LAHAD DATU telah bersedia untuk menjadi pusat aktiviti ekonomi hiliran negara yang menggunakan sisa buangan kelapa sawit, antaranya ialah untuk menghasilkan palpa dan kertas.
Kuantiti yang banyak biomas sawit yang ada di rantau ini juga sesuai untuk menghasilkan komposit penambahan fiber, papan blok, papan lapis, papan partikel beracuan dan papan gentian berkepadatan sederhana.
Terdapat juga peluang untuk mengeluarkan pelbagai jenis vitamin dan suplemen serta produk penjagaan diri seperti sabun dan syampu, lilin, krayon, kosmetik, dan pelincir, kata Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) dalam satu kenyataan hari ini.
Persekutuan itu hari ini menganjurkan seminar di Sandakan untuk mendedahkan para usahawan kepada potensi menggalakkan yang ada dalam industri hiliran sisa buangan kelapa sawit di Sabah.
"Terdapat lebih enam juta ton buah tandan kosong setiap tahun dari kilang-kilang minyak sawit di Sabah dan ini merupakan jumlah besar bahan mentah untuk pelbagai industri baharu,” kata pengerusi Jawatankuasa Industri Kecil dan Sederhana FMM, Tan Sri Soong Siew Hoong disebut sebagai berkata dalam kenyataan itu.
Sambil menyatakan yang tanah dan infrastruktur yang sesuai telah disediakan untuk tujuan ini, Soong menambah yang bahan mentah yang banyak telah tersedia ada.
"Dalam lingkungan radius 50km Lahad Datu, terdapat 52 kilang kelapa sawit dan begitu juga di sekitar Sandakan," tambah beliau.
Berlokasi di Lahad Datu ialah Kluster Perindustrian Minyak Sawit (POIC), sebuah projek yang dikendalikan oleh kerajaan Sabah untuk menggalakkan industri hiliran minyak sawit dan biomas gentian sawit.
Soong berkata di bawah dua fasa pertama POIC, sejumlah 460 hektar telah dimajukan.
"Sejumlah 85 peratus daripada lot perindustrian telahpun diambil oleh para pelabur. Fasa 3A dengan kawasan seluas 218.8 hektar pada masa ini sedang dibangunkan," tambah beliau.
Soong juga berkata terdapat peluang-peluang hebat dalam industri bekalan kuasa dan bahan bakar melibatkan biodiesel, biogas dari kolam kumbahan dan tenaga dari tandan buah kosong serta biomas minyak sawit yang lain.
Bakal-bakal usahawan turut dipelawa menyediakan baja untuk perladangan kelapa sawit serta perkhidmatan lain berkaitan integrasi tanaman.(BERNAMA)
This is a good idea, Sabah is a major oil palm producer, there would be many palm waste that can be used for this purpose.
ReplyDeletemungkin ini satu peluang yang baik untuk dimajukan.
ReplyDeleteIni adalah suatu projek yang bagus. Diharap melalui usaha ini, ia dapat memberi manfaat kepada sektor ekonomi Sabah, khasnya kepada rakyat.
ReplyDeleteharap lebih ramai usahawan yang bergiat dalam industri hiliran ini.
ReplyDeletekepelbagaian pengeluaran produk tidak memberi menafaat kepada pengguna bertaraf miskin jika harganya mahal, bahan asas kategori sisa buangan seharusnya termampu oleh gulungan berpendapatan rendah.
ReplyDeleteAll the best!
ReplyDeleteSemoga usaha ini akan berjaya. Memang banyak kegunaan Kelapa Sawit ini. Jadi sentiasalah membuat kajian apa yang boleh dibuat dengan kelapa Sawit selain dari menghasilkan minyak.
ReplyDeletesemoga aktiviti ekonomi hiliran ini akan terus berkembang.
ReplyDeleteart431 said...
ReplyDeletetidak ada pengeluar produk yang mahu menjual produknya lebih rendah dari harga kos. kalau tidak mampu berusaha la untuk mampu..