Oleh : DUKAU PAPAU
DAKWAAN bahawa Ketua Menteri
Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud adalah orang terkaya di Malaysia nampaknya
tidak mengejutkan rakyat Sarawak.
Bagaimanapun, apa yang
mengejut ramai daripada mereka ialah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM),
polis dan pihak berkuasa lain didakwa tidak bertindak terhadapnya walaupun
beberapa laporan dakwaan rasuah, salahguna kuasa dan kronisme telah dibuat
terhadapnya.
Ahli politik dan rakyat
biasa yang diwawancara di Kuching sejak dua hari lalu berkata ramai sudah tahu
bahawa Taib seorang yang kaya.
"Tetapi kami tidak tahu
kekayaan sebenarnya kecuali SPRM, polis dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak menjalankan siasatan," kata mereka.
Ramai rakyat Sarawak tahu
siapa yang memilik syarikat gergasi Cahya Mata Sarawak (CMS) dan anak
syarikatnya diberi banyak projek besar dan menguasai bekalan simen untuk projek
pembinaan, jalan dan pembaikan jalan serta pembinaan empangan.
Laporan menggemparkan yang
dikeluarkan oleh NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF)
menganggarkan aset keluarga Taib sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion).
Kekayaan Taib sahaja
dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekaligus menjadikannya lelaki
terkaya di Malaysia.
Usaha mendapatkan komen
pejabat Ketua Menteri berhubung dokumen BMF setakat ini belum berjaya. Tiada
pemimpin BN juga mahu memberikan komen berhubung dakwaan itu setakat ini.
(MKINI)
No comments:
Post a Comment