Saturday 11 February 2012

PENSIANGAN SEMAKIN PESAT MEMBANGUN



Oleh : KENINGAU PRESS

PERUBAHAN telah banyak berlaku di Pensiangan, khususnya di kawasan Dun Sook kerana kawasan itu jauh berbeza dari tahun-tahun yang lepas; berkat gandingan kerjasama erat di kalangan para pemimpin tempatan dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ketua Pergerakan Pemuda Umno P.182 Pensiangan, Mohd Syafiq Abdullah @ Joseph Peter Tinggi berkata, jalanraya di Sook semakin baik dengan penaikan taraf yang dilakukan oleh kerajaan yang memakan belanja yang besar, bekalan elektrik juga sudah ada dengan tidak lama lagi kawasan Sook akan terang sepenuhnya dengan bekalan elektrik .

Mohd Syafiq berkata demikian sempena merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang, Majlis Sukan Sukan Zon Sook Kali Ke 28 di Kompleks Sukan Keningau disini. Turut hadir kesemua 12 Guru Besar dari Zon Sook .

“Alasan kita sangat kukuh untuk terus memberi sokongan kepada kerajaan yang ada kerana telah banyak membantu rakyat. Kita sendiri dapat melihat perubahan yang berlaku,” kata Mohd Syafiq.

Sehubungan itu, kata Mohd Syafiq tidak ada sebab rakyat di kawasan itu untuk tidak meneruskan sokongan terhadap BN pada pilihanraya umum akan datang semata-mata terpengaruh dengan pembangkang yang menaburkan janji kosong.

Malahan kata Mohd Syafiq, tidak lama lagi DUN Sook akan mendapat dua buah sekolah menengah iaitu sebuah di Mukim Dalit dan Mukim Lanas yang dinamakan SMK Dalit dan SMK Trusmadi.

“Kita harap penyelesaian berkaitan dengan tapak tanah dapat diselesaikan segera untuk memastikan rancangan ini dapat dilaksanakan,” kata Mohd Syafiq yang mengakui SMK Dalit akan dibina tidak lama lagi tetapi SMK Trusmadi masih berhadapan dengan masalah tapak.

11 comments:

  1. Hopefully the construction of SMK Dalit will go smoothly and also hoped that the land issues with SMK Trusmadi will be sorted out.

    ReplyDelete
  2. The government and local MP's must continue to work hard to develop the rural areas such as above.

    ReplyDelete
  3. pensiangan dah makin membangun, nampaknya kerajaan tak mengabaikan kawasan pedalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus la. Kawasan pedalaman juga harus membangun seiring dengan janji2 yang telah dikatakan.

      Delete
    2. harap2 kawasan2 pedalaman yang lain tidak akan terabai dan menikmati pembangunan yang seimbang.

      Delete
  4. teruskan lagi dalam membangunkan kawasan2 pedalaman di Sabah.

    ReplyDelete
  5. Harap tu suatu perubahan yang positif dan tidak hanya indah kabar dari rupa. pastikan benar2 terlaksana.

    ReplyDelete
  6. penduduk Pensiangan pastinya bersyukur dengan kerajaan yang telah memberikan mereka pembangunan ini.

    ReplyDelete
  7. Teruskan membangunkan kawasan pendalaman luar bandar yang terdapat di Sabah.

    ReplyDelete
  8. kalau rakyat melihat sendiri perubahan positif yang dibawa oleh kerajaan, pemimpin2 kerajaan tidak perlu risau tentang pendirian mereka pada pilihanraya umum nanti.. teruskan saja usaha dan pastikan apa yang telah dijanjikan ditunaikan..

    ReplyDelete
  9. Pembangunan di bandar dan luar bandar haruslah seimbang.

    ReplyDelete