Oleh : THAMPAREQ KITOES
PENYELARAS Democratic Action Party (DAP) kawasan Parlimen Tenom, Adris Taripin (gambar), menggesa kerajaan khususnya Pengarah JKR dan Jabatan Air mengambil tindakan tegas menukar segera jurutera mereka ekoran rungutan Adun Kemabong yang mendakwa dua Jurutera agensi enggan menghadiri beberapa siri mesyuarat penting sehingga membantutkan pembangunan.
Katanya, tindakan sedemikian bukan sahaja membantut kelancaran pengurusan kerajaan untuk memenuhi kepentingan rakyat bagi melaksanakan pembangunan di sesuatu kawasan, namun sikap sedemikian bertentangan dengan harapan rakyat yang mahukan jentera kerajaan yang lebih cekap dan efisien.
“DAP kesal dengan sikap sedemikian kerana terlalu dimanja-manjakan oleh kerajaan Barisan Nasional(BN) sebelum ini sehingga mereka tanpa segan silu mengabaikan tanggung jawab mereka kepada rakyat,” kata beliau.
Kenyataan Aderis sebagai mengulas ekoran kenyataan Adun Kemabong Datuk Rubin Balang yang kesal dan kecewa di atas kegagalan dua Jurutera agensi kerajaan berkenaan menghadirkan diri ketika mesyuarat khas Jawatankuasa Penyelarasan Projek Pembangunan Persekutuan dan Negeri setiap kali dijalankan.
Difahamkan bahawa kedua-dua Jurutera terbabit bukan sahaja tidak menghadiri mesyuarat itu, tetapi juga mesyuarat terpenting, terutamanya mesyuarat Tindakan Daerah, sebaliknya mereka (Jurutera) didakwa hanya menghantar wakilnya sahaja.
Aderis berkata, adalah diandaikan bahawa ketidak hadiran jurutera itu besar kemungkinan beberapa permasalahan kedaifan jalanraya di Tenom yang kini masih tergantung disebabkan tidak dapat dibincangkan dan diputuskan melalui mesyuarat tersebut.
Menyedihkan lagi tegas Aderis, beliau difahamkan bahawa kedua-dua mereka (Jurutera) tidak tinggal menetap di Tenom, malah prestasi kerja mereka sangat teruk kerana bilangan tidak hadir bertugas lebih kerap daripada hadir bekerja.
Dalam pada itu, Aderis menekankan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya mengambil alih tampuk kerajaan selepas Pilihanraya Umum kali ke-13, gejala seperti itu akan dibanteras kerana kerajaan PR lebih mengutamakan barisan pegawai yang rajin bekerja untuk rakyat dan bebas dari segala amalan rasuah.
Jurutera yang enggan bekerjasama untuk membantu pembangunan tersebut wajar ditukar supaya tidak menyebabkan pembangunan di kawasan itu terus terbantut.
ReplyDeletePrestasi yang teruk dan malas bekerja adalah sikap yang patut diubah. Harap amaran akan diberikan dan jika tiada tindakan diambil, mereka sepatutnya dipecat serta merta.
ReplyDeleteI believe these 'engineers' are to be relieved from their position.
ReplyDeleteClearly this fits the bill for the malay term 'makan gaji buta'.
ReplyDeletejurutera seperti ini tak layak mendapat projek, mereka punca pembangunan lambat berlaku. ramai lagi jurutera lain yang lebih baik.
ReplyDeletekalau tidak menunjukkan komitmen yang baik dalam kerja lebih baik jurutera ni letak jawatan. apa lagi bila ia berlaku berulang kali.
ReplyDeletekesilapan dan kecuaian akan menyebabkan ketidakpuasan hati penduduk di tunjukkan pada kerajaan pada hal jurutera bermasalah.
DeleteJurutera yang lebih berkelayakan dan dapat menjalankan tugas dengan baik sememangnya perlu bagi memastikan semua projek dapat dilaksanakan dengan lancar.
ReplyDeleteAda banyak lagi graduan jurutera yang sedang mencari pekerjaan sekarang ni. Kalau tidak mahu kerja bagus2, beri laluan kepada mereka yang mahu.
ReplyDeleteMahu mengutuk sampai tu title pun salah eja.
ReplyDeleteSeharusnya pihak tertentu memberikan kerjasama bagi membantu pihak lain menyelesaikan masalah.
ReplyDeleteAdris hanya perasan masalah ini berlaku selepas Datuk Rubin Balang melahirkan kekesalan beliau.. jadi pihak mana yang lebih dulu melahirkan keperihatinan mereka terhadap kes ini??
ReplyDeletejika PR benar2 bebas dari amalan rasuah, kenapa boleh berlaku skandal pasir di selangor yang melibatkan pemimpin2 mereka??
ReplyDelete