Oleh : KREW SABAHKINI.NET
JABATAN Pelajaran Sabah yang selama ini dicemuh sebagai Pengarah ‘Boneka’ sewajarnya diberi lebih kuasa untuk menentukan perlaksanaan projek pembangunan terutamanya yang berkaitan dengan penyelengaraan prasarana termasuklah pengambilan guru serta latihan yang berkaitan dengannya.
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru PIBG, Sekolah Kebangsaan ST John Tuaran, Haji Ghulabdin Enjih menyatakan sokongan sepenuhnya teradap kenyataan Pengarah Pelajaran Sabah, Datuk Dr Haji Muhyiddin Yusin pada Sabtu lepas yang meminta agar kuasa mengurus peruntukan jabatannya dilakukan berdasarkan konsep memberikan kepercayaan kepada ketua jabatan untuk melaksanakannya.
Haji Ghulabdin merasakan sesuatu yang janggal kerana jabatan itu tidak beri kuasa untuk mengurus sendiri sebarang peruntukan untuk pembangunan walaupun kos projek itu bawah RM500,000; seperti mana yang diakui sendiri oleh Muhyiddin dalam sidang medianya mengenai penganjuran Hari Keluarga Jabatan Pelajaran di First Beach, Tanjung Aru pada 9 Julai ini.
"Saya sesungguhnya merasakan pihak kerajaan telah tidak dapat mengaplikasikan keadaan sebenar apabila seorang pentadbir mempunyai kuasa membuat perlaksanaan terhadap program pembangunannya. Ini bercanggah dengan harapan kerajaan sendiri yang inginkan usaha membangunan dan memajukan program pendidikan di negeri ini tidak akan terjejas," kata Haji Ghulabdin yang telah menjadi Pengerusi PIBG SK St John Tuaran sejak 10 tahun lalu.
“Bukan sekadar memberitahu kenyataan sebenar bahawa pembangunan di Sekolah SK St John Tuaran yang amat menagih perhatian Jabatan Pelajaran selaras dengan cadangan Spekear Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said yang menyatakan banyak bangunan sekolah di negeri ini memerlukan perhatian dan pembaikan,” kata Haji Ghulabdin yang mengharapkan Pengarah Pelajaran diberikan kuasa lebih melaksanakan projek pembangunan sekolah.
Perlaksanaan Projek Pembangunan yang dijalankan sekarang kebanyakannya tidak menepati jadual siap sebenar kerana terpaksa dirujuk kepada kementerian berkenaan di Putrajaya sehingga dianggap tidak bersistematik, kata Salleh yang akhirnya menjejaskan usaha kerajaan dalam memajukan pendidikan di Sabah
Haji Ghulabdin bersetuju dengan Salleh yang mengikitiraf kebolehan dan pengalaman DR Muhyiddin sebagai Pengarah Pelajaran yang sebelum ini telah lama menjadi Timbalan Pengarah jabatan itu dan beliau selaku anak negeri ini amat faham tentang konteks yang dengan keperluan tempatan.
"Sehubungan dengan itu saya merayu kepada Kerajaan Persukutuan yang bertanggungjawab terhadap jabatan ini, agar memperayai ketua jabatan berkenaan dalam melaksanakan projek pendidikan; yang secara langsung mengembalikan keyakinan rakyat terhadap keupayaan kerajaan serta mengurangkan keperluan pegawai-pegawai pelajaran negeri menghadiri mesyuarat yang diadakan di Kuala Lumpur," kata Haji Ghulabdin.
The Sabah ministry of education should be given more autonomy to manage the education system.
ReplyDeleteharap cadangan ini akan diberikan pertimbangan yang sewajarnya agar sesutu perlaksanaan dapat berjalan dengan lancar...
ReplyDeleteSetuju dengan cadanngan ini. Pelajar2 di Sabah berhak mendapat kemudahan pendidikan yang baik.
ReplyDeletesepatutnya Jabatan Pelajaran Sabah diberikan autonomi bagi memajukan pendidikan di Sabah.
ReplyDeleteKerana kuasa kerajaan negeri dalam pendididkan dikawal oleh kerajaan persekutuan menyebabkan pendudukan di negeri ini agak sukar membangun. Masalah kedaifan bangunan, kekurangan Guru, dan banyak lagi yang di hadapi oleh Jabatan Pelajaran.
ReplyDeleteJPS seharusnya diberi kuasa untuk mengatur dan memajukan sistem pendidikan di Sabah.
ReplyDeletekalau ada cara yang lebih mudah dan berkesan, kenapa perlu guna cara lama yang terbukti tidak berkesan? saya harap kerajaan persekutuan tidak keberatan mempertimbangkan cadangan ini.
ReplyDeletePada 30.10.2011 TPM Kata:
ReplyDelete"Saya dapati memang ada kewajaran untuk kita turunkan balik kuasa kepada Sabah dan sarawak. Satu cara ialah memberi kuasa kepada pengarah negeri untuk melihat bagaimana projek tertentu yang kita laksanakan di peringkat negeri boleh sama diuruskan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Parti Bersatu Sabah (PBS) ke-26 di KDCA, dekat sini hari Ahad.
Tapi jaga-jaga kamurang :
1. Ini adalah gula2 pilihanraya (memangpun)
2. Adakah selepas ini pengarah pelajaran akan dilantik dari kalangan sabahan.
* pasti ada syarat baru yang lebih ketat sehingga semua sabahan "disqualified"
Satu soalan bonus.... macam mana dengan KPM yang baru beroperasi di Sabah di lot lama Maktab sabah. semua staff akan pindah balik putrajaya atau tetap tinggal di situ? Itu bukan satu pembaziran?
pengarah pelajaran Sabah bukan orang Sabah juga ka?? banyak sudah jawatan2 penting kerajaan disandang oleh anak jati sabah ba..
ReplyDelete