Wednesday 22 February 2012

DEBAT BUKAN PENYUDAH SEGALA-GALANYA

Oleh : MOHD FARHAN DARWIS

BEKAS Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menjelaskan, debat yang dicadangkan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah penamat kepada setiap permasalahan yang berlaku.

Abdullah yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Lah berkata apa yang lebih penting adalah tindakan dan kepimpinan yang baik yang dapat memberikan penyelesaian kepada masalah yang timbul.

“Debat tidak akan menyelesaikan masalah. Banyak lagi perkara yang boleh dilakukan daripada berdebat, kerana debat bukan satu keperluan,” katanya lagi namun enggan mengulas samada debat antara Najib dan Anwar itu tindakan yang wajar atau tidak.

Menurut beliau, hanya Perdana Menteri yang mempunyai kuasa menentukan beliau ingin berdebat atau tidak dengan Ketua Pembangkang.

“Itu bergantung kepada Najib, nak serta atau tak, terpulang kepadanya,” kata Abdullah lagi.

Selepas debat antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng minggu lepas, rakyat mula bersuara menuntut Najib berdebat berkenaan polisi negara bersama-sama Anwar.

Pelbagai pihak tampil memberikan pendapat dan galakan, tidak kurang yang menghalang, yang rata-ratanya ahli Umno, terhadap cadangan debat kedua-dua pemimpin tersebut.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah memberi bayangan bahawa pemimpin Umno bersedia pada bila-bila masa untuk berdebat, dan rakan sejawatannya dari Pakatan menyahut seruan itu.

Presiden Umno itu bagaimanapun setakat ini enggan untuk berdebat secara terbuka dengan Anwar walaupun Anwar telah berulang kali menjemput Najib untuk sesi debat terbuka dan mencabar beliau berbincang berkenaan polisi dan hala tuju kerajaan.

Malah, Anwar pernah berkata, debat terbuka itu akan menjadi dirinya dan pengundi melihat calon mana yang akan mereka undi.

11 comments:

  1. Maybe the open debates can help clear the air on some of the issues that has been faced by the country.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Provided both side set their difference aside of course

      Delete
  2. sememangnya debat tidak akan selesaikan masalah, lebih baik buat perbincangan dari berdebat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. True. Tho government should look into these problems

      Delete
  3. wah.. lama betul pak lah tidak muncul.. tidak sangka dalam banyak2 isu, isu debat juga yang menarik perhatian beliau..

    ReplyDelete
  4. jika Anwar ditempat Najib, saya yakin Anwar juga tidak akan turun berdebat.. eloklah Anwar teruskan sahaja jelajah kempen politik beliau ke seluruh negara..

    ReplyDelete
  5. Itu sudah semestinya. Tidak bermakna debat jalan penyelesaian. Cuma merumitkan keadaan semata-mata.

    ReplyDelete
  6. Mungkin debat yang mahu dibuat oleh Anwar 100% ditolak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar hanya tahu berdebat saja. PKR semua ahlinya mencabar mana2 pemimpin untuk berdebat. mahu tunjuk dia la paling bagus.

      Delete
  7. Debat bukan la yang terbaik. Debat tidak dapat selesaikan masalah. masing2 mahu tunjuk hero macam mana masalah boleh selesai.

    ReplyDelete
  8. There's a difference between a person who is only good in talk and a person who is good both in talking and doing it.

    ReplyDelete