Monday, 4 July 2011

DAKYAH SONGSANG ZALIMI RAKYAT



Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto OLEH SAFFIE S JUMADI

MAJLIS Malam Mesra Bersama Ahli Parlimen Sandakan dengan pengundi dan Ketua-Ketua Cawangan UMNO Sandakan menjurus kepada mewujudkan perpaduan yang erat antara ahli LDP dan UMNO sebagai satu perjuangan dalam komponen Barisan Nasional ke arah matlamat yang sama.

Memang tidak dinafikan, terdapat desas desus kononnya LDP dengan UMNO tidak bersefahaman dan saling tidak mahu bekerjasama antara satu sama lain, namun hakikatnya merupakan satu spekulasi untuk mengeruhkan kejernihan hubungan parti komponen BN sahaja.

Demikian antara intipati ucapan yang bertujuan untuk mengelirukan semata-mata”kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Sandakan Datuk Liew Vui Keong semasa berucap di Majlis Malam Mesra Anjuran Parlimen Sandakan yang diadakan di City Club Sandakan malam kelmarin.

“Saya amat percaya sokongan ahli-ahli UMNO kepada pucuk pimpinan BN tidak kira dari mana datangnya, parti itu dalam parti komponen BN mereka memang setia dan memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi. Saya sebagai Ahli Parlimen Sandakan yang menang pada pilihanraya pada tahun 2008 kerana 70 peratus undi adalah daripada ahli-ahli UMNO kawasan Sandakan,” ujarnya.

Jadi dakwaan yang mengatakan LDP dan UMNO tidak sehaluan tidak timbul sama sekali, sebaliknya sebagai rakan seperjuangan yang mempunyai matlamat yang sama, LDP terus seiring dan sama-sama meningkatkan perjuangan masing-masing dalam BN untuk mempastikan BN pada pilihanraya umum akan datang.

Dalam pada itu, V.K.Liew sekali lagi mencabar terhadap mana-mana Ahli Parlimen mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri yang diwakili oleh parti-parti pembangkang seperti PKR, DAP dan PAS yang menang pada pilihanraya umum ke 12 pada tahun 2008; yang rasa tidak puas hati dengan sikap berat sebelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), agar meletakkan jawatan mereka sebagai jalan terbaik untuk membuktikan dakwaan songsang mereka terhadap SPR benar-benar tepat.

“Saya hairan, kalau pihak SPR tidak berlaku adil, macam mana parti-parti pembangkang seperti PAS, DAP dan PKR boleh berjaya menawan 5 negeri seperti Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan; tolak Perak kerana kawasan itu sudah kembali ke tangan BN,” ujar V.K.Liew dengan nada sinis.

Kata V.K.Liew lagi, pembangkang telah menzalimi rakyat dengan membawa dakyah songsang bahawa kononnya pilihanraya di Malaysia tidak telus sedangkan rakyat Malaysia tidak pernah merasa mereka ditipu, malah pembangkang terus memenangi kerusi parlimen sehingga menafikan majoriti dua pertiga BN di Dewan Rakyat.

“Lebih menjengkelkan, mereka mengheret rakyat Sabah yang hidup aman dan harmoni berdemonstrasi di jalan raya dan sekaligus menafikan undi yang mereka perolehi pada pilihanraya umum lalu,” tegas V.K.Liew yang menolak perhimpunan BERSIH kerana bercanggah dengan tamaddun manusia di negara demokrasi berperlembagaan.

Kata V.K.Liew, beliau ingin bertanya DAP bagaimana mereka boleh menawan 14 kerusi DUN Sarawak pada pilihanraya 16 April lalu jika SPR curang dan mengamalkan sistem pilihanraya yang kotor.

“Kita (BN) boleh failkan petisyen di Mahkamah jika kita mahu di kawasan kita kalah, tetapi kita menghormati kebebasan rakyat memilih parti yang mereka suka,” kata V.K.Liew yang kesal dengan pelbagai tohmahan pembangkang di kawasan kerusi yang mereka tewas.

JUARA...Roslan, Juara Bintang Karaoke menerima hadiah daripada Liew.

Dalam pada itu, seramai 15 peserta yang berentap bagi mendapat gelaran johan dalam pertandingan Nyanyian Karaoke menerusi program Malam Mesra Bersama Ahli Parlimen Sandakan dimenangi Roslan Abd Hamid mendendangkan lagu dendangan Jamal Abdillah yang berjudul ‘Kehebatan Cinta’ dan dinobatkan sebagai Bintang Karaoke 2011 MP Sandakan.

10 comments:

  1. Hope that LDP and BN will continue to work hard to serve the people.

    ReplyDelete
  2. yang penting truskan usaha untuk memenuhi keperluan rakyat.

    ReplyDelete
  3. Pihak2 yang tidak bertanggungjawab sentiasa mengambil peluang untuk memanipulasikan keadaan. Semoga rakyat tidak terpengaruh dengan propaganda yang diwar-warkan.

    ReplyDelete
  4. harap rakyat pandai menilai senario politik yang berlaku sekarang.

    ReplyDelete
  5. kalau SPR tidak adil, mustahil PR akan menang di beberapa negeri di semenanjung seperti penang, kedah..

    ReplyDelete
  6. nampaknya ada pihak yang tidak sabar2 mahu berkuasa dan menjadi pemerintah..

    ReplyDelete
  7. sokongan kepada kemenangan LDP di Sandakan bergantung juga kpd undi-undi rakyat asing, warganegara songsang 'melayu raya'...betul tak?

    ReplyDelete
  8. Bukan senang untuk memikat hati rakyat.

    ReplyDelete
  9. hubungan LDP dan UMNO sebenarnya adalah baik, tapi ia sengaja dimanipulasikan oleh pihak tertentu.

    ReplyDelete
  10. kalau SPR tidak adil buat apa BN susah payah berkempen kehulu kehilir? baik duduk rumah.. dapat jimat tenaga dan wang ringgit.. sebab keputusannya sudah ada dalam tangan..

    ReplyDelete