Monday 24 September 2012

PR TIDAK KEMPUNAN LAGI DI TUARAN




Saudara Pengarang,

PADA 16 September lalu, satu sejarah lagi telah tercatat di bumi Tuaran kerana pada malam itu seramai 10,000 penduduk Tuaran, telah hadir di Resturan Singgarung, Pantai Dalit bagi merayakan hari pembentukan Malaysia ke 49 tahun.

Walaupun majlis itu telah dikejutkan dengan ribut hujan, akan tetapi, para rakyat jelata Tuaran tetap tidak berganjak. Sekalipun dibasahi hujan, mereka tetap bersemangat untuk tidak berganjak dari tempat masing-masing.

Pada malam itu juga kesemua pemimpin PR turut serta di majlis yang bersejarah itu. Dari Pemimpin terbilang PR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Tuan Guru Hadi Awang, Datuk Lajim serta pejuang KDM Datuk Wilfred Bumburing.

Di sini, kita boleh lihat kesungguhan rakyat Sabah, terutamanya penduduk Tuaran, bersungguh-sungguh mahu melihat satu perubahan tampuk pemerintahan negara Malaysia dan negeri Sabah.

Sesungguhnya bagi penduduk Tuaran, inilah peluang terbaik bagi orang Sabah meruntuhkan rejim BN. Mereka merasa bertuah kerana pemimpin berani mereka, dari Tuaran, telah mengejutkan rejim di Kuala Lumpur itu dengan mengisytiharkan dirinya keluar  dari BN.

Tindakannya sangat mujarab, kerana akhirnya RCI diumumkan setelah sekian lama bermain teka-teki. Ini satu kejayaan besar bagi Bumburing; kemahuan penduduk Tuaran ingin melihat satu tsunami politik melanda Sabah.

Jika dilihat keramaian sewaktu majlis pengumuman keluar BN oleh Bumburing pada 29 Julai lalu, hampir 15,000 penduduk Tuaran hadir; nampaknya tidak Bumburing tidak tersilap congak dan meyakini bahawa kerusi Parlimen Tuaran dan DUN Tamparuli dan Kiulu sudah pasti dalam genggaman Pakatan Rakyat.

Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan cawangan UMNO, PBS, UPKO hanya tinggal nama dan ketua cawangan sahaja kerana semuanya sudah berhijrah bersama Bumburing.

Peribadi Bumburing dan intipati perjuangan Bumburing selama ini mendapat sokongan dan simpati rakyat kerana perjuangan tidak terhad kepada isu IC palsu atau kerakyatan songsang; malah isu tanah adat, royalti minyak dan Borneonisasi.

Jika dahulu agar sukar bagi PR menawan Parlimen Tuaran, tetapi dengan adanya Bumburing sebagai 'Wira Rakyat Sabah', nampaknya bukan lagi penghalang kejayaan sekalipun terpaksa menghadapi Kubu Kuat UMNO di Tuaran kerana DUN Tamparuli dan Kiulu akan mudah ditawan PR dengan bantuan Bumburing.

Dipercayai Bumburing akan bertanding di kerusi DUN Tamparuli bersama seorang peguam terkenal di DUN Kiulu kerana Parlimen Tuaran akan dilepaskan kepada PKR sebagai kaedah penyelesaian terbaik.

Walaupun peluang PR di DUN Sulaman masih dilihat 50:50, namun dengan kemerosotan pengaruh Hajiji dan UMNO, maka tidak mustahil DUN Sulaman akan terlepas kepada PR.

Salam Hormat,

MOHD DANIAL ADULLAH

22 comments:

  1. jangan terlalu yakin kerana sudah pasti akan berlaku pertandingan 3 atau 4 penjuru di mana undi pembangkang akan pecah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin kemenangan di kawasan2 tertentu ada juga yang diperolehi oleh pembangkang tapi kalau kemenangan secara keseluruhan memang mustahillah.

      Delete
  2. apa2 pun, rakyat yang akan menentukan pada pru13 nanti.

    ReplyDelete
  3. Dari rakyat saja tu mahu undi PR ka tak. Susah mahu ramal juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini juga terpulang kepada rakyat sendiri untuk menentukannya.

      Delete
  4. Kita tunggu saja apa keputusan PRU13. Yang mennag tu pasti pilihan rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biar rakyat yang akan tentukan siapa yang akan menang.

      Delete
  5. Bukan mudah rasanya PR untuk menawan Tuaran itu.

    ReplyDelete
  6. Kalau orang Tuaran sendiri melihat di Resturan Singgarung, Pantai Dalit itu bukan besar sangat pun. Menampung 10,000 itu mungkin tidak pasti dapat atau tidak. Bukan besar sangat kawasan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 10,000 orang yang datang belum tentu akan menjadi pengundi pembangkang PRU nanti. kadang2 orang yang datang saja2 untuk melihat2 dan mendengar politik semasa yang timbul di Sabah ni.

      Delete
    2. restoran Singgarung tu kecil saja.. tempat tu mmg tak boleh menampung 10,000 ribu orng.

      Delete
    3. setuju, restoren tu kecil saja, memang tidak mampu menampung sampai 10 000 orang.

      Delete
  7. PR's policy is deceiving, Populist Romantically policy just to lure and seduce the heart of the public.

    ReplyDelete
  8. Bumburing sertai PR tak bermakna PR akan menang di Tuaran.

    ReplyDelete
  9. macam tiada apa-apa sumbangan pun PR tu di Tuaran.

    ReplyDelete
  10. Pastikan mana-mana parti yang menag dapat melaksanakan tugas dengan baik.

    ReplyDelete
  11. Persaingan semakin hebat terutama politik di Sabah.

    ReplyDelete
  12. Amat mudah untuk melafazkan janji, namun tidak mampu untuk melaksanakannya. Itulah perumpamaan yang sesuai untuk digambarkan kepada pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang di Selangor hari ini, walaupun sudah berada di hujung penggal PRU12, namun segala janji yang dibuat pada PRU yang lalu, janji hanya hanya tinggal janji..

    ReplyDelete
  13. Setelah lebih empat tahun ternyata segala janji-janji Pakatan yang ditabur pada pilihanraya sebelum ini adalah pembohongan dan omong-omong kosong semata-mata.

    ReplyDelete
  14. rakyat sabah perlu berhati2 dengan pemimpin pakatan seperti Anwar.. beliau tidak akan serik2 membongi rakyat semata2 mahu merampas kerajaan..

    ReplyDelete
  15. ketika Anwar beriya2 mahu merampas kerajaan Sabah, negeri2 pakatan di semenanjung terus terabai.. malah ada ura2 bakal jatuh ketangan BN semula..

    ReplyDelete
  16. keengganan pemimpin2 STAR untuk bekerjasama dengan pakatan juga menunjukkan bahawa parti ini tidak layak memerintah Sabah..

    ReplyDelete