Tuesday, 7 December 2010

JAAFAR ‘MR BEAN’, JOKER POLITIK UMNO



Oleh:HAJI WAHAB TIMPAI..

SAYA terpanggil menulis di ruangan Portal Sabahkini.net yang semakin popular dan terus diminati kawan atau lawan dalam poilitik di Malaysia hari ini.

Sebenarnya setiap pemimpin yang berada di dunia ini, sama ada mereka itu berjawatan tinggi dalam pemerintah atau pembangkang, masing-masing mempunyai umur yang telah ditentukan oleh Allah, termasuklah Pengerusi JKKK di Sandakan, Jaafar Mustapha kerana tidak semestinya tua dan muda, kalau tempohnya sampai, pasti ke kubur.

Allah telah memanjangkan umur dan memberikan kesihatan kepada Datuk Halik Zaman walaupun kini sudah 67 tahun dan itu merupakan anugerah dari Allah kepada beliau untuk terus bergiat dalam politik dan bukan untuk mencari kewangan dari segi politik.

Dari segi kewangan, Halik Zaman bukanlah sengkek kerana mempunyai pendapatan lumayan daripada ternakan burung walit dan sudah cukup pada dirinya dan keluarga, namun beliau terpaksa korbankan masa dan wang untuk berpolitik demi untuk memperbetulkan kecurangan para pemimpin UMNO setelah bertapak di Sabah.

Bukan mudah seorang pemimpin membuat keputusan keluar dari UMNO-BN kerana di dalam parti memerintah banyak projek untuk cari makan berbanding berada dalam kelompok pembangkang.

Dalam pada itu Pengerusi JKKK seperti Jaafar Mustapha, bebas melontarkan apa saja teguran kepada sesiapa saja pemimpin pembangkang seperti Dato’ Seri Anuar Ibrahim untuk memuaskan hati asalkan mendapat publisti, tetapi, kuasa melepaskan Anuar dalam parti hanya dalam keluarga parti itu iaitu menerusi suara para pemimpin PKR sendiri.

Apa yang peliknya ialah, kenapa di luar PKR pula yang terlalu sibuk bersuara sangat mahu keluarkan Anuar dari PKR?

Mungkin UMNO-BN terhidu bahawa kekuatan PKR adalah dari politik Dato Seri Anwar Ibrahim dan kerana itu terdorong hati Jaafar Mustapha membuat satu kenyataan seperti ‘Mr Bean’ yang agak lucu itu.

No comments:

Post a Comment