atas Israel berhubung rapat dengan tindakannya merampas tanah-tanah orang Palestin. Selepas hak orang Palestin ini dikembalikan semula kepada mereka, penulis tidak dapat mencari alasan yang sesuai kenapa Israel masih perlu dimusuhi?

Penulis yakin masalahnya bukan pada Anwar kerana Anwar diketahui jauh lebih ke hadapan dalam isu-isu hubungan antarabangsa ini seperti dibuktikan dengan penerimaan banyak pihak di serata dunia akan idea-ideanya dalam sesuatu konflik berkaitan.

Penulis yakin, punca kepada masalah ini adalah terletak pada Nik Aziz sendiri.

Itu masalahnya bila pemikiran tidak terbuka kepada idea-idea baru sebaliknya masih lagi dijerat fahaman-fahaman lama yang tidak disesuaikan dengan perubahan semasa.

Penulis semakin bimbang rakyat akan terus menolak Pakatan Rakyat dalam kempen pilihanraya akan datang jika keadaan ini berterusan. Perbalahan dalam isu ini hanya membayangkan kelemahan pimpinan dalam mendepani isu-isu negara yang lebih utama.

10 comments:

  1. Tidak mungkin masalah ini dapat diselesaikan selagi kedua-dua pihak enggan memberi jalan. Walaupun Anwar sudah menjelaskan pendirian beliau kepada Nik Aziz, jika Nik Aziz tidak menerimanya, isu tersebut tetap ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampaknya kedua2 pemimpin pembangkang ini ada pertentangan. pasti ini akan memberi kesan terhadap perjuangan parti.

      Delete
  2. Pemikiran tidak terbuka kepada idea baru dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan semasa akan menjadi suatu masalah untuk seorang pemimpin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seorang pemimpin harus sentiasa mempunyai motivasi yang positif.

      Delete
  3. PAS dan PKR mempunyai bentuk perjuangan yang berbeza, pasti dalam isu ini mereka takkan sepakat.

    ReplyDelete
  4. wajibkah hanya kerana Anwar ketua Umum pakatan, maka semua pemimpin2 Pakatan termasuk Nik Aziz akur dengan apa sahaja tindakan, kenyataan dan pandangan Anwar?? amalkan la demokrasi..

    ReplyDelete
  5. patut la setiap kali ada pemilihan pasti timbul konflik.. rupanya dalam Pakatan hanya Anwar sahaja yang berhak bersuara dan membuat keputusan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu Anwar dapat sandang gelaran ketua pembangkang. Ahli PR tidak boleh bangkang cakap Anwar.

      Delete
  6. Sebenarnya PAS sekarang ini kebinggungan adakah lebih mengutamakan agama ataupun sahabat parti sendiri.

    ReplyDelete
  7. Keep on arguing between each other and this will bring your downfall.

    ReplyDelete