Monday 6 February 2012

THAIPUSAM, 'NAMBIKEI' 1MALAYSIA



PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa masyarakat Hindu di Malaysia supaya terus meletakkan kepercayaan atau 'nambikei' mereka di dalam kerajaan.

Beliau berkata dengan kepercayaan ini, kerajaan dapat bekerjasama dan membantu komuniti secara lebih efektif dalam menangani cabaran serta mencapai hasrat untuk kehidupan yang lebih baik.

"Kami sentiasa komited untuk memenuhi segala janji kami kepada komuniti dan akan melakukan apa yang diperlukan untuk membantu mereka mencapai impian masing-masing," katanya dalam mesej sempena sambutan Thaipusam yang dimuatkan dalam laman blog beliau, www.1malaysia.com.my.

Najib berkata masyarakat Hindu menyambut perayaan Thaipusam dengan mengunjungi kuil-kuil di seluruh negara untuk menunaikan hajat serta untuk memanjatkan kesyukuran mereka.

Beliau berkata ramai juga yang akan bernazar dan berdoa untuk kehidupan yang lebih baik dan masa depan yang terjamin bagi anak-anak mereka.

"Adalah menjadi lumrah bagi setiap individu mempunyai keinginan untuk menambah baik kualiti kehidupan diri sendiri dan orang kesayangan mereka," kata Najib, sambil menambah kerajaan mengetahui dan memahami keinginan tersebut.

Perdana Menteri turut mengambil kesempatan untuk menyampaikan salam kepada masyarakat Hindu di Malaysia sempena sambutan Thaipusam.

"Sekali lagi, kita dapat menghayati kepelbagaian budaya negara kita ketika masyarakat Hindu di Malaysia menyambut perayaan Thaipusam ini," katanya. (BERNAMA)

12 comments:

  1. rakyat M'sia harus menyokong kerajaan untuk menjayakab program transformasi

    ReplyDelete
  2. Konsep 1M'sia harus diamalkan untuk mengwujudkan keharmonian sejagat

    ReplyDelete
  3. Selamat menyambut Thaipusam kepada semua warga Hindu di Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga perayaan tahun ini adalah perayaan terbaik.

      Delete
  4. Terpulanglah kepada kerajaan bagaimana mereka boleh terus mendapatkan sokongan daripada rakyat yang berlainan bangsa dan agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerajaan perlu menyama ratakan layanan terhadap semua rakyat yang mempunyai kaum dan agama yang berbeza.

      Delete
  5. Malaysia mempunyai pelbagai perayaan dan perayaan inilah yang menyatupadukan rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  6. unity in diversity...This is what makes us unique to the world...

    ReplyDelete
  7. 1Malaysia sudah wujud di Sabah dan Sarawak sejak dari dulu lagi.

    ReplyDelete
  8. Sudah semestinya. Kita perlulah menyokong kerajaan yang ada sekarang ini. Kerana apa yang dirancang oleh kerajaan dilandasan yang betul.

    ReplyDelete
  9. memandangkan ramai pihak yang berada dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan sokongan, pelbagai cara dilakukan untuk tujuan itu.. oleh itu rakyat sendiri perlu membuat keputusan bukan hanya berdasarkan janji2 yang dibuat, malah berdasarkan kemampuan parti tersebut dalam membantu rakyat di negara ini.. cuba pertimbangkan sumbangan2 pihak tertentu tanpa terpengaruh dengan hasutan disebelah pihak lagi..

    ReplyDelete
  10. antara pembangkang dan kerajaan, saya lihat kerajaan lebih banyak menyumbang manakala pembangkang lebih banyak menghasut..

    ReplyDelete