Saturday 18 February 2012

PROGRAM 6P LANJUTKAN LAGI



POLIS tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pendatang asing di sekitar ibu kota berikutan tarikh Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) dilanjutkan sehingga 10 April ini.

Bagaimanapun Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur berkata tindakan tegas akan tetap dikenakan kepada pendatang asing yang melakukan kesalahan jenayah mengikut peruntukan undang-undang yang ada dalam ‘Ops Cegah Jenayah’.

“Selain itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi khususnya Bahagian Siasatan Jenayah Komersial dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik telah mengadakan operasi khas seperti ‘Ops Tiong’ dan ‘Ops Tapis’ bagi menangani kegiatan penipuan dan permasalahan penyalahgunaan dadah di kalangan warga Afrika di kawasan itu,” katanya dalam kenyataan dalam laman Facebook Polis Kuala Lumpur.

Katanya operasi dan pemeriksaan juga sering dijalankan dengan kerjasama agensi kerajaan lain terutamanya Jabatan Imigresen bagi memastikan warga Afrika ini masuk secara sah ke Malaysia.

Polis juga meminta kerjasama orang ramai menyalurkan sebarang maklumat atau kejadian jenayah melalui hotline Rakan Cop di talian 03-2115 9999 atau SMS PolisKL ke 32728.

47 comments:

  1. Hopefully this 6P program would be show even better results this time, those employers who does not register their illegal workers should be taken serious actions after the registration period closed.

    ReplyDelete
  2. They have been given many chances to register since the 6P program started, those who refuses show that they are not serious in aiding the government to reduce illegal immigrant presence within the states. The state government should not show mercy to them once the registration period has end.

    ReplyDelete
  3. Mereka yang masih enggan mendaftarkan pekerja mereka walaupun sudah beberapa kali program ini dilanjutkan tidak patut diberikan peluang kedua ataupun ketiga. Terus mengambil hukuman, baru dorang tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sokong..bagi hukuman berat atau hantar terus mereka balik.

      Delete
    2. ya...bagi pengajaran sikit...jangan manjakan mereka..

      Delete
    3. Saya sokong, majikan yang tidak bertanggungjawab harus di hukum agar mereka faham undang2.

      Delete
    4. majikan seharusnya memberi kerjasama mendaftarkan pekerja mereka, jgn smpai tindakan dikenakan.

      Delete
  4. Jika boleh bekerjasama dengan kerajaan lain pasti boleh melancarkan lagi proses penapisan seperti ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. diharap rakyat bekerjasama dengan kerajaan...jangan bagi PATI kerja atau tempat tinggal..

      Delete
    2. Jika ada kerjasama dari semua pihak, pasti program ini dapat berjalan dengan lancar.

      Delete
  5. kegiatan warga Afrika ni semakin menjadi2 kebelakangan ni. banyak tangkapan dibuat atas salahguna dokumen dan jenayah lain seperti dadah dan penipuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap kerajaan dapat memantau kegiatan warga Afrika ini, jangan di biarkan berlarutan.

      Delete
  6. semoga semua pihak dapat bekerjasama bagi menjayakan program 6P ini.

    ReplyDelete
  7. rakyat Sabah telah sekian lama mahukan kerajaan menubuh RCI di negeri ini tetapi mengapakah pula program 6P yang dilanjutkan dan bukannya penubuhan RCI?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerajaan ada sebab mengapa program 6P dilanjutkan..

      Delete
    2. Sokong mike..pasti kerajaan ada sebab yang tertentu program ini di lanjutkan.

      Delete
    3. Saya yakin program 6P jika dilaksanakan dengan baik, pasti dapat menyelesaiakan masalah pati juga:)

      Delete
  8. RCI harus ditubuhkan dan bukannya melanjutkan program 6P yang tidak ada kesudahan langsung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasti ada sebab munasabah kenapa 6P dilanjutkan... Kalau RCI ditubuhkan secara kelam kabut pun tak best juga kan, takut pula ada kekurangan:P

      Delete
  9. more over, most of the people (in Sabah) agreed with the setting up of the RCI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerajaan negeri sabah juga menyokong penuh penubuhan RCI tanpa bantahan..diharap dalam masa terdekat, RCI akan diwujudkan..

      Delete
    2. RCI pasti akan di tubuhkan.ramai yang ingin kerajaan menubuhkan RCI.Kerajaan pasti akan mendengar suara rakyat.

      Delete
    3. Saya yakin RCI akan ditubuhkan juga tu, cuma tak tahu bila lah. hehe

      Delete
  10. Everyone here is just concerned about the interests and the rights of the original residents of Sabah

    ReplyDelete
  11. harap kerajaan negeri/persekutuan mempertimbangkan permintaan RCI ini secepat mungkin

    ReplyDelete
  12. diharap RCI akan ditubuhkan segera...statistik penduduk sabah 2010 amat membimbangkan..

    ReplyDelete
  13. Given the extra time, the foreigners and the Employers should take the opportunity to register the workers and put the house in order.

    ReplyDelete
  14. Wah kena bagi masa tambahan.... Jadi gunakan peluang yang ada utk kasi daftar pekerja asing.

    ReplyDelete
  15. Semoga program ini berjalan lancar dan mengahsilkan sesuatu yang positif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. All the best to this 6P program. I hope 6P is able to achieve their objective.

      Delete
  16. Any illegal immigrant that commit a crime should be heavily punished and deported back to their country.

    ReplyDelete
  17. Tindakan tegas perlulah dikenakan untuk mereka yang tidak bekerjasama dengan kerajaan untuk program 6P ini.

    ReplyDelete
  18. program 6P kena diteruskan lagi hingga masalah PATI selesai.

    ReplyDelete
  19. Kenapa mahu dilanjutkan lagi. Alangkah bagus jika RCI mual ditubuhkan.

    ReplyDelete
  20. Untuk memastikan perkara ini dapat disiasat punca berlaku kebanjiran maka ini akan dapat menangani sedikit masalah tersebut.

    ReplyDelete
  21. Kalau benar program 6P dilanjutkan pastikan kali ini dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Kita tidak mahu program ini cuma membuang masa semata-mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti ramai lagi PATI yang belum berdaftar dengan program tu.

      Delete
  22. bagaimana hasil program 5P di Sabah setakat ini??

    ReplyDelete
  23. kalau boleh, selepas tarikh 10 April ini, buat operasi besar2an bagi menjejaki PATI yang masih belum mendaftar dibawah program ini dan juga majikan yang gagal memberikan kerjasama..

    ReplyDelete
  24. PATI yang melanggar undang2 harus dikenakan hukuman yang sewajarnya

    ReplyDelete
  25. Kenapa extent lagi? memberi isyarat kerajaan tidak ikhlas untuk menyelesaikan masalah.

    ReplyDelete
  26. Lanjutan ini harap menghasilkan hasil yang positif.

    ReplyDelete
  27. Go ahead with RCI. Im sure RCI can do much better.

    ReplyDelete
  28. Yang gagal mendaftarkan diri, hantar je balik ke negara asal.

    ReplyDelete
  29. Sampai bila mahu lanjutkan saja ni? Nanti naik minyak pula PATI ni.

    ReplyDelete
  30. Kerajaan kena bertegas dengan mereka yang ingkar!

    ReplyDelete