Friday 17 February 2012

PENGUSAHA NANAS DI BUKAU RESAH



BEBERAPA pengusaha nanas semakin terdesak kerana hilang punca pendapatan kerana sebelum ini mereka memperolehi purata pendapatan sekitar RM3,000 setiap kali tuaian.

Bagaimanapun jumlah tersebut semakin mengecil dan tanaman mereka tidak menjadi, mungkin disebabkan sejenis penyakit yang tidak diketahui sehingga kini menyebabkan tanaman nenas terbantut.


Menurut salah seorang penanam nanas, Iskandar Kandawai dari Kampung Lampaki, Bukau berkata, mereka sudah hilang sabar dan mendesak kerajaan dan agensi berkaitan mengambil tindakan segera menangani masalah tersebut.

Penanam Nanas tertanya-tanya apakah hasil siasatan yang dilakukan oleh Lembaga Nanas Malaysia dan Mardi berhubung masalah tanaman di kawasan mereka.


TEMURAMAH....Iskandar ketika ditemuramah oleh Pemberita station radiotv online Sabahtv.net.


“Kita bertanya pada pegawai berkenaan, tetapi jawapannya tunggu. Pendapatan kami semakin kurang, ke manakah hala tuju kami? Tanah kami yang dahulunya sesuai dengan tanaman nanas dan mengangkat nama kampung kami sehingga dikenali di seluruh daerah sebagai satu-satunya kampung yang mengeluarkan Nanas pada skala yang besar kini hanya tinggal nama,” menurut Iskandar dengan nada kesal.

Iskandar yang juga seorang pesara tentera laut, mahukan jawapan konkrit dan penyelesaian maksimum bagi mengenal pasti punca dan jalan penyelesaiannya.

Sementara itu, Parti Maju Sabah diketuai oleh Pengerusi CLC N.27 Lumadan, Jamain Sarudin yang melawat ke ladang berkenaan, meminta supaya agensi tertentu menyegerakan sebarang bantuan bagi membantu para penanam nenas.

Beliau berkata “gerai nanas pun sudah kurang menjual nanas dan ini menunjukkan betapa masalah yang dihadapi oleh penanam ini amatlah serius”.

11 comments:

  1. I would suggest bringing this problems to students who are studying agriculture in higher institutions to see if they have any good solutions.

    ReplyDelete
    Replies
    1. That is a good suggestion. Maybe the agriculture officers can take this into consideration.

      Delete
  2. This could give the students a chance for practical work and might help resolved the disease problems as well.

    ReplyDelete
  3. kerajaan kena membantu pengusaha dalam menyelesaikan masalah tersebut. jika tanaman tak menjadi, pengusaha akan rugi dan hilang sumber rezeki. punce penyakit kena dikenal pasti dan cari jalan untuk selesaikannya.

    ReplyDelete
  4. Apa pun diharap bersabar jika laporan sudah dibuat pasti pihak bertanggungjawab sedang menjalankan kajian untuk menyelesaikan perkara ini.

    ReplyDelete
  5. pengusaha nenas ni mungkin perlu cari alternatif lain untuk menutup sumber pendapatan yang terjejas.

    ReplyDelete
  6. mengenalpsti punca penyakit dan penyelesaiannya bukan dapat dibuat sekaligus dalam masa yang singkat.mereka perlu lakukan kajian dan penyelidikan. mungkin sebab itulah pegawai di sana meminta penduduk untuk menunggu dan bersabar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyeleledikan kalau boleh kenalah secepat yang mungkin. pasti penduduk kampung tertunggu-tunggu denagan sangat rasa sedih.

      Delete
  7. mencari punca masalah dan mencari jalan penyelesaian kepada masalah itu bukan boleh dibuat secepat mungkin.. kalau sudah ada aduan dibuat, tunggu saja la tindakan dipihak yang berkenaan..

    ReplyDelete
  8. Penyakit tanaman tu akan merugikan pengusaha. harap2 kajian terhadapa penyakit dapat segera ditemui penawarannya

    ReplyDelete
  9. Semoga masalah pengusaha nanas ini dapat diberi perhatian dengan segera.

    ReplyDelete