Wednesday 19 September 2012

PEMIMPIN UMNO TOLAK CADANGAN IC KHAS



           
Oleh : AIDILA RAZAK

NAIB PRESIDEN Umno, Datuk Seri Shafie Apdal menolak rancangan parti SAPP untuk memperkenalkan kad pengenalan khas bagi warga Sabah kerana perkara itu menurutnya satu langkah yang tidak diperlukan.

"Kenapa perlu (kad pengenalan khas?). Kita sudahpun jadi sebuah negara,"

Beliau mempersoalkan langkah untuk mengawal rakyat Malaysia daripada Sabah memandangkan kerajaan masih berdepan masalah dalam menghalang kemasukan warga asing dan kumpulan pengganas.

"(Kumpulan pemisah Filipina) Abu Sayyaf dan pendatang asing kita tak boleh kawal, (tapi) nak kawal rakyat Malaysia (daripada memasuki Sabah) buat apa?"

Katanya, beliau maklum mengenai perjanjian 20 perkara apabila Sabah bersama Sarawak, Malaya dan Singapura membentuk Persekutuan Malaysia; beliau berpendapat kad pengenalan seperti itu akan menghalang produktiviti.

"Jangan lihat dari kerangka negatif. Kalau Sabah untuk Sabah, Perlis untuk Perlis, tak ke mana negara ini," kata Ahli Parlimen Semporna itu lagi.

Perjanjian tersebut antara lainnya memberi kuasa kepada Sabah untuk mengawal kemasukan warga Malaysia ke negeri tersebut.

Perkara itu juga menjadi alasan parti SAPP dalam mengemukakan cadangan tersebut, kerana ramai pendatang asing tanpa izin didakwa memiliki MyKad yang dikeluarkan kerajaan persekutuan.

Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee antara lainnya berpendapat, "Kad Pengenalan Sabah" itu akan memberi keistimewaan kepada pemegangnya untuk mendapatkan tanah, lesen perniagaan, peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam negeri.

Sementara itu, presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali pula berpendapat, janji SAPP untuk mengeluarkan kad pengenalan khas itu merupakan cadangan yang mengandungi unsur subversif.

"Saya rasa cadangan ini tidak lebih untuk menarik sentimen Sabah (dalam politik). Ini bagi saya ada elemen subversif. Ia menggalakkan unsur-unsur yang tidak membentuk perpaduan nasional," katanya.

Cadangan itu dikemukakan presiden SAPP, Datuk Seri Yong Teck Lee sewaktu berucap di Kepayan, Kota Kinabalu Jumaat lalu.

39 comments:

  1. Yong mahu ada ic khas supaya senang tipu untuk dapatkan tanah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. YTL memang tiada semangat 1Malaysia. rasanya kalau dapat jadi pemerintah mesti ada keinginan mau pisahkan Sabah dari negeri2 lain di Malaysia.

      Delete
    2. I think this is one of the possibilities as well. After all, he was so ashamed with his SAS downfall case.

      Delete
  2. Bukan saja Pemimpin UMNO rasanya. STAR dan PR pun mungkin menolak cadangan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I don't think the oppositions will dare to say so.

      Delete
    2. Jika tolak, harus memberi penjelasan agar semua pihak faham keadaannya.

      Delete
  3. Cadangan SAPP ini memang tidak logik langsung sebenarnya untuk Sabah. Memang SAPP terlebih-lebih untuk menjauhkan Sabah dari Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAPP nak pecah belahkan masyarakat Malaysia.

      Delete
    2. mmg wajar idea ini ditolak.

      Delete
    3. SAPP has so many illogical suggestion. I don't see anything like this in Sarawak.

      Delete
    4. Let see what SAPP respond to the matter.

      Delete
    5. Logic atau tidak, itu juga terpulang cam mana kita menilaikannya. Tengok nanti YTL membalas selepas cadangan ditolak?

      Delete
  4. Kita dapat nilai sendiri juga kenapa perlu ada IC berbeza dengan Negeri lain?Bukankah itu satu cara untuk membezakan Sabah dalam Malaysia. Apa motif semua ini sebenarnya.

    ReplyDelete
  5. Rasanya kita sendiri pun dapat menilainya sendiri. Maka tolaklah SAPP parti tempatan yang lemah di Sabah ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. naah....tida lama juga ni SAPP dapat bertahan...lek lah!

      Delete
    2. There is no more reason for me to say YES on this.

      Delete
  6. Kerajaan akan memastikan yang mana semua pihak akan dapat sama rata dan adil. Jadi cadangan SAPP ini sememangnya tidak diterima pakai dan ditolak.

    ReplyDelete
  7. perpaduan harus dipertahankan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cadangan SAPP ni meruntuhkan perpaduan dan keharmonian negara...

      Delete
  8. palui juga SAPP ni... ic khas untuk sabah?!? ni mcm mau buat negara baru suda ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yong harus sedar dia dah ditolak.

      Delete
    2. Tidak salah berkongsi idea, jika tidak dapat dilaksanakan, hormati juga idea pihak lain.

      Delete
  9. this is quite clear SAPP do not see the clear picture, the actual situation in sabah. this is one ridiculous suggestion made! this is no way to resolve any known problems or issues within the state....

    ReplyDelete
  10. imagine going to any of the other malaysian states with the sabah ics, sabahans may be treated as malaysians with foreign status...funny!

    ReplyDelete
  11. SAPP memang kreatif dalam mencari isu yang mampu menarik minat ramai untuk diperkatakan.

    ReplyDelete
  12. Inilah kalau terlalu mahu popular kan, cakap pun ikut sedap mulut saja. huhu

    ReplyDelete
  13. Inikah idea terbaik SAPP untuk selesaikan masalah PATI??

    ReplyDelete
  14. Thank you SAPP to sharing the idea to resolve the issue.

    ReplyDelete
  15. Apakah rancangan kerajaan untuk menyelesaikan isu PATI? RCI masing belum ditubuhkan lagi?

    ReplyDelete
  16. PATI tidak harus ditangguh lagi untuk menjejas perkembangan ekonomi.

    ReplyDelete
  17. SAPP can do anything to get famous.

    ReplyDelete
  18. Kaji secara terperinci, tidaknya cadangan SAPP tidak boleh diterima.

    ReplyDelete
  19. Would it be a grear idea if both the mykad to standardise to avoid confusion.

    ReplyDelete
  20. IC khas yang dicadangkan oleh SAPP bukan penyelesaian kepada PATI dan projek IC di negeri ini..

    ReplyDelete
  21. jika YTL mempunyai kuasa untuk memberikan IC khas kepada rakyat Sabah, tidak mustahil beliau juga akan memberikan IC khas ini kepada kroni2 beliau untuk merampas hak2 rakyat sabah..

    ReplyDelete
  22. siapa tidak kenal dengan YTL yang pernah merampas tanah penduduk kampung dan hampir membankrapkan negeri ini hanya dalam masa dua tahun..

    ReplyDelete
  23. Semua yang bagi respon negatif terhadap YTL ni saya anggap semuanya sudah di'brainwash'Agenda Malaya... Adakah kamu semua sudah kaji mengapakah YTL cadang begitu? Fahamilah, mengapa akhir2 ini orang borneo sudah bising? Kaji dan selidik apa puncanya... Barulah kamu faham.

    ReplyDelete