Saudara Pengarang,
BANYAK artikel dalam Sabahkini.net kurang bersifat membina perpaduan negara; sebaliknya penuh dengan sentimen kebencian yang keterlaluan. Sepatutnya Sabahkini.net mengutamakan pembinaan bangsa dan negara, bukan cuba memisahkan Sabah dari Malaysia. Jadikanlah budaya perbincangan dengan bahasa yang beradab sebagai ketamaddunan Malaysia dan Sabah sendiri. Saya lama tinggal di Sabah tidak pula saya alami budaya orang Sabah seperti cara Sabahkini.net. Itu sahaja nasihat saya.
Salam Hormat,
WAK SIR, BESUT
Media memainkan peranan yang penting untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat. Tidak dinafikan pengaruh media sangat besar. Oleh itu, diharap sabahkini sentiasa meningkatkan mutu penulisan mereka. Lain orang, lain tafsirannya. Semoga para pembaca bijak menilai.
ReplyDeleteBagus nasihat ini...harap2 Sabahkini ambil serius la...tapi lain orang, lain pandangannya bukan?
ReplyDeleteSabahkini.net hanya sampaikan suara hati rakyat. tak lebih dari cuba memisahkan Sabah dari Malaysia.
ReplyDeleteyang baik diambil sebagai pengajaran....teruskan berusaha untuk meningkatkan kualiti dan memperbaiki diri.
ReplyDeleteLain orang lain pandangannya. Bagi saya sabahkini hanya menyampaikan suara hati rakyat, cuma k/kala ada baiknya cara ia disampaikan diberi perhatian. Takut nanti mesejnya bawa makna yang lain.
ReplyDeleteApapun, saya suka nasihat ni :)
ReplyDeletewow..cantiknya logo..
ReplyDeleteGood advice.
ReplyDeleterakyat Sabah perlukan media seperti Sabahkini yang menjadi wakil kepada suara hati penduduk Sabah.
ReplyDeleteItu sudah pasti Sabahkini.net memang kebanyakkan memaparkan artikel yang negatif. Tapi itu terpulang kepada Sabahkini.net untuk menyiarkannya tapi lebih baik mengutamakan yang terbaik untuk pembaca.
ReplyDeleteWe want the truth, not lies.
ReplyDeletesentimen kebencian itu lebih jelas apabila para pengunjung2 Sabahkini meninggalkan komen mereka tanpa mengambilkira sensitiviti pihak lain dan sering menggunakan bahasa2 kesat.
ReplyDelete1. Kenapa Malaya begitu takut andai Sabah keluar Malaysia?
ReplyDelete2. Siapakah yg mengkhianati Perjanjian 20 Perkara yg menjadi tiang seri & tatacara urustadbir kenegaraan Malaysia, Sabah atau Malaya?
3. Siapakah yg membenarkan atau membolehkan pegawai Malaya menjadi Ketua Jabatan di Sabah & bukankah perbuatan itu melanggar Perjanjian 20 Perkara?
4. Apakah padahnya jika seseorang pemandu melanggar lampu isyarat jalan raya sesuka hati, laksana Malaya melanggar perjanjian 20 Perkara sesuka hati?
5. Sinapura yg keluar Malaysia bukan sahaja sebagai antara negara maju di dunia, bahkan kualiti pendidikannya antara yang terbaik di dunia. Apa akan jadi kepada Singapura hari ini, jika terus berada dalam Malaysia?
6. Singapura dari segi sumber hasil bumi tiada apa berbanding Malaysia. Namun, Gross domestic product (GDP) atau Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Singapura (US dollar) $43,117 sedangkan Malaysia hanya (US dollar) $8,423.
7. Akhirnya, di mana maruah Malaysia?
Salam hormat,
http://naspazi.multiply.com