Thursday 23 February 2012

ULU PAITAN PERLU ASRAMA DESA

TIDAK BERSEKOLAH ... Sebahagian kanak-kanak di Kampung Matanggal Baru di Ulu Paitan yang tidak dapat ke sekolah kerana masalah lokasi sekolah jauh dari kampung mereka.

KEMENTERIAN Pelajaran perlu bertindak menangani masalah kesukaran anak-anak di empat kampung di Ulu Paitan untuk mendapatkan pendidikan disebabkan lokasi kampung mereka terletak jauh dari sekolah.

Kampung terbabit adalah Matanggal Baru, Kaiboton, Kinadaan dan Tongkud yang kini ada penduduk di situ menghadapi masalah buta huruf kerana tidak dapat pergi ke sekolah dan anak-anak mereka dijangka mengikuti jejak mereka jika tidak mendapat pendidikan sepenuhnya.

Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee, berkata kaedah terbaik mengatasi masalah itu adalah dengan membina asrama desa bagi membolehkan mereka tinggal di kawasan berhampiran sekolah.

Katanya dianggarkan kira-kira 300 anak-anak penduduk di empat kampung tersebut yang berusia antara 7 hingga 17 tahun masih tidak memperoleh pendidikan formal yang disalurkan kerajaan.

“Kedudukan kampung yang jauh dari sekolah dan masalah perhubungan antara punca ibubapa tidak dapat menghantar anak-anak mereka untuk belajar di sekolah,” katanya dalam Majlis Mesra Rakyat di Kampung Matanggal Baru Ulu Paitan, baru-baru ini.

Katanya, pendekatan terbaik yang lain boleh dilakukan oleh Kementerian Pelajaran adalah dengan membina sekolah di kawasan berhampiran dengan empat kampung berkenaan tetapi ia merupakan perancangan masa yang panjang dan pembinaan sekolah adalah mengikut keutamaan keperluan.

Ronlad berkata langkah terbaik menangani masalah itu adalah dengan membina asrama desa di Sekolah Kebangsaan (SK) Binsulung dan SK Sungai-Sungai untuk menempatkan pelajar yang tinggal di kampung yang tidak mempunyai kemudahan sekolah.

Beliau berkata, perkara tersebut perlu dipandang serius dan diambil tindakan segera agar semua anak-anak penduduk kampung berkenaan dapat bersekolah sekaligus dapat mengeluarkan keluarga mereka daripada kepompong kemiskinan pada masa akan datang.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu juga berkata, perkara itu sekiranya tidak diberi perhatian khusus, adalah tidak mustahil mereka akan terus berada dalam kepompong kemiskinan tegar seperti yang dialami sekarang.

Katanya, kerajaan tidak pernah mengabaikan penduduk luar bandar dalam aspek pendidikan, namun sekiranya anggota di Jabatan berkenaan tidak mengenal pasti masalah tersebut dengan kadar segera, ianya akan membantutkan usaha kerajaan dalam menyalurkan pendidikan formal kepada rakyat.

Beliau berkata, kebanyakan jalan kampung di Ulu Paitan ketika ini hanya boleh dihubungi menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan mengambil masa lebih sejam untuk tiba ke sekolah berhampiran.

“Ada juga segelintir anak-anak penduduk kampung berkenaan menerima pendidikan tidak formal di sekolah yang diwujudkan atas ehsan estet swasta tetapi tidak fasih berbahasa Melayu,” katanya.

Dalam pada itu, beberapa penduduk kampung yang ditemui turut menyuarakan masalah sama dan antara mereka adalah seorang ibu, Rubiah Muadi, 50, yang menyatakan, seorang anaknya yang berusia 10 tahun hanya belajar di sekolah tidak formal di Estet Tujuh Ribu yang menyediakan kelas dan pembelajaran atas ehsan estet berkenaan.

Katanya, beliau dan suaminya tidak mampu menghantar anaknya ke sekolah di SK. Binsulung ekoran masalah perhubungan yang dihadapi.

Bagi seorang remaja, Maslin Imporat, 18, berkata dia tidak pernah menjejakkan kaki ke alam persekolahan sama ada sekolah rendah atau menengah kerana kedudukan sekolah yang jauh dari rumahnya.

Maslin ketika ini hanya bekerja membantu ibu bapanya di kebun untuk menampung kehidupan seharian.

Beliau yang juga mempunyai seorang adik perempuan berusia 17 tahun sehingga kini masih tidak pandai membaca atau mengira serta menulis.

Disebabkan masalah buat huruf yang mereka hadapi sekeluarga, beliau maminta kerajaan memandang serius masalah yang mereka alami agar generasi akan datang tidak mengalami masalah sama.

Berbeza dengan Rickson Dunsul, 11, kedudukan kampung yang jauh dari sekolah dan masalah perhubungan menyebabkan beliau hilang minat untuk pergi ke sekolah.

Rickson berkata, pada awalnya beliau bercita-cita menjadi seorang guru, namun melihat keadaan keluarga yang susah, beliau tidak mahu memaksa ibubapanya untuk meneruskan hasratnya bersekolah.

Rickson fasih menggunakan bahasa Sungai tetapi tidak mampu menguasai bahasa Melayu dengan baik.

Seorang lagi ibu muda ber- usia 18 tahun, Normi Robinson, berkata telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya sejak dua tahun lalu dan sebelum berkahwin beliau juga tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah untuk menerima pendidikan yang disalurkan kerajaan itu.

Beliau yang sedang menyusukan anaknya berusia sebulan ketika ditemui turut menerima nasib sama dengan remaja lain masih tidak pandai membaca atau menulis, mahupun mengira.

Katanya beliau berhasrat melihat anaknya bersekolah dan tidak mahu anaknya menjejaki keperitan hidup keluarga seperti yang dialami ketika ini.

Suara rakyat itu jelas menyatakan bahawa kemudahan yang diperlukan rakyat luar bandar ini bukan sahaja perlu dipertangungjawabkan sepenuhnya ke bahu wakil rakyat malah agensi berkaitan iaitu Kementerian Pelajaran melalui Jabatan Pelajaran Daerah perlu bersama-sama memikul menangani masalah tersebut untuk diselesaikan agar usaha melahirkan modal insan berkualiti dapat direalisasikan.

Pada majlis mesra rakyat itu, selain bertemu penduduk setempat bagi mendengar masalah dialami penduduk, Ronald turut bekesempatan menyampaikan sumbangan berupa dua ribu keping zink kepada penduduk untuk membaiki rumah yang diduduki.

30 comments:

  1. Harap wakil rakyat akan sentiasa keluar bertemu dengan rakyat tempatan supaya boleh mendengar masalah mereka dan membantu mereka menyelesaikannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wakil rakyat perlu sentiasa turun padang bagi mendengar suara rakyat.

      Delete
    2. Aktiviti turun padang harus diamalkan oleh semua pemimpin. Cuma ini dapat memahami keadaan sebenar rakyat.

      Delete
    3. turun pada sememangnya perlu menjadi kemestian setiap pemimpin.

      Delete
  2. Kementerian pendidikan Malaysia perlulah memastikan pendidikan di tempat pedalaman diperkembangkan supaya semua rakyat mendapat pendidikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendidikan amat penting, dgn pendidikanlah kita akan terus maju.

      Delete
    2. Pendidkan sangat penting bagi memastikan masa depan yang cerah. Pelajar di pendalaman seharusnya di beri keutamaan.

      Delete
    3. Kena berusaha bantu anak2 di kawasan tu mendapat pendidik yang sebaik mungkin. segala kesukaran yang dihadapi harus segera ditangani.

      Delete
  3. inilah yang sering dihadapi oleh kanak2 di kawasan pedalaman. dengan jarak sekolah yang sangat jauh dan ketiadaan kenderaan untuk ke sekolah telah menyukarkan mereka untuk mendapatkan pendidikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cadangan asrama memang baik untuk mereka yang jauh di pedalaman. Harus dipertimbangkan dan diambil perhatian yang wajar.

      Delete
    2. kesukaran untuk datang ke sekolah oleh kanak-kanak pedalaman harus diatasi.

      Delete
  4. semoga cadangan pembinaan asrama desa ini akan mendapatkan kelulusan dan peruntukan dari kerajaan. jangan biarkan kanak2 di kawasan pedalaman mengalami keciciran dalam pendidikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cadangan ini harus dikaji dan dilaksanakan demi kebaiki kanak-kanak.

      Delete
    2. Kanak-kanak ini berhak untuk bersekolah jika tidak mereka akan dicicir oleh masyarakat yang semakin berkembang dan maju.

      Delete
    3. Asrama tu penting untuk anak2 untuk meneruskan pelajaran. diharap asrama tu diluluskan dan dibina dengan segera.

      Delete
  5. cadangan pembinaan asrama baik bagi membantu anak2 desa pergi ke sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap asrama tersebut akan dapat dibina untuk kemudahan para pelajar berkenaan.

      Delete
  6. pengetua atau guru besar juga patut memainkan peranan dalam menyampaikan masalah2 yang dihadapi oleh pelajar2 di kawasan mereka kepada kementerian yang berkenaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..guru besar boleh memainkan peranan dengan menyuarakan sebarang permasalahan yang dihadapi.

      Delete
  7. kanak2 yang tercicir ini walaupun jumlahnya kecil, tapi kerugiannya kepada negeri/negara ini amat besar.. mereka adalah aset kepada negara bagi memastikan kesinambungan pembangunan di negara ini terus berkembang maju..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka seakan mengambil alih generasi sekarang, masalah yang mereka hadapi cukup membawa masalah besar untuk pembangunan negara.

      Delete
  8. Masalah pendidikan di Sabah harus dikaji dan diperbaiki agar semua golongan dapat peluang untuk bersekolah.

    ReplyDelete
  9. Sistem pendidikan di Sabah masih tidak wajar. Harus mengkaji semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini satu tindakan yang harus dibuat terlebih dahulu. kenal pasti apa yang berlaku dan mengkaji kaedah yang wajar untuk menanggani masalah pendidikan yang dihadapi.

      Delete
  10. Banyak golongan masih tiada peluang untuk bersekolah. Ini merupakan masalah yang amat serius.

    ReplyDelete
  11. Beliau yang juga mempunyai seorang adik perempuan berusia 17 tahun sehingga kini masih tidak pandai membaca atau mengira serta menulis.

    Ini merupakan satu kelemahan sistem pendidiakn di Sabah yang amat menyedihkan. Bagaimana golongan ini berkeupayaan untuk bersaingan dengan pemuda di tempat lain?

    ReplyDelete
  12. Pihak tertentu perlulah mencari jalan penyelesaian bagi memastikan kanak dikawasan tersebut dapat menimba ilmu walaupun jauh. Mungkin antara penyelesaian adalah penyediaan asrama untuk mereka ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan biarkan anak2 tu terhenti pembelajaran disebabkan ketiadaan asrama.

      Delete
  13. semoga cadangan pembinaan asrama tersebut akan dapat dilaksanakan demi pendidikan anak-anak tersebut.

    ReplyDelete
  14. Education is very important. This is a serious matter when our Sabahan children couldn't have their proper education.

    ReplyDelete