Tuesday, 9 November 2010

NAIKTARAF PRASARANA JALAN ULU KIMANIS



NAIK TARAF….Perhentian rehat dan rawat Ulu Kimanis perlu dinaiktaraf.

Oleh: MAIL MATHEW

MENAIKTARAF prasarana awam terutamanya stesen ‘rehat dan rawat’ di semua ‘lebuhraya’ di Sabah sepertimana yang berlaku di Semenanjung mungkin bersesuaian jika diaplikasikan dalam konteks memberi keselesaan kepada pengguna/penumpang, khususnya bas ekspress yang menuju ke destinasi ratusan kilometer yang bukan sahaja membawa penumpang biasa, tetapi juga membawa pelancong luar.

Sudah tiba masanya trend seumpama itu diperluaskan di sini yang bukan sahaja bertujuan memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada penumpang tetapi juga menjadi suatu kepuasan dan keselesaan kepada penumpang yang terpaksa duduk bertahan dan bersantai di dalam bas selama tidak kurang daripada lapan jam jika ke Tawau manakala ke Sandakan tidak kurang dari 6 jam.

Dalam pada itu, jalanraya antara Keningau ke Kota Kinabalu yang melalui banjaran crocker sejauh lebih seratus kilometer memakan masa kira-kira tiga jam dalam perjalanan ke Kota Kinabalu tidak terkecuali untuk proses menaiktaraf prasarana awam tersebut.

Penumpang kadangkala berasa cemas apabila bas ada ketikanya membelok selekoh tajam yang menakutkan seolah-olah akan terjunam ke lurah kerana terpaksa menuruti laluan lebuhraya yang dibina di lereng-lereng bukit dan dalam keadaan berliku-liku.

Selain itu, selepas berada di puncak Banjaran Crocker kira-kira 40 minit dalam perjalanan, keseronokan penumpang mula terasa apabila mereka pasti terhibur dengan panorama menghijau menyaksikan keaslian flora dan fauna dengan kehijauan hutan kekal dengan cuaca yang segar dan sejuk.

Bagaimana pun, setelah tiba di kawasan ‘rehat dan rawat di Ulu Kimanis setelah melalui perjalanan kira-kira 50 minit, bas ekspress berhenti dan semua penumpang bas dibenarkan turun dalam masa kira-kira 30 minit untuk membeli belah makanan ringan mahupun minuman selain beristirehat ke tandas yang telah disediakan.

Namun keluhan sering kedengaran tomahan pengguna daripada para penumpang bas yang melihat keadaan prasarana tandas dan jumlah bilik-bilik tidak seperti yang diharap-harapkan.

Mereka (penumpang) mula memperkatakan bahawa meskipun mereka tidak cerewet dikenakan bayaran perkhidmatan tandas 30 sen seorang, namun keselesaan dan kebersihan termasuk penambahan bilangan tandas harus diutamakan.

“Kerajaan khususnya Kementerian Pelancongan perlu melihat perkara ini dalam skop yang lebih luas kerana ada keperluan untuk dinaiktaraf kerana kawasan ini menjadi laluan utama pelancong luar. Bukan macam lebih 20 tahun yang lalu. Apa salahnya perhentian Ulu Kimanis ini turut dibesarkan,” tegas salah seorang penumpang bas yang enggan namanya didedahkan.

No comments:

Post a Comment