NAIKTARAF 2004…..Pengerusi JKKK Andawai menunjukkan papan tanda yang memberi maklumat jalanraya tersebut akan dinaiktaraf sejak tahun 2004 lagi, tetapi sehingga kini tidak dilaksanakan.
Oleh: NASUTION NAEJEL
BAK kata pepatah, seekor bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan sehelai daun lalang, percubaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk menidakkan perlaksanaan projek jalan kampung (PJK), iaitu menaiktaraf jalan Kampung Kalamatoi, Kemabong, Tenom tidak berjaya kerana papantanda projek masih terpacak sejak 2004, sekalipun projek berkenaan tidak pernah dilaksanakan.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Kalamatoi, Andawai Ansumor tidak berpuas hati dengan kualiti kerja yang telah dijalankan JKR bagi menyelenggara jalanraya tersebut pada baru-baru ini, menyingkap kisah lapan tahun lalu.
“Papantanda ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa memang ada projek untuk menaiktaraf jalan ini pada 2004. Macam bangkai gajah, mana boleh tutup dengan daun lalang, tetapi saya sahkan tidak ada sebarang penyelenggaraan dibuat oleh pihak kontraktor sehingga ke hari ini,” kata Andawai yang tidak mengenalpastikan apakah bayaran kontrak ada dibayar kepada kontraktor, sebagaimana kelaziman yang berlaku di luar bandar sehingga kini.
Kata Andawai, papandatanda tersebut ialah untuk Projek Naiktaraf Jalan Kampung Kg. Kalamatoi, Kemabong, Tenom melalui kontrak KPLB/PJK/TNM/PLG/P016/04, bagaimanapun tidak menyatakan nama kontraktor, kerana mungkin telah dicabut.
Andawai mendakwa, beliau telah pun mengemukakan cadangan kepada pihak tertentu berhubung masalah infrastruktur tersebut, termasuk naiktaraf kapasiti pembetung (culvert) yang sudah tidak mampu menampung jumlah aliran air ketika banjir, menyebabkan air melimpah ke permukaan jalanraya agar digantikan dengan saiz besar; malangnya sehingga sekarang masih tidak dipedulikan.
“Disebabkan kelalaian pihak berkenaan, menjadikan JKKK Kalamatoi sebagai sasaran penduduk kampung dengan pelbagai tanggapan negatif. Jadi, saya terpaksa mengambil langkah yang lebih serius dan proaktif untuk menyelesaikan masalah tersebut,” tegas Andawai.
Andawai yang juga Ketua Cawangan Umno Kg Kalamatoi mendakwa bahawa masalah kepincangan infrastruktur di situ sudah berlaku sejak dua penggal pilihanraya umum lalu, namun keadaannya masih tidak berubah meskipun laporan demi laporan telah dikemukakan kepada pihak berkenaan.
TIDAK BERKUALITI….. Andawai tidak berpuas hati kualiti kerja yang telah dijalankan terlalu ‘cincai’.
BERTAKUNG ….. Selepas diselenggara, air masih kelihatan bertakung di tengah- tengah jalanraya kerana sistem perparitan tidak diselengara.
Dalam pada itu, Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Tenom, Ir Max Chong menjelaskan bahawa kerja-kerja menyelenggara jalanraya Kg Kalamatoi yang dicemuh sebagai tidak berkualiti; adalah bersifat sementara disebabkan kesuntukan masa semasa persiapan lawatan Perdana Menteri ke daerah ini baru-baru ini.
Bagaimana pun tegas Chong, kerja-kerja tersebut akan dijalankan semula dalam masa terdekat ini yang meliputi sistem perparitan supaya aliran air berjalan dengan lancar.
“Kita sudah sedar masalah itu tetapi kita dalam kesibukan masa itu, semua jentera ditumpukan untuk persiapan lawatan Perdana Menteri. (Jadi) kita minta penduduk terbabit agar bersabar seketika,” kata beliau ketika dihubungi Sabahkini.net.
Berhubung papan tanda yang terpasang di kawasan tersebut sejak tahun 2004 yang memberi maklumat bahawa kerja-kerja menaiktaraf jalanraya tersebut akan dilaksanakan, tetapi sehingga sekarang masih belum terlaksana, Chong enggan memberi komen kerana papan tanda tersebut bukan dipasang oleh JKR.
“Adalah lebih baik penduduk di sana kemukakan persoalan itu kepada Pejabat Daerah kerana mereka lebih tahu tentang masalah tersebut,” tegas Ir Chong sebagai mengulas kenyataan Andawai.
Hope that the roads will be improved a.s.a.p.
ReplyDeleteharap jalan tersebut akan diperbaiki dengan segera demi kemudahan semua pengguna.
ReplyDeleteDiharap ada tindakan diambil dengan segera untuk mengatasi masalah ini.
ReplyDeleteharap KPLB memberikan penjelasan terhadap projek naiktaraf yang tidak dilaksanakan ini.
ReplyDeleteNamun kes naiktaraf ini perlu disiasat..tak boleh dilepaskan penyelewengan kontraktor atau pegawai2 terbabit...
ReplyDelete2004 masih belum dilaksanakan kerja menaik taraf. sekarang sudah 2011, sudah 7tahun berlaku tapi tidak ada perubahan.
ReplyDeletekerja kerja menaiktaraf harus dijalankan, telah lama oenduduk menanti.
ReplyDeletesetiap kali projek2 kerajaan berjalan, sepatutnya ada badan yang memantau perjalanan projek itu agar menepati standard piawaian yang ditetapkan dan bagi mengelak berlakunya gejala rasuah..
ReplyDelete