Friday, 1 February 2013

KRISIS AIR DI SEMPORNA SEMAKIN MERUNCING







SEPATUTNYA bekalan air bersiah di daerah Semporna tidak lagi menjadi masalah utama kepada semua penduduk daerah ini kerana menteri yang bertanggungjawab dalam soal pembangunan luar bandar diteraju oleh anak jati Semporna iaitu Datuk Safie Afdal.

Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Situasi Semporna dalam soal kemudahan bekalan air bersih tidak banyak berubah, sama seperti 10 atau 20 tahun yang lalu.

Keperitan rakyat dalam soal mendapatkan bekalan air bersih sungguh menyedihkan seolah-olah daerah Semporna ini tidak menerima arus pembangunan  yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional.

Dimana slogan 'Janji Ditepati' yang selalu dilaungkan oleh kerajaan BN. Sekiranya situasi ini berterusan, adakah wajar penduduk di Semporna terus menyokong kerajaan BN pada PRU 13?

Hanya rakyat Semporna sahaja yang dapat menjawab persoalan ini. Berbalik kepada permasalahan bekalan air bersih, apa yang berlaku sekarang ini semua tempat di daerah Semporna termasuklah kawasan perumahan menerima bekalan air secara catuan.

Sebelum ini catuan bekalan air jarang atau tidak pernah berlaku. Seolah-olah daerah Semporna dilanda musim kemarau yang berpanjangan sehinggakan Jabatan Air Semporna terpaksa menjalankan catuan air.

Senario ini belum mengambilkira kawasan kampung yang sudah ada batang paip tetapi langsung tidak menerima bekalan air bersih sejak bertahun lamanya. Apabila penduduk berjumpa dengan Jabatan Air Semporna bagi mengajukan masalah ini, 1001 alasan yang diberikan.

Adakah mereka tidak terfikir seluruh penduduk Semporna sangat-sangat memerlukan bekalan air bersih ini? Berfikirlah wahai Jabatan Air Semporna berilah keselesaan kepada warga Semporna kerana bekalan air ini bukannya diberi percuma sebaliknya ia  dibayar dan janganlah menyeksa penduduk Semporna.

Cuba kita fikirkan sejenak kerajaan BN sudah memerintah 55 tahun sepatutnya permasalah bekalan air bersih ini tidak lagi menghantui penduduk Semporna. Seandainya kerajaan BN tidak mampu menyelesaikan permasalahan ini, maka wajarlah mereka digantikan dengan kerajaan baru. Fikir-fikirkanlah wahai warga Semporna

Salam Hormat,

BAKAL PENGUNDI PRU-13

No comments:

Post a Comment