Thursday 23 February 2012

RCI SABAH BAKAL DIMUKTAMADKAN

Oleh : CLARA CHOOI (TMI)

PUTRAJAYA di peringkat akhir menetapkan syarat-syarat dan terma penubuhan Inkuiri Suruhanjaya Diraja (RCI) di Sabah, kata pemimpin negeri Barisan Nasional (BN) menolak dakwaan bahawa Datuk Seri Najib Razak telah menarik balik keputusan menubuhkan RCI.

The Malaysian Insider dimaklumkan bahawa sebab tunggal perdana menteri tidak mengumumkan pengwujudan RCI semasa lawatannya ke sini minggu lepas adalah bagi mendapatkan maklumbalas parti komponen BN di Sabah dan kerajaan negeri tentang terma rujukan dan komposisi panel.

Mendakwa telah melihat minit mesyuarat Kabinet, sumber BN itu mengesahkan kementerian persekutuan telah bersetuju terhadap pembentukan RCI pada 8 Februari dan melantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mengetuai skop penyiasatan RCI.

Dalam pertemuan Kabinet pada Rabu, 15 Februari sebelum Najib berangkat ke Sabah, Nazri telah membentangkan draf kasar rujukan RCI untuk perbincangan, tambah pemimpin berkenaan.

"Ia telah dibincangkan namun terma rujukan belum muktamad kerana Kabinet mahukan input lebih daripada parti BN di Sabah dan kerajaan negeri. Atas sebab itu, walaupun dijangka Perdana Menteri akan mengumumkan RCI pada 16 Februari, beliau masih lagi belum bersedia untuk mengumumkannya," kata pemimpin BN itu kepada The Malaysian Insider semalam.

Pemimpin itu menjelaskan sekiranya Najib mengumumkan pembentukan panel itu ketika lawatannya, beliau akan dikritik kerana gagal memberikan jawapan yang jelas terhadap skop penyiasatan panel dan ahlinya.

"Jangan lupa, isu ini telah menjadi isu yang hangat. Semua orang bercakap mengenainya. Dan (isu) telah berlanjutan bertahun-tahun. Najib tidak boleh membuat pengumuman tanpa sebarang butir tambahan ," tambahnya lagi.

Pemimpin itu bagaimanapaun mengakui tindakan Najib membisu berkenaan perkara itu bukan sahaja menimbulkan kemarahan BN Sabah malah tindakan itu telah memalukan pemimpin mereka, terutamanya mereka yang berada di dalam UPKO, dan PBS, yang telah mendakwa berhasil mendesak RCI.

Kegagalan perdana menteri memaklumkan pemimpin parti di seberang Laut China Selatan itu berkenaan perkembangan RCI juga menimbulkan kekeliruan, tambah sumber berkenaan.

"Malangnya, tiada pihak yang menjelaskan mengapa tiada sebarang pengumuman berkenaan RCI. Kami semua teringin untuk mengetahui apa yang berlaku," kata sumber itu lagi.

Apabila Najib, yang dijadualkan bercakap kepada pemberita selepas majlis di Tungku berhampiran Lahad Datu, telah membatalkan sidang medianya dan kembali ke Kuala Lumpur, khabar angin mula tersebar berikutan keadaan tergesa-gesa perdana menteri itu.

Laporan berita di internet melaporkan Najib telah membelakangi keputusan Kabinet, sementara yang lain mendakwa berlakunya 'Mesyuarat Rahsia' pemimpin Umno yang memberi amaran kepada Perdana Menteri bahawa BN akan kehilangan sebilangan besar undi sekiranya RCI digunakan untuk menangani populasi besar pendatang tanpa izin.

Pemimpin pembangkang mengambil peluang menyebarkan kepada orang ramai bahawa parti BN di Sabah tidak mempunyai pengaruh terhadap pemerintah.

Penasihat DAP Lim Kit Siang mempersoalkan apakah pengumuman pemimpin BN Sabah Tan Sri Bernard bahawa RCI telah diluluskan Kabinet pada 10 Februari hanyalah khabar angin.

Seorang pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata kepada The Malaysian Insider bahawa khabar angin itu turut menyatakan Tun Dr Mahathir Mohamad bertanggungjawab mendesak Najib daripada membentuk RCI.

"Kenapa beliau tidak mengumumkannya? Kenapa? Kami semua tertanya-tanya. Banyak khabar angin. Dan benar, memang kami kecewa. Lebih kecewa daripada pembangkang," kata pemimpin berkenaan.

Beliau mengesahkan dalam mesyuarat bersama BN Sabah, perdana menteri telah menyatakan itu mungkin lawatan terakhirnya ke negeri di bawah bayu itu sebelum pilihan raya umum.

"Tapi beliau menambah akan kembali semula melawat sekiranya pilihan raya belum ditetapkan lagi. Memang dijangka RCI akan diumumkan. Tiada petunjuk akan berlaku sebaliknya," tambahnya.

Kemasukan pendatang tanpa izin yang tidak terkawal di Sabah telah menjadi isu yang telah lama wujud di Sabah, dan dikatakan sebab bertambahnya masalah dari segi ekoboni, keselamatan, dan social yang dialami penduduk negeri itu.

Menurut jawapan yang dibekalkan Parlimen tahun lalu, populasi Sabah berjumlah 651,304 pada 1970 dan meningkat kepada 929,299 sedekad kemudian.

Namun, dua dekad berturutnya pada 1980, populasi di negeri itu meningkat dengan mendadak kepada 1.5 juta penduduk, mencecah 2,468,246 bagi tahun 2000.

Laporan media menyatakan pada 2010, jumlah itu meningkat kepada 3.2 juta, dengan warga asing merupakan 27 peratus daripada keseluruhan 889,799 populasi penduduknya.

Pihak pembangkang telah lama mengecam kerajaan BN kerana pertumbuhan penduduk mendadak itu, malah membuat dakwaan bahawa pendatang tanpa izin diberi kebenaran masuk ke negeri itu disertakan MyKad dan hak mengundi demi membantu BN kekal memerintah.

33 comments:

  1. Sudah sampai tahap terakhir untuk menetapkan syarat dan terma untuk pelaksanaan RCI ini di Sabah, mungkin RCI ini akan dilancarkan tidak lama lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling lewat dalam bulan April ni. masalah PATI perlu diselesaikan dalam menghadapi PRU.

      Delete
  2. Semoga RCI ini akan menyiasat masalah Projek IC dan PATI di Sabah supaya kita boleh mencari punca isu ini supaya dapat menyelesaikannya dengan baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RCI perlulah bebas dari sebrang manipulasi.

      Delete
    2. Macam tu la harapan semua rakyat Sabah. PATI harus dikeluarkan dari Sabah. Menyemak saja.

      Delete
  3. The the extent of my knowledge in this matter, there has no formal statement that the PM has retract his support for the establishment of the RCI on Illegal immigrants.

    ReplyDelete
  4. Time and time again, our Sabahan Minister such as Dompok has voice his confidence that the PM will announce this matter.

    ReplyDelete
  5. With the news that Putrajaya is in the mist of finalizing the terms of reference for the RCI, It is indeed understandable why the PM did not made the announcement as everyone anticipated during his official visit in Sabah recently for the launching of SAMUR in Sipitang as well as MESEJ in Kg Nala in Silam, Lahad Datu.

    ReplyDelete
  6. The PM was also quoted that the matter will anounce when the 'time' is right.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perhaps the 'time' that is being referred to is to the completion of the term of reference of the RCI.

      Delete
    2. we have to be patient and wait for the time to come.

      Delete
    3. yup.. "when the 'time' is right" mean is when PM has prepared his points to answer all question from opposition side..

      Delete
  7. As of this point of time, at least the matter of the establishment of the RCI is heading in to the right direction.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopefully all Sabahan will continue to be patient and let the process of finalization takes it course.

      Delete
    2. Once this is done, we wait for it's announcement

      Delete
    3. pihak yang suka mempolitikkan isu ni diharap dapat menghentikannya. Najib pasti akan mengumumkannya tidak lama lagi.

      Delete
  8. penjelasan telah diberikan berhubung hal ini, ini bermakna RCI pasti akan diumumkan apabila tiba masanya.

    ReplyDelete
  9. hnya diharap RCI akan diumumkan secepat mungkin, RCI amat perlu bagi tangani isu PATI di Sabah.

    ReplyDelete
  10. saya harap pemimpin2 pembangkang Sabah berpuas hati dengan penjelasan ini dan berhenti melemparkan spekulasi yang tidak berasas..

    ReplyDelete
  11. I don't care about Nazri, the only thing is the setting up of RCI.

    ReplyDelete
  12. Kita tunggu saja bila RCI akan diumumkan akan dilaksanakan sepenuhnya untuk Sabah.

    ReplyDelete
  13. Isu yang tidak tahu bila ada penghujungnya, harap yang terbaik sajalah.

    ReplyDelete
  14. "Jangan lupa, isu ini telah menjadi isu yang hangat. Semua orang bercakap mengenainya. Dan (isu) telah berlanjutan bertahun-tahun. Najib tidak boleh membuat pengumuman tanpa sebarang butir tambahan ,"

    - betul kata beliau. lagipun, penubuhan RCI harus dibuat dengan pertimbangan dan perlaksanaan yang wajar

    ReplyDelete
  15. Meanwhile, all political leaders in Sabah, regardless the government or oppositions, to stop their bickerings, mudslingings, accusations and counter-accusations against one another and to put their heads together and work out a workable political solutions that would bring benefits to the people of Sabah.

    ReplyDelete
  16. Semua pemimpin Sabah tanpa mengira politik mereka harus mempunyai kepentingan 'Sabah untuk rakyat Sabah'.

    ReplyDelete
  17. surely all Sabahans want to know if the sudden increase in the Sabah population in the last decade is related to the huge number of foreigners who might have entered Sabah either legally or illegally and how they managed to obtain MyKads.

    ReplyDelete
  18. Perkara ini bukan sahaja berkaitan dengan isu politik tetapi ianya soal sosial, perlembagaan, kebudayaan, keselamatan dan isu-isu demografi yang perlu diselesaikan secara positif tetapi tegas sebelum pilihan raya umum akan datang.

    ReplyDelete