Monday, 4 July 2011

TENOM UNTUNG, SIPITANG MASIH MIMPI?



Saudara Pengarang,

TERIMA kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kerana dalam rangka lawatannya jelajah Sabah dalam masa yang singkat, dapat bertemu rakyat di Inanam, Tenom dan Sipitang; di samping menghambur peruntukan yang dinantikan rakyat Sabah selama ini.

Sipitang mendapat RM30 juta untuk membina Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang yang bagu bagi menggantikan ‘balai antik’ berkenaan, manakala Tenom mendapat lebih RM5 Juta bagi Projek Jalan Raya dan Rumah Panjang Di Kemabong.

Walaupun jumlah peruntukan Tenom begitu sedikit iaitu satu perenam daripada peruntukan Sipitang, namun rakyat Tenom berbangga kerana Ahli Parlimen dan Wakil Rakyat Kemabong memikirkan masalah rakyat dengan mengutarakan isu prasarana jalanraya dan rumah panjang yang daif.

Mungkin hasrat rakyat Sipitang untuk mendapat Ibu Pejabat Polis hanya menjadi impian kosong sehingga menjelang pilihanraya umum akan datang kerana janji pilihanraya umum Sarawak baru-baru ini belum pun tertunai lagi kerana kekangan ekonomi.

Tetapi RM5 juta adalah jumlah yang bijaksana kerana rakyat Tenom yang merintih akibat kerosakan jalanraya sementara menunggu projek NKRA, mungkin berbafas lega kerana boleh diperbaiki pada bila-bila masa, sama ada melalui ‘Virement’ ataupun ‘Pendahuluan Khas Perdana Menteri’.

Sekurang-kurangnya, penduduk rumah panjang di Kemabong dapat bernafas lega kerana rumah panjang mereka dibaiki dan dinaiktaraf; namun mereka mungkin berharap agar rakyat Kemabong menerima nasib cemerlang seperti penduduk Kampung Katubu dan Sumambu yang mendapat Bekalan Elektrik solar percuma sepanjang hayat hasil kebijaksanaan Ahli Parlimen mereka.

Salam Hormat,

KALAWON KATUBU

10 comments:

  1. Hope that the PM help develop Sabah more.

    ReplyDelete
  2. setiap peruntukan yang disalurkan adalah amat berguna kepada semua...

    ReplyDelete
  3. Semua itu perlukan masa. Harap kerajaan menunaikan janji2 mereka dan lebih banyak peruntukan diberikan untuk pembangunan di Sabah.

    ReplyDelete
  4. Penduduk Tenom dan Sipitang sepatutnya bersyukur kerana telah dikunjungi dan diberi peruntukan pembangunan oleh PM.

    ReplyDelete
  5. Janji peruntukan menjelang pilihanraya merupakan seni dan sain politik semata-mata, biasanya tidak terhasil bukan hanya kerana kekangan ekonomi tapi juga bengkangan rasuah..

    ReplyDelete
  6. Make sure those allocation is used to fulfilled those promises.

    ReplyDelete
  7. Don't let the people down.

    ReplyDelete
  8. Harap apa yang dikatakan itu akan dapat dikotakan. Tidak kira dimana pun Sipitang atau Tenom..

    ReplyDelete
  9. itu hanya pendangan penulis, tapi kita lihat sahaja nnti, pasti janji2 tersebut akan ditunaikan.

    ReplyDelete
  10. negeri2 yang ditadbir oleh Pakatan juga masih banyak janji2 pilihanrayanya masih belum dapat ditunaikan.

    ReplyDelete