Friday, 8 February 2013

MPS DAN BN SINONIM DENGAN NAJIS?






BUSUK....Wong dan Chong masing-masing menunjuk ke arah lubang  najis tersumbat kerana tidak pernah diselenggara sejak dilaporkan tiga bulan lalu.

Oleh: SHAIMON S JUMADI          Foto : SAFFIE S JUMADI

ELOPURA : Kebocoran saliran  paip pembentung najis yang terletak di deretan Bangunan Blok G, Bandar Kim Fung, KM 7.8, Jalan Utara Sandakan yang sejak sekian lama dibiarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Sandakan  (MPS) telah menimbulkan tidak keselesaan di kalangan penduduk di situ.

Saban hari terhidu bau busuk najis yang keluar melimpah ruah dari lubang tersebut yang sebati dengan gelaran MPS dan BN selama ini.

Seorang penduduk, Chong Kong Wah, 72, yang membuat aduan  kepada Sabahkini.Net bersama Ketua Pemuda SAPP CLC Elopura, Wong Kah Kiet  mendakwa bahawa kebocoran tersebut sudah hampir tiga bulan berlalu sejak dilaporkan kepada Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), namun sehingga ke hari ini tidak pernah diselenggarakan.

“Kami bayar cukai pembetungan, cukai pintu dan segala cukai lain tetapi MPS hanya minat hisap darah kami. MPS dan BN sudah macam itu lubang najis juga. Kerja tidak mau buat. Sekarang rakyat marah  sama YB Elopura kerana MPS tidak minat mau selesaikan  rakyat punya masalah,” katanya.

Sementara itu, Wong pula berkata, kurangnya perhatian MPS dalam menjaga kebersihan di kawasan perumahan, termasuk sekeliling bangunan Bandar Kim Fung; secara jelas menunjukkan ada pihak yang melakukan sabotag.

"Kecuaian ini boleh menyumbang kekalahan BN pada PRU 13 kerana  masyarakat Cina marah dan sudah hilang keyakinan kepada kerajaan BN gara-gara kelembapan pentadbiran MPS yang tidak efisyen.

"Tetapi kami lebih suka kalau MPS terus amalkan budaya kerja seperti ini agar dapat memberi peluang besar kepada pihak pembangkang merampas kerusi BN pada PRU 13  nanti,” tegasnya.

Lagipun kata Wong, kebanyakan pegawai dan kakitangan Jabatan  Kerajaan Persekutuan Negeri sekarang sudah memberikan sokongan kepada mereka secara senyap-senyap.

“Saya tak kisahlah sama ada kerosakan saliran najis hendak dibaiki ataupun sebaliknya; ini semua terpulanglah kepada kerajaan khususnya MPS untuk berbuat demikian. Yang penting saya sudah laporkan kepada media mengenai masalah tersebut," kata Wong dengan senyum penuh makna.

Tambah Wong, kalau MPS enggan memperbaiki kerosakan tersebut, maka ia menjadi senjata percuma untuk mengkritik tindakan kurang prefesional kerajaan bagi memastikan kami dapat menawan beberapa kerusi di Sandakan," tambah Wong yang meyakini sokongan rakyat terhadap SAPP semakin bertambah kerana rakyat marah kepada MPS.

No comments:

Post a Comment