Saudara Pengarang,
NAZMAWATI Binti Walli adalah
pendatang baru dalam arena politik, khususnya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR)
di Semporna. Namun apa yang membimbangkan ramai penyokong PKR Cabang Semporna, Nazmawati
ini tidak mempunyai pengikut atau penyokong yang ramai baik dalam PKR mahupun
dalam daerah Semporna itu sendiri.
Apa yang lebih menyedihkan
penyokong PKR Cabang Semporna, sejak kebelakangan ini tindak-tanduk Nazmawati
dapat mengatasi kuasa Ketua Cabang PKR Semporna, seolah-olah dia bertindak atas
kapasiti Ketua Cabang.
Situasi ini, jika tidak
dibendung boleh mendatangkan perpecahan dalam PKR cabang Semporna seterusnya
akan mendatangkan kesan negatif dalam PRU-13 nanti.
Perkara yang menjadi tanda
tanya kepada seluruh penyokong PKR Cabang Semporna, Nazmawati bersama ayahnya, Walli
adalah masih ahli UMNO.
Seandainya dakwaan ini benar,
maka matlamat Nazmawati menyertai PKR adalah semata-mata ingin menghancurkan
PKR Cabang Semporna. Dakwaan ini ada asasnya kerana ayahnya telah diberikan
projek atau kontrak sebagai pembekalan makanan bermasak di SMK Tun Sakaran.
Mengikut hukum logik akal,
tidak mungkin Walli diberikan projek atau kontrak jika beliau benar-benar
berjuang dalam PKR. Tidak mustahil
pemberian kontrak atau projek ini sebagai habuan atau penghargaan seandainya Walli
berjaya melaksanakan misinya untuk menghancurkan PKR Cabang Semporna.
Ini bermakna penyertaan Nazmawati
bersama ayahnya dalam PKR Cabang Semporna ada makna sebaliknya. Lagi dibimbangi
oleh penyokong PKR seandainya Nazmawati dicalonkan PKR untuk menentang Datuk Shafie
Afdal di kawasan Parlimen Semporna, kebarangkalian Nazmawati akan umumkan
undur/tarik diri dan akhirnya Shafie Afdal diisytiharkan menang tanpa
bertanding.
Situasi ini tidak mustahil
kerana kita sedia maklum dunia politik ini penuh dengan pelbagai strategi atau
tipu helah bagi memperolehi kemenangan untuk diri sendiri. Oleh itu diharap
kepada Ketua Cabang menyiasat hal ini sebelum nasi menjadi bubur atau sesal
dulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.
Salam Hormat,
PENGUNDI SUNTI PRU-13
No comments:
Post a Comment