Friday, 15 July 2011

SAMPAI BILA JALAN INI AKAN MENGGATAL?



Saudara Pengarang,

MOHON ehsan Sabahkini.net agar dapat menyiarkan isu pembinaan, pembaikan dan penurapan sepanjang Jalan Menggatal-Inanam atau sering digelar sebagai Jalan Menggatal. Setahu saya, jalan tersebut adalah Jalan Persekutuan dan difahamkan kontraknya bernilai RM27 juta.

Buat masa ini, jalan sebelah Menggatal ke Inanam sudah separuh siap tetapi Jalan dari Inanam ke Menggatal masih dalam pembinaan. Tetapi jalan yang sudah separuh siap pula tidak ada sebarang perkembangan, masih sama seperti dahulu, malah mula berlubang dan berombak.

Ada baiknya JKR beli sahaja cat hitam dan spray jalan tersebut supaya tidak perlu dikorek atau diturap semula. Lama betul jalan ini dibuat dan tidak tahu berapa lama lagi akan tergendala.

Sewajarnya, sebelum Pengarah Jabatan Kerjaraya Sabah buat kenyataan akhbar berhubung visi jabatannya untuk menurap 7,000 kilometer jalan raya di Sabah, selesai dahulu masalah jalan yang menyebabkan kesesakan kronik, mengalahkan Bandaraya Kuala Lumpur.

Salam Hormat,

SUDAH BAYAR CUKAI JALAN

11 comments:

  1. Ada sesuatu yang tidak kena dengan pentadbiran kerajaan negeri Sabah, kemana perginya wang lebihan jualan 40%, royalty sawit,ratusan juta...? royalty petroleum, ratusan juta..? cukai2 am, ratusan juta..?

    ReplyDelete
  2. Half the road is already finished. When are they going to finish the other half?

    ReplyDelete
  3. harap ia dapat disiapkan sepenuhnya secepat mungkin.

    ReplyDelete
  4. There shouldn't be any delay when it comes to completing a project.

    ReplyDelete
  5. Siapkan cepat supaya tak jam lagi.

    ReplyDelete
  6. Pihak atasan harus buat pemantauan selalu bagi mengelakkan masalah lain timbul.

    ReplyDelete
  7. hope the government is doing something about this matter.

    ReplyDelete
  8. jalan menggatal mmg dilihat agak teruk, jgn lubangnya yang byk. jalan tersebut harus diperbaiki bagi kemudahan dah keselamatan pengguna jalan.

    ReplyDelete
  9. harap jalan tersebut akan disiapkan demi kepentingan semua pengguna jalan tersebut.

    ReplyDelete
  10. Bersabarlah..Nanti cepat siap banyak masalah ada yang mengadu lagi.Bila kontraktor perlahan-lahan membuat ada pula yang tidak sabar supaya siap cepat. Inilah orang yang tidak pandai berfikir.

    ReplyDelete
  11. projek untuk rakyat seperti ini perlu ada badan yang sentiasa memantau perkembangannya bagi memastikan projek tersebut tidak terbengkalai, tertunda atau tidak menepati piawaian.

    ReplyDelete