Friday 8 February 2013

MP SUSUKAN ANAK DALAM TANDAS?






KELUHAN....Teo Nie Ching:" Saya seorang Ahli Parlimen (Serdang) dan saya seorang ibu."

DALAM perbualan, EMPOWER mendapati Bangunan Parlimen Malaysia tidak menyediakan bilik agar ibu boleh menyusukan anak kesayangan mereka dengan susu ibu.

Akibatnya, tandas menjadi satu-satunya ruangan yang boleh digunakan. Beliau terpaksa berada dalam tandas untuk mengepam susu!

Bagaimanakah kerajaan hendak mencapai 30% penyertaan wanita seperti dalam Rancangan Malaysia ke-10 sekiranya dalam bangunan parlimen tidak menyediakan kemudahan sedemikian?

Sekiranya anda menyokong penyertaan dan perwakilan wanita dalam politik, sila:

1. Tuliskan mesej anda atas kertas.
2. Minta kawan ambil photo anda di mana anda pegang mesej tersebut.
3. Hantar photo kepada empower05@gmail.com, tag photo anda pada facebook Empower, atau tweet photo anda @empowermalaysia dengan hashtag #WPP

Mari kita berusaha bersama-sama untuk masa depan negara!

No comments:

Post a Comment