Oleh : SHAIMON S JUMADI
BAHANG Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU) yang semakin hampir kian dirasai oleh para pengundi, bukan saja di Semenanjung Malaysia, malah beberapa kerusi panas di Sabah yang menjadi rebutan ramai pemimpin BN dan Pembangkang, khususnya di Sandakan.
Kelibat wakil-wakil rakyat semakin kelihatan sibuk melakukan walk-about dan lawatan prihatin ke kawasan masing-masing untuk menemui rakyat, di samping mengadakan pelbagai program dan menghulurkan sedikit bantuan kepada pengundi dan masyarakat yang memerlukan.
Persepsi liar orang ramai yang mendakwa bahawa lawatan-lawatan yang dibuat oleh wakil-wakil rakyat berkenaan sekadar untuk mengutip ehsan pengundi kawasan masing-masing, nampaknya ada asas kerana sejak kebelakangan ini mereka (Wakil-Wakil Rakyat) begitu rajin dan kerap turun padang menemui rakyat.
Sabahkini.net Wilayah Sandakan yang sering mengikuti perkembangan beberapa ADUN dan Ahli Parlimen antaranya, Wakil Rakyat kawasan Kuamut iaitu Masiung Bannah, ADUN Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya dan Ahli Parlimen Sandakan Datuk Liew Vui Kiong; mungkin boleh menafikan dakwaan liar berkenaan kerana ketiga-tiga tokoh ini mengamalkan budaya turun padang setiap masa, sehingga digelar ‘Wakil Rakyat Seven-Eleven (711)’ kerana mereka boleh ditemui atau dihubungi setiap masa.
Namun sebaliknya, Sabahkini.Net tidak tahu menahu usaha wakil-wakil rakyat lain, khususnya di daerah Sandakan kerana mereka menjarakkan diri mereka begitu jauh dicapai Sabahkini.net yang selama ini ditohmah mereka sebagai Laman Web Rasmi Pembangkang!
Membicarakan mengenai peranan dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat yang telah diberi mandat sepenuhnya oleh rakyat semasa pilihanraya pada tahun 2008, seperti yang diwar-warkan Sabahkini.Net, agar tidak dianggap sebagai satu gimik politik murahan, semata-mata untuk menaikkan martabat seseorang wakil rakyat di mata pengundi; tetapi inilah satu kenyataan yang tidak dapat dinafikan bahawa ketiga-tiga wakil rakyat berkenaan membudayakan tradisi membela rakyat.
Setiap kali lawatan-lawatan ketiga-tiga wakil rakyat (V.K.Liew, Samsudin dan Masiung) meninjau masalah rakyat, sudah pastinya Krew Sabahkini.Net dijemput untuk mengikuti rombongan lawatan mereka ke satu-satu tempat untuk membuat liputan media.
Bagi pandangan Sabahkini.Net yang sentiasa mengikuti perkembangan ketiga-tiga wakil rakyat berkenaan; sekiranya mereka ini masih lagi diberi peluang untuk dipilih semula sebagai calon Barisan Nasional (BN) mewakili parti masing-masing (UMNO, UPKO dan LDP) pada pilihanraya umum ke 13 (PRU-13) nanti, sudah pastinya mereka akan dapat menawan semula kerusi masing-masing dengan mudah.
Faktor utama mereka boleh memenangi semula kerusi BN kerana rakyat telah melihat sendiri semasa mereka berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan-kawasan yang diwakilinya dalam tempoh lima tahun lalu, sudah banyak kemajuan dicapai.
Walaupun tidak 100 peratus, tetapi pencapaian 60 peratus dalam masa lima tahun amat dihargai penduduk yang kini sudah mengecapi pelbagai kemudahan asas dan menjadi modal paling besar untuk mereka menyiapkan baki 40 peratus lagi jika terus diberi mandat oleh pucuk pimpinan parti masing-masing.
Pada mulanya, terdapat segelintir wakil rakyat daripada BN menganggap bahawa portal On-line Sabahkini.Net pro kepada parti pembangkang, namun jelas persepsi sedemikian telah meleset, kerana sejak kebelakangan ini Sabahkini.Net banyak membuat liputan mengenai aktiviti-aktiviti kerajaan; termasuk lawatan-lawatan wakil-wakil Barisan Nasional (BN).
Oleh kerana sikap terbuka dan fleksibel Sabahkini.net, akhirnya pemimpin BN semakin hari semakin menerima peranan portal media baru kerana sudah mendapat tempat di hati rakyat; kerana mereka bebas berinteraksi melalui komen; sekalipun dalam bentuk kritikan yang amat pedas secara interaktif, tetapi bakal membina jatidiri pemimpin mereka.
Hope that these people's representatives will work harder to serve the people and not just during election period.
ReplyDeletepemimpin yang sentiasa turun padang dan meninjau keperluan rakyat pasti akan terus mendapat sokongan daripada rakyat.
ReplyDeleteWakil rakyat yang proaktif seperti inilah yang patut dicontohi. Semoga mereka ikhlas dalam kerja2 mereka dan sentiasa bersedia untuk membantu rakyat.
ReplyDeleteseorang pemimpin atau wakil rakyat kenalah selalu 'turun padang' melihat keadaan rakyat. bukan hanya setiap kali pilihan raya semakin hampir.
ReplyDeletebiasa lah.. wakil rakyat penggal pertama mesti rajin kerana belum kaya... satu drpd matlamat wakil rakyat ia lah untuk menjadi kaya-raya, tapi tidak apa... ok juga kalau orang Sabah, tapi kalau pendatang asing jadi wakil rakyat??...
ReplyDeleteJangan turun padang hanya kerana terpaksa baru turun. Jika begini sikap seorang pemimpin mungkin rakyat sendiri bosan dengan wakil rakyat tersebut. Jadi biar kita melakukan kerja dengan ikhlas dan demi membantu rakyat.
ReplyDeleterakyat suka pda pemimpin yang sentiasa turun padang dan mudah untuk ditemui. pemimpin perlu sentiasa mendekati rakyat.
ReplyDeletetidak keterlaluan jika saya katakan portal media Sabahkini.net adalah yang paling bebas di Malaysia. tahniah dan teruskan usaha membantu rakyat..
ReplyDelete