Wednesday, 15 December 2010

DATUK YUSOF KASSIM BAKAL TYT SABAH?



Oleh: KREW SABAHKINI.NET

MANTAN Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah, Datuk Yusof Haji Kassim dipercayai akan dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah dalam masa terdekat; sekalipun ada ura-ura perkhidmatan TYT sekarang, Tun Ahmad Shah akan disambung ‘SETAHUN’ lagi setelah senarai yang dikemukakan Kerajaan Negeri Sabah tidak dipersetujui Perdana Menteri.

Mengikut sumber yang dipercayai, Dato’ Seri Najib telah bersetuju agar Datuk Yusof ‘ditabalkan’ sebagai TYT setelah menolak beberapa nama yang dicadangkan beberapa kali oleh Kerajaan Negeri termasuk Tan Sri Hamid Egoh, Datuk Ilyas Ebrahim, Datuk Juhar Mahiruddin, Datuk Yahya Hussin dan .beberapa tokoh ternama lain.

Tempoh perkhidmatan Tun Ahmad Shah akan tamat pada 31 Disember 2010 setelah dilantik sebagai TYT pada 2 Disember 2002 menggantikan Tun Sakaran Dandai.

Bagaimanapun, keputusan hampir pasti tersebut belum dikeluarkan daripada Pejabat Perdana Menteri kerana masih ada pihak yang melobi untuk mencalonkan tokoh masing-masing sementara menunggu perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong.

No comments:

Post a Comment