Saturday 11 February 2012

'TOMPINAI GROUP' REKRUT AHLI BARU



BANGGA....Jawatankuasa Tertinggi Pertubuhan Kebajikan Tompinai Pemandu-Pemandu Lori KK Sabah (Tompinai Group) di majlis pelancaran baru-baru ini di Kampung Lobou, Menggatal.

Oleh : ROZIE JUMAT

PERTUBUHAN Kebajikan Tompinai Pemandu-Pemandu Lori KK Sabah ringkasnya 'Tompinai Group' kini telah dilancarkan dan membuka penyertaan keahlian.

Pengerusi Tompinai Group, Laijuh Masenau berkata penubuhan persatuan itu adalah bertujuan untuk mewujudkan kerjasama, berkongsi tanggungjawab, kegiatan ke arah kesejahteraan dan kebajikan.

Laijuh berkata demikian ketika melancarkan Tompinai Group di di Kg.Lobou, Menggatal di sini dan majlis suaikenal dengan para ahli.

“Kami mengalu-alukan penyertaan mana-mana pihak yang berminat untuk sertai kami, setiap ahli digalakkan memakai walkie talkie dan pelekat yang memperkenalkan persatuan ini sekaligus mewujudkan sikap berkerjasama apabila berhadapan dengan apa jua masalah di jalan raya atau masalah lain, “ kata Laijuh.

Katanya, Kegunaan walkie talkie dan pelekat itu adalah tanda mereka adalah ahli Tompinai Group dan senang berhubung jika terdapat ahli yang berhadapan dengan masalah, misalnya kerosakan di tengah jalan.

Laijuh berkata, persatuan itu telah mendapat kelulusan dari Pejabat Pendaftaran dan sah menjalankan aktiviti.

“Tompinai Group adalah satu badan yang tidak berasaskan keuntungan sebaliknya lebih kepada sikap berkerjasama, tolong menolong dan kebajikan di kalangan ahli-ahli yang terdiri dari pemandu atau pemilik kenderaan berat atau individu,” kata Laijuh.

Oleh itu, kata Laijuh selaku pengerusi kepada persatuan itu beliau mengajak penyertaan mana-mana pihak yang berminat, terutamanya di kalangan pemandu atau pemilik kenderaan berat seperti lori untuk menyertai Tompinai Group. Sebarang keterangan lanjut bolehlah menghubungi Laijuh (0135572455) atau Thomas (0135429906).

12 comments:

  1. Hopefully his new association will help improve the road issues in the state with cooperation among the members.

    ReplyDelete
  2. All the best to Tompinai group in recruiting new members, this seems like a good association to resolve the road issues.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 isu negatif berhubung kenderaan2 berat di jalan raya dapat diselesaikan dengan tertubuhnya pertubuhan seperti Tompinai Group ni.

      Delete
  3. Memang patut bergerak dalam kumpulan agar masalah dihadapi dapat diringankan.

    ReplyDelete
  4. Kebajikan bersama lebih diutamakan.

    ReplyDelete
  5. semoga pertubuhan ini akan terus berkembang.

    ReplyDelete
  6. pertubuhan seperti ini sangat baik untuk para pemandu dan pemilik kenderaan berat. hantarlah keahlian!

    ReplyDelete
  7. Ini mungkin dapat membantu masalah yang dihadapi oleh pemandu-pemandu lori nanti dengan adanya pertubuhan ini.

    ReplyDelete
  8. Jadi tunggu apa lagi mari menyertai Tompinai group.

    ReplyDelete
  9. biasa kita dengar pemilik motorsikal berkuasa tinggi mempunyai persatuan mereka sendiri yang juga mempunyai tujuan yang sama dengan 'tompinai group'.. kini, pemandu atau pemilik jentera berat juga mempunyai persatuan mereka sendiri.. satu perkembangan baik dalam memupuk sikap kerjasama dan tolong menolong.. syabas!

    ReplyDelete
  10. lagi bagus jika tompinai group dapat mengembangkan lagi objektif mereka dimasa2 akan datang dengan memasukkan sekali kerja2 sosial atau kebajikan dalam agenda persatuan..

    ReplyDelete
  11. Satu usaha yang baik. Teruskan mencari inisiatif2 baru yang boleh membawa kebaikan bersama.

    ReplyDelete