SERAGAM.....
Nasir (dua kiri) diringi Abdul Rashid (kiri); Tahir Amir (kanan) dan OKK Musa (dua
kanan) memakaikan baju seragam kepada salah seorang AJK PDM Kawasan Senalllang
sempena majlis itu di Semporna.
Oleh : ARSHAD HUSSIN
SEMPORNA: Timbalan Ketua
Bahagian UMNO Semporna,Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran, menyeru semua Ketua
Pusat Daerah Mengundi (KPDM) UMNO
Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)
Senallang menggerakkan jentera pilihanraya ke tahap maksima dan tidak
sambil lewa, sebaliknya bekerja dengan lebih bersemangat mengukuhkan jentera
parti di setiap pusat daerah mengundi (PDM).
Katanya, semua bilik gerakan
PDM harus sentiasa bersiap sedia dan mengemaskini senarai pengundi serta
mengesan semua pengundi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU-13) yang
bakal diadakan pada bila-bila masa.
Katanya, walaupun tarikh
pilihanraya belum diketahui, namun persediaan awal itu penting untuk menyelaras
semua markas dan daerah mengundi dengan bilik gerakan bahagian serta bilik
gerakan utama kawasan DUN dan cawangan-cawangan.
Nasir menambah, jentera
parti perlu menggerakkan mekanisma baru dan perlu lebih kreatif serta responsif
dalam menjalankan gerak kerja.
Beliau berkata demikian
sempena Perhimpunan Jentera Pilihanraya Pusat Daerah Mengundi Kawasan DUN
Senallang di sini.
Hadirsama sempena majlis itu
Setiausaha Bahagian UMNO Semporna,Haji Abdul Rashid Mamun; Ketua Pergerakan
Pemuda UMNO Semporna, Mohd Aziz Haji Jamman; Naib Ketua Pergerakan Putera UMNO
Semporna,Siti Hana Jumadil; Ketua Bahagian PBS Semporna,Hassan Gabrah; Ketua
Pemuda MCA Semporna, Teo; Setiausaha
Gerakan Semporna, Steven Gan; Pemimpin UPKR Dun Senallang, Haji Tahir Amir; Ketua
Daerah Semporna Kawasan DUN Senallang, OKK Haji Musa Sabaani; Pegawai
Perhubungan ADUN Senallang, Haji Zainal Jalaludin.
Nasir berkata, semua Ketua
PDM perlu melipatganda usaha mendekati pengundi di semua cawangan termasuk
golongan muda.
Nasir yang juga Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Kawasan Senallang, menambah kerjasama di kalangan
parti-parti komponen juga harus lebih kuat dan memainkan peranan dengan penuh
ikhlas dan efektif.
Katanya, setiap entiti yang
ada dalam parti termasuk pemuda, puteri dan wanita perlu digerakkan ketahap
maksimum kerana pada masa kini tiada lagi istilah bersenang lenang ataupun
penilaian rambang di mana setiap analisis hendaklah tepat serta menggunakan
strategi baru.
Sempena majlis itu Dato Sri
Nasir menyampaikan pakaian seragam kepada semua Ketua PDM Senallang.
Good luck in the next GE.
ReplyDeleteSemoga PDM Senalang akan berusaha menggerakkan jentera mereka untuk berhadapan dengan PRU-13.
DeleteKebajikan rakyat harus diutamakan.
DeleteGerakan jana kuasa.
ReplyDeletePRU-13 dah semakin hari, semakin dekat, baik bersiap sedia untuk menghadapinya.
DeleteWhat a good system.
ReplyDeleteSistem yang terbaik haruslah digunakan bagi mencapai kemenangan.
DeleteSistem yang dilaksanakan harus dipantau agar terus mencapai tahap yang memuaskan.
DeletePerjuangkan hak rakyat.
ReplyDeleteRakyat haruslah diutamakan oleh pemimpin kita.
DeleteHak dan kepentingan rakyat harus diutamakan.
DeleteJangan siakan sokongan rakyat.
ReplyDeleteSokongan daripada rakyat haruslah dihargai.
DeleteThe people have given their utmost support.
ReplyDeleteA good move after all.
ReplyDeleteHarus pandang depan
ReplyDeleteKerajaan akan beri yang terbaik agar taraf kehidupan dapat diperbaiki lagi.
ReplyDeleteRakyat akan memberi sokongan untuk kerajaan yang benar ikhlas untuk memperjuangkan yang terbaik untuk rakyat.
ReplyDeleteGolongan muda yang lebih susah menilai siapakah parti yang mereka sokong.
ReplyDeleteParti komponen harus memberi sokongan yang mantap agar terus berkuasa dan memberi yang terbaik untuk rakyat.
ReplyDeleteNaib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
ReplyDeleteHamidi meminta parti komponen Barisan Nasional (BN) menguatkan jentera
masing-masing dan berusaha mendapatkan sokongan semua kaum.
Pendekatan bukan saja meliputi kaum yang diwakili, tetapi semua pengundi yang berpotensi menyokng BN
ReplyDeleteZahid berkata sikap sentiasa turun padang
ReplyDeletejuga harus diamalkan semua pemimpin dan tidak sekadar menunggu pilihan
raya semata-mata.
"BN bukannya parti bermusim seperti
ReplyDeletepembangkang iaitu apabila tibanya musim buah (pilihan raya) maka
barulah mereka jadi kelawar.
Barisan Nasional (BN) masih mempunyai masa untuk memperkukuh dan
ReplyDeletemenguatkan imej parti serta individu yang akan bertanding pada pilihan
raya umum ke-13 (PRU-13).
bagi mencapai tujuan tersebut, perpaduan perlu diterapkan di kalangan
ReplyDeletepemimpin anggota parti serta parti komponen selain penekanan terhadap
generasi muda yang merupakan pengundi baru.
beberapa permasalahan yang berlaku di dalam parti serta di kalangan pemimpin dapat diperbaiki dan diselesaikan sebelum PRU-13.
ReplyDeleteKetelusan Barisan Nasional (BN) untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang diiringi kesungguhan melibatkan semua persediaan berlangsung lancar dengan anggota jentera siap siaga selain barisan calon juga telah lengkap.
ReplyDeleteSetiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu bahawa bakal calon yang tersenarai dalam PRU akan datang telah pun dipastikan latar belakang mereka bersih dari pelbagai kesalahan sama ada kesalahan di SPRM, jenayah, bankrap dan lain-lain lagi.
ReplyDelete“Kita pastikan ketelusan dan ia telah menjadi amalan dalam Barisan Nasional (BN) sejak dulu lagi namun malangnya ia turut diangkat sebagai bahan manipulasi oleh pembangkang apabila BN melakukan penelitian sedemikian walhal dalam pakatan pembangkang itu sendiri tidak pernah membuat analisis sebagaimana BN yang merujuk calon-calonnya kepada pihak berkuasa,” katanya.
ReplyDeleteUjarnya, pakatan pembangkang sehingga ke hari ini masih terus-terusan bergelut dengan isu dalaman mereka biarpun setelah hampir sepenggal membentuk kerajaan di empat buah negeri sebagaimana di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan.
ReplyDelete“Ini adalah bukti bahawa mereka tidak pernah sepakat apatah lagi untuk merealitikan janji pada rakyat dan jika benar pakatan pembangkang mempunyai aliran yang sama dan tidak saling bercanggah mengapa sampai ke hari ini mereka tidak mempunyai satu lambang kesatuan sebagaimana BN berdepan dengan pilihan raya umum.
ReplyDelete“Manipulasi pakatan pembangkang bukan saja membuat tuduhan dan pelbagai persepsi negatif terhadap UMNO dan BN tetapi mereka juga menggambarkan kononnya mereka bersih, telus dalam pentadbiran dan tidak korup namun sebenarnya ia juga adalah manipulasi,” katanya.
ReplyDeleteTegasnya, bayangkan bagaimana pakatan pembangkang mahu mengambil alih tampuk kepimpinan pentadbiran BN sedangkan untuk membina satu logo atau lambang sebagaimana dacing bagi BN pun mereka gagal laksanakan.
ReplyDelete“Pakatan pembangkang hanya ada tiga parti sahaja tetapi sampai ke hari ini mereka masih gagal memutuskan siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri, kabinet bayangan tidak ada dan banyak berlaku percanggahan pendapat antara ketiga-tiga pemimpin parti.
ReplyDelete“Dalam BN ini semua tidak berlaku kerana setiap keputusan diambil secara konsensus iaitu melalui perbincangan bersama dan disepakati oleh semua 13 anggota komponen parti walaupun ada diantaranya adalah parti yang kecil.”
ReplyDeleteBeliau turut membidas pakatan pembangkang lantaran gagal memastikan janji-janji kepada rakyat sebagai realiti sebaliknya masih juga memburuk-burukkan BN dan UMNO.
ReplyDelete“Setiap janji yang dilafazkan mesti ditunaikan dan sekiranya kita tidak pasti bahawa apa yang diperkatakan dapat dilakukan maka jangan sesekali berjanji apatah lagi dalam hal-hal yang membabitkan pentadbiran, kebajikan dan kesejahteraan dalam masyarakat.
ReplyDelete“Sudahlah janji yang dibuat pada rakyat tidak ditunaikan jadi mereka mula mencari ruang untuk mengalihkan perhatian masyarakat daripada bertumpu kepada kegagalan mereka dengan melemparkan pelbagai tuduhan kepada BN walhal kerajaan sentiasa melakukan yang terbaik untuk rakyat.
ReplyDeleteMenjelangnya pilihan raya yang bakal diadakan dalam masa terdekat, beliau juga menegaskan tidak mengambil endah dengan pakatan pembangkang kerana BN mempunyai gerak kerja mantap untuk masa hadapan agama, bangsa dan negara.
ReplyDelete“Segala persediaan bagi berdepan PRU telah dilakukan termasuklah calon-calonnya yang mana ia bukanlah ditentukan oleh parti atau individu yang tertentu sebaliknya rakyat sendiri memilih untuk mewakili mereka.
ReplyDelete“Kita mahukan calon yang rakyat hendak dan sepakat biarpun dalam BN adalah gabungan 13 kompenan parti tetapi kita gunakan satu simbol sahaja. Ia tidak sama seperti pakatan pembangkang yang sehingga ke hari ini masih tidak berdaftar atas satu kesatuan dan tentunya mereka akan terus menggunakan lambang masing-masing apabila bertanding dalam pilihan raya nanti.”
ReplyDeleteBerdasarkan perkembangan semasa, beliau berkeyakinan bahawa rakyat sudah mulai sedar dan memahami bahawa pembangkang ini adalah satu entiti yang tidak boleh digunapakai.
ReplyDelete“Mereka ini akan mementingkan diri masing-masing dan apa yang mereka lakukan bukannya untuk rakyat keseluruhan sebaliknya atas agenda sendiri.”
ReplyDelete