Wednesday, 8 February 2012

RM16.8 JUTA UNTUK JALAN KUBANG KERBAU?

Saudara Pengarang,

MUNGKIN kerana kontraktor terpaksa ‘menderma’ RM2 juta kepada beberapa Wakil Rakyat di Kota Belud, maka Project HQ.168/2010(S) bagi Naiktaraf Jalan Kg. Rosok ke Kg. Sorob di sini yang bernilai RM 16,836,008.50 hanya siap ala kadar dan tidak mengikut piawaian yang ditetapkan.

Akibatnya, kami penduduk kampung yang menderita kerana terpaksa melalui jalan yang tidak rata, rosak, berbahaya dan tidak layak dipanggil jalan raya disebabkan tidak mempunyai sistem perparitan, seperti kubang kerbau.

Kontraktor Usniakaya Sdn.Bhd milik Sen Shong Vun @ Rocky Tsen ini gagal mematuhi Spesifikasi Piawaian JKR (General Specification For Roadwork’s, 1990) sehingga jalan yang dibina cepat rosak, sekalipun masih dalam tanggungan kecacatan.

Sungguhpun jalan tersebut sudah siap dan boleh digunakan, namun mendatangkan banyak masalah daripada kebaikan. Pada hari hujan, air bertakung di kiri kanan bahu, persimpangan jalan dan setiap simpang jalan masuk rumah ke rumah yang berdekatan.

Takungan air ini mengambil masa berminggu-minggu untuk kering dan keadaan ini mengundang maut kepada penduduk awam jika tidak diambil perhatian. Kg Rosok Kota Belud salah sebuah kampung yang disenarai hitam oleh Hospital Daerah Kota Belud kerana banyak kes pembiakan Nyamuk Aedes yang menyebabkan jangkitan demam Denggi. Takungan-takungan air ini menjadi sarang utama pembiakan nyamuk tersebut.

Kes kemalangan ringan kerap kali berlaku sejak jalan ini digunakan kerana keadaan yang teramat licin ketika hari hujan kerana air hujan berserta dengan tanah kuning dari bahu-bahu jalan melimpah ke tengah jalan utama.

Sehubungan itu, kami sebagai penduduk Kampung Rosok memohon pihak berwajib agar memastikan projek ini telus dan mematuhi akauntabiliti kerajaan terutama menyemak mutu jalan raya ini agar layak mendapat State Road Grant daripada Kerajaan Persekutuan.

Walaupun sudah berkali-kali aduan dibuat oleh Pengerusi JKKK dan sesi dialog serta aduan rasmi dikemukakan; termasuk melalui ‘Memorandum Bantahan Dan Pembaikan’, namun tidak diendahkan oleh kontraktor pelaksana yang semakin besar kepala kerana yakin rasuah lebih RM2 juta sudah mampu menutup mulut Wakil Rakyat dan pihak berkuasa.

Sebagai pembayar cukai, kami amat dukacita dengan kecuaian agensi pelaksana, JKR Sabah dan pemilik projek, SEDIA, yang kurang memberikan perhatian terhadap mutu dan reka bentuk jalan tersebut yang mengabaikan pembinaan parit konkrit serta pemasangan pembetung (culvert) di setiap persimpangan jalan.

Kontraktor juga didapati menggunakan bahan binaan yang tidak berkualiti seperti habuk kuari (quarry dust) dan pecahan batu-batan (Crusher-run), selain lapisan premix/aspal yang amat nipis.

Akibatnya, keadaan jalan tersebut terlalu teruk kerana banyak bahagian yang retak dan pecah. Persoalannya, adakah JKR membuat pengesahan ketebalan melalui ‘coring test’? Adakah JKR menjalankan ujian dan pemeriksaan ‘Field Density Test’ bagi memastikan projek ini memenuhi Spesifikasi Piawaian JKR (Generel Specification For Roadwork’s, 1990).

Mermandangkan jalanraya tersebut merupakan kemudahan awam untuk kepentingan bersama, maka kami tidak mahu kos RM16.8 juta yang dibelanjakan untuk membina jalan ini umpama mencurahkan garam ke lautan atau memboroikan perut kontraktor dan YB-YB yang tidak ikhlas membantu kami.

Salam Hormat,

PEMBAYAR CUKAI KECEWA

11 comments:

  1. Nampaknya ada beberapa masalah dengan perancangan pembinaan jalan raya ini, semoga JKR akan memberikan perhatian dalam isu-isu yang dibangkitkan itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih baik pihak JKR, melihat sejauhmana akauntibiliti pihak-pihak yang terlibat dalam pelaksanaan projek tersebut sejak mula sehingga ia siap sepenuhnya.

      Delete
  2. Sudikan aku berkongsi satu ulasan yang dianggap baik untuk isu Jalan Kubang Kerbau ini dari blog Suara Bebas Tuaran: http://ajinbgagah.blogspot.com/2012/02/rm168-juta-di-kota-belud-hanya-untuk.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. ulasan yang diberikan Suara Bebas Tuaran amat baik.

      Delete
    2. Mereka yang pakar dalam bidang ini yang lebih tahu isu sebenar.

      Delete
  3. Kerosakan jalan tu boleh menjejaskan imej JKR sekali gus boleh menjejaskan imej kerajaan. Pihak JKR harus segerakan tindakan.

    ReplyDelete
  4. Percepatan kerja2 selenggara jalan tersebut. Keadaan jalan sangat2 bahaya.

    ReplyDelete
  5. kerja ala kadar memang akan hasilkan jalan raya seperti itu. kontraktor sepatutnya sentiasa dipantau sewaktu menjalankan kerja2 penyelenggaraan/penaiktarafan.

    ReplyDelete
  6. jika naiktaraf jalan yang dilaksanakan selama ini mempunyai kualiti seperti di kampung ni, nampaknya peruntukan kerajaan hanya sia2.

    ReplyDelete
  7. Nampaknya isu jalan Kubang ini menjadi perhatian sekarang. Ini kerana ada sesetengah pihak yang mendakwa pembinaan projek ini tidak mencapai piawaian yang telah diberikan.

    ReplyDelete
  8. kontraktor yang dilantik patut disiasat.. bagaimana mereka boleh melakukan kerja ala kadar seperti ini yang jelas tidak padan dengan nilai projek tersebut..

    ReplyDelete