Monday, 4 July 2011

KOMPAUN SEGERA PENJENAYAH ALAM SEKITAR



LONGKANG.... Ahmad mendesak DBKK supaya keluarkan kompaun terhadap para pemilik bengkel yang membuang kekotoran ke dalam longkang di kawasan Karamunsing KK yang berbau busuk dan meloyakan.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : HJ KHAIRAN UNTOH

KEMPEN demi kempen untuk menyedarkan dan mendidik masyarakat agar peka kepada penjagaan kebersihan alam sekitar, namun tidak mendapat respon positif, malahan ‘Penjenayah Alam Sekitar’ terus membuang sampah di merata tempat termasuk ke sungai, longkang dan parit.

Akibatnya, apabila bandar kotor dan longkang tersumbat, masyarakat dengan mudah sering menyalahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Dalam hal ini, masyarakat tidak seharusnya menuding jari atau menyalahkan bulat-bulat kepada DBKK sahaja, malah mereka juga telah bersungguh-sungguh melaksanakan kerja-kerja penyenggelaraan.

Aktivis Masyarakat, Ahmad Saufi yang menghubungi Sabahkini.Net semalam menjelaskan, sepatutnya masyarakat Sabah sedar akan kepentingan kebersihan alam sekeliling kerana hampir 80 peratus telah mempunyai pendidikan akademik.

Tegas Ahmad, faktor utama kebersihan dan keceriaan Bandar gagal dilaksanakan sepenuhnya kerana sikap masyarakat yang tidak peka dan terbudaya dengan sikap membuang sampah di merata-rata, termasuk bengkel kenderaan yang mengambil jalan mudah membuang minyak kotor dan sisa bengkel ke longkang atau parit besar.

“Saya amat kesal kerana punca utama kekotoran longkang di kawasan Karamunsing disebabkan oleh pemilik-pemilik bengkel berhampiran yang membuang minyak hitam (minyak kotor) ke dalam parit dan para peniaga yang terus membuang sampah ke parit besar,” kata Ahmad yang turut menegur pemilik bengkel dan para peniaga, namun mereka hanya mentertawakan beliau.

Sehubungan itu, Ahmad menggesa agar DBKK menguatkuasakan undang-undang Anti-Liter dengan mengenakan kompaun maksima kepada mereka yang terbabit.

“Sebagai warga Kota Kinabalu, rasa kecewa dan malu bila melihat keadaan longkang-longkang di sekitar Karamunsing. Sudahlah airnya kotor dan berbau busuk, malah mendapat cemuhan para pelancong,” ujar Ahmad lagi yang menggesa agar Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar Sabah prihatin dengan masalah ini.

8 comments:

  1. Everyone played an important role to ensure cleanliness of the environment.

    ReplyDelete
  2. Hope that the DBKK will give warning to those irresponsible people who are not willing to cooperate in maintaining the cleanliness of the city.

    ReplyDelete
  3. siapa yang mencemarkan alam sekitar wajar dikenakan denda. menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab kita semua.

    ReplyDelete
  4. Setiap individu perlu ada kesedaran sivik. Kebersihan adalah tangggungjawab bersama. Jangan tahu nak komplen tetapi diri sendiri tidak menjaga kebersihan persekitaran.

    ReplyDelete
  5. masalahnya, penguatkuasaan undang-undang tidak dilaksanakan dengan ketat. sama juga seperti larangan merokok di tempat awam yang dikenakan denda sehingga RM10,000 ataupun dipenjara selama 2 tahun. tidak pun dikuatkuasakan dengan ketat.

    ReplyDelete
  6. Betul itu. Biar mereka diberikan denda supaya mereka sedar dengan kesalahan yang mereka lakukan.

    ReplyDelete
  7. ya.. menjaga kebersihan adalah tanggungjawab kita bersama, jika kita tak buang sampah merata-rata. alam sekitar takkan tercemar. jgn hnya mengharapkan kerajaan semata-mata.

    ReplyDelete
  8. kadang2 rakyat perlu salahkan diri sendiri kerana membiarkan masalah ini berlaku. jangan bila keadaan semakin kritikal, semua menuding jari kepada kerajaan sedangkan pembawa masalah itu adalah rakyat sendiri.

    ReplyDelete