BINTULU: Keputusan Sarawak
dan Sabah 'MENYERTAI' (11) negeri di Semenanjung, sekali gus membentuk Malaysia
menguntungkan rakyat kedua-dua negeri itu dalam menikmati arus pembangunan
sehingga hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak berkata, penduduk di Bumi Kenyalang dan Negeri Di Bawah Bayu
membuat keputusan bersejarah dengan membulat tekad dan menzahir hasrat dengan
niat masa depan mereka serta anak terjamin.
“Keputusan dibuat mereka (penduduk)
Sarawak dan Sabah menyertai bersama 11 negeri lain tepat kerana mementingkan
masa depan. Hari ini (malam kelmarin), genap 49 tahun rakyat kedua-dua negeri
membuat keputusan yang amat bersejarah dalam negara kita.
“Dan keputusan dibuat itulah
terbentuknya Persekutuan yang diberi nama Malaysia. Saya yakin penduduk mahupun
di Bumi Kenyalang ini atau Negeri Di Bawah Bayu tidak membuat kesilapan besar
apabila menyertai Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari
Malaysia Ke-49 di padang lama Lapangan Terbang Bintulu, malam ahad lalu.
Hadir sama, Timbalan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib
dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Najib berkata, selari dengan
tema ‘Janji Ditepati Rakyat Sejahtera’, Kerajaan Pusat sekarang mempunyai janji
seperti pemimpin terdahulu. Beliau berkata, berkata sejak Sarawak dan Sabah
menyertai Malaysia, Kerajaan Persekutuan dan negeri bersama-sama berjaya
membuat perubahan secara berterusan tanpa perlu membuat deklarasi baru.
Menurutnya, pemimpin negara
generasi di awal peringkat kemerdekaan menepati janji mereka untuk memastikan
Malaysia akan terus kekal dan berdaulat, diikuti pemimpin di peringkat
pengisian kemerdekaan yang menepati janji dengan melaksanakan pembangunan di
seluruh negara.
“Bagi pemimpin hari ini,
janji kita menjelang Fajar 2020, bumi Malaysia ini akan dimartabatkan sebagai
sebuah negara maju,” katanya. (Bernama)
Itulah yang kita harapkan daripada Kerajaan BN untuk memastikan apa yang dirancang 2020 akan tercapai.
ReplyDeleteKerajaan tidak pernah lupa akan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. Jadi kita perlu menyokong usaha yang terbaik untuk semua.
ReplyDeleteDiharap kerajaan sentiasa berterusan melaksanakan tugas membangunkan negara dan membela nasib rakyat
DeleteTanggungjawab pemimpin untuk sentiasa memastikan rakyat hidup dalam pembangunan dan kemajuan.
ReplyDeletepembangunan kena dilakukan, jgn ada yg terpinggir.
Deletetinggal 8 tahun lagi untuk merealisasikan impian tersebut.semoga kerajaan mampu melakukannya.
ReplyDeleteNegara maju maksudnya Sabah pun menikmati kemajuan masa tu dan tiada lagi kawasan2 yang mempunyai jalan raya yang teruk, rakyat yang hidup dalam kemiskinan.
ReplyDeletemoga wawasan 2020 dpt dicapai.
ReplyDeleteTinggal 8 tahun untuk realisasikan matlamat wawasan 2020. Moga berjaya.
ReplyDeletedibawah pentadbiran Najib, tidak mustahil negara maju mampu dicapai menjelang 2020..
ReplyDeletedan misi itu tidak mustahil akan dicapai jika pembangkang di negara ini tidak melakukan sabotaj terhadap negara sendiri dengan menakut2kan pelabur, mebantah projek2 pembangunan dan menimbulkan kekecohan..
ReplyDelete