Oleh : JAHABAR SADIQ
KUALA LUMPUR : Parti-parti
dalam Barisan Nasional (BN) sudah mula mengedarkan kompter riba dan telefon
bimbit ke bilik operasi di seluruh negara untuk memantau dan mengumpulkan
pengundi bagi Pilihan Raya 2013, dikala gabungan pemerintah itu sudah ditahap
akhir untuk menyiapkan manifesto mereka menjelang pilihan raya umum.
The Malaysian Insider
difahamkan ibu pejabat Umno di sini sudah mula mengedarkan komputer riba dan
telefon bimbit kepada semua bahagian parti untuk kegunaan semasa hari mengundi,
sama seperti kempen calon presiden Amerika Syarikat Mitt Romney tahun lalu.
“Kami dapat komputer riba
untuk menyemak status pengundi dan daftar pemilih terbaru. Dan telefon bimbit
untuk menghantar kembali keputusan pilihan raya,” kata seorang pegawai Umno
kepada The Malaysian Insider.
Beliau mengatakan Puteri
Umno akan menggunakan komputer riba yang mempunyai daftar pemilih manakala ahli
Umno lain akan menghantar keputusan kepada ibu pejabat parti.
Pegawai Umno berkata parti
itu telah bekerja keras untuk memastikan tidak terdapat kegagalan komunikasi
untuk menggerakkan pengundi dan juga menerima keputusan dan penilaian pada hari
mengundi, tidak seperti Romney yang mana pelayan kempen rosak dan menghalang
aktiviti hari mengundi.
Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) mengatakan daftar pemilih terbaru dengan 13.34 juta pengundi berdaftar
akan digazetkan Jumaat ini. Malaysia mempunyai 28 juta populasi dan lebih
kurang 16 juta orang layak mengundi, di mana ramai mendaftar semenjak Pilihan
Raya 2008.
Seorang pemimpin BN juga
mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa gabungan pemerintah itu sedang
menyiapkan manifesto pilihan raya, termasuk manifesto berbeza bagi beberapa
negeri dan satu untuk wanita dan keluarga.
“Manifesto akan siap tidak
lama lagi,” katanya, menambah persiapan pukal yang perlu dilakukan menjelang
akhir bulan ini.
Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak telah membayangkan beliau akan mengadakan pilihan raya mengejut
tidak lama lagi dengan penganalisis dan aktivis politik meramalkan ia tidak
akan diadakan sebelum Mac 8, lima tahun selepas pilihan raya umum lalu.
Mandat semasa lima tahun BN
hanya akan tamat tempoh lima tahun pada 28 April, 2008. SPR memutuskan tarikh
hari mengundi, mempunyai 60 hari untuk mengadakan pilihan raya.
Terdapat spekulasi Najib
mungkin membubarkan Parlimen bulan ini tetapi pegawai-pegawai BN berkata mereka
masih menerima senarai calon dari parti komponen dan calon-calon yang
berpotensi perlu dilakukan pemeriksaan latar belakang.
“PM hanya mahu calon boleh
menang. Jadi kita perlu menyemak dan memeriksa dengan teliti,” kata seorang
pegawai BN.
“Masih ada masa untuk
pilihan raya pada Mac atau April, atau kemudian,” katanya menambah, enggan
untuk membuat spekulasi jangka masa yang tepat untuk kempen pilihan raya rasmi
dan hari mengundi.
BN mengalami kekalahan
terburuk pada Pilihan Raya 2008 apabila kehilangan majoriti dua pertiga di
parlimen dan empat negeri kepada PKR, PAS dan DAP.
Tiga parti berkenaan
kemudiannya menubuhkan Pakatan Rakyat (PR) yang kini memerintah Kedah,
Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.
PR juga memerintah Perak
selama hampir satu tahun, akan tetapi pembelotan menyebabkan kerajaan mereka
tumbang pada 2009.
Sumber memberitahu BN yakin
menang 145 kerusi parlimen dalam Pilihan Raya 2013, lebih daripada 140 kerusi
dimenangi pada tahun 2008.
Walau bagaimanapun, maklumat
risikan mengatakan BN hanya akan memenangi 135 kerusi.
BN sekarang mempunyai 136
daripada 222 kerusi Dewan Rakyat selepas empat ahli parlimen mengisytiharkan
mereka bebas dan PR mempunyai 76 penggubal undang-undang selepas enam orang
keluar dari pakatan tersebut.
No comments:
Post a Comment