Oleh: MEDIA SAPP
KENYATAAN dan ulasan Penulis Veteran, Haji Ismaily Bungsu bertajuk ‘Kenapa Baru Sekarang Yong Bersuara?’ merupakan suatu pertanyaan yang agak janggal tetapi perlu juga dijawab yang sudah pasti Ismaily sudah menduga jawapannya yang sama rentak jika soalan dikemukakan kepada Ismaily; ‘Kenapa Baru Sekarang Bertanya Kenapa Tidak Dulu Sebelum PRK” kerana isu ini sering dibangkitkan Datuk Yong sebelum PRK Batu Sapi.
Antara lain dipersoalkan Ismaily ialah DULU, semasa jadi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, bagaikan ‘tidak berlidah’ kerana tidak berbicara langsung soal ‘20 perkara’ dan ‘Autonomi’; lalu kenapa bagaikan orang terkena ‘sawan’ mula bercakap dan menghina BN dan segala macam tidak adil?
Tahukah Ismaily kenapa Datuk Yong keluar meninggalkan BN sekitar tahun 2008? Kalau tidak, selagi Yong berada dalam gagasan BN isu autonomi dan 20 Perkara tidak boleh dibincang secara terbuka kerana konon BN ada kod etika yang melarang kerabat partinya melakukan seperti itu dan Yong dengan rendah diri akur peraturan kod etika itu.
Setelah bosan dan bagaikan dipenjara haknya bersuara, Yong mengambil keputusan untuk meninggalkan BN kerana sudah tidak tahan kelibat dan gelagat buruk pemimpin pemimpin BN yang membuatkan Yong dalam keadaan serba salah dalam memperjuangkan hak asasi rakyat Sabah.
Sama juga kes yang berlaku dengan beberapa pemimpin LDP yang lainnya terpaksa meminta suaka politik parti komponen lain dan ada pula seorang Timbalan Ketua Menteri Sabah tetapi tidak berparti hanya kerana menentang sikap ‘kuku besi’ BN yang tidak memberi muka langsung kepada parti-parti kerabatnya menyuarakan ketidak puasan hati mereka terhadap kepimpinan dan Pentadbiran BN.
Ismaily sekali lagi ‘celupar’ tidak bertempat apabila menyoal Yong konon, Apakah Yong berangan sekali lagi menjadi ‘CM’ seperti katanya, ‘Chief Minister In The Waiting’? Sebenarnya Yong tidak berangan menjadi KM apalagi mengungkapkan perkataan “Chief Minister In The Waiting” jauh sekali yang mungkin Ismaily terlalu emosi dan tersilap memetiknya.
Berangan sangat menjadi KM seperti yang ditegaskan Ismaily agak keterlaluan untuk mengutuk Yong tetapi beliau sekadar berangan untuk berjuang terus berjuang untuk membela hak asasi rakyat Sabah yang semakin tertindas. Kalau tidak Yong melakukannya siapa lagi yang boleh diharapkan menggalas tanggung jawab dalam mengembalikan hak rakyat Sabah.
Mengenai tuduhan Ismaily konon Yong kepingin sangat mahu menduduki kerusi KM tanpa melihat di Sabah ini majoritinya siapa? Angan-angan ‘Mat Jenin’ Yong bakal terjatuh sendirinya nanti. Sebenarnya Ismaily terlalu sakit hati kerana emosinya yang berkobar-kobar takut jawatan KM jatuh ke tangan Yong. Tetapi sekalipun Ismaily menahan rezeki Yong, kalau pengundi sudah bertekad untuk mengangkat Yong apa pula salahnya kerana Yong juga tergolong dalam bangsa 1Malaysia. Ismaily pula bagaimana?
Nampaknya kelibat politik Ismaily cepat dapat dikesan kerana dalam nada dan ayat beliau gunakan bolehlah disimpulkan bahawa beliau mahu rakyat Batu Sapi menolak Yong sebaliknya mengalihkan undi dan sokongan kepada Haji Ansari yang kononnya Ansari seorang Peguam dan berpengalaman walaupun Ismaily akui Ansari berasal dari Tuaran.
Kalau itulah persoalannya, sama ada Ansari atau Yong adalah kedua-duanya sama dari segi pengalaman sebagai Peguam tetapi Yong mempunyai kelebihan kerana pernah menjadi KM. Ansari tidak pernah malah jadi wakil rakyat pun tidak pernah sejak tahun 1980-an.
Dalam soal jawatan perniagaan dalam kerajaan adalah perkara biasa kerana biar pun ia adik beradik dalam satu keluarga sama seperti Tan Sri Pairin dan Datuk Dr Jeffrey Kitingan memang lumrah di dalam politik di negara ini dan ia bukan suatu perkara yang baru, malah sudah pernah berlaku sebelum ini.
No comments:
Post a Comment