Tuesday 21 February 2012

SIAPA PRESIDEN NRC?

SELEPAS Ketua UMNO Bahagian Penampang, Datuk John Ambrose tampil di akhbar tempatan mengumumkan penubuhan Najib Razak Club (NRC), ramai pihak tampil mengutuk tindakan tersebut; namun tidak ramai yang tahu siapa sebenarnya Presiden NRC atau ada dua NRC di Sabah?

Senario ini timbul daripada Blog Anak Parlimen Sepanggar bertajuk 'PM Gembira Di Sabah' yang antara lain menyebut, "Najib gembira dengan Ketua Bahagian kita, Datuk Jumat Hj Idris di atas inisiatif beliau mewujudkan Kelab Penyokong Najib."

Persoalannya, siapakah Presiden NRC? Apakah akan menjadi kontroversi seperti NFC? John Ambrose yang menghadapi kemelut rampasan kuasa dalam KDM Malaysia; kini terpaksa bersaing dengan Jumat Idris, salah seorang rakan facebook Najib untuk menunjukkan siapa yang hebat.

Walaupun diwar-warkan John Ambrose boleh keluar masuk secara bebas ke rumah Perdana Menteri, dalam dalam soal kepimpinan kumpulan sorak, mungkin Jumat mempunyai kelebihan; kerana berani berkata benar.

Mungkinkah NRC akan menerima nasib seperti USNO kerana budaya ketam di kalangan pemimpin politik di Sabah semakin bergejolak dan menjadi punca rakyat Sabah mudah ditindas kuasa luar.

No comments:

Post a Comment