PENASIHAT DAP, Lim Kit Siang
menegaskan, Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan atau membangkitkan isu
untuk menukar bendera Jalur Gemilang dalam mana-mana mesyuaratnya.
Lim Kit Siang juga berkata,
membuat perubahan pada Jalur Gemilang juga bukan agenda Pakatan.
"Apabila Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak bersama tiga menteri kanan Umno menyerang
dengan mengatakan bahawa ada desas-desus Pakatan mahu menggantikan Jalur
Gemilang, ia mencerminkan diri mereka yang terdesak.
''Saya tidak percaya, dengan
semua anggota polis dan sumber perisikan mereka, perdana menteri dan menteri
dalam negeri tidak sedar bahawa tidak ada kebenaran pun mengenai desas desus
itu,'' katanya dalam satu kenyataan media.
Semalam Najib mendakwa
Pakatan ingin mengubah Jalur Gemilang.
Beliau berkata,
bagaimanapun, hasrat itu tidak dapat dilaksanakan kerana Putrajaya masih lagi
di bawah pimpinan BN. (MKINI)
No comments:
Post a Comment